kemenyan menyeramkan
Semalam saya post tentang penggunaan kemenyan. lantas saya mendapat response dari seorang sahabat tentang perspektif aktiviti tersebut. saya rasa , mana2x melayu yang tak biasa dengan kemenyan mesti mempunyai mindset sebegini iaitu ada kaitan dengan kematian seseorang mahupun ada kaitan dengan mistik / hantu. puncanya sebab selama ini kita pun dihidangkan media filem dan drama di kacamata televisyen sebegitu rupa. Mindset begitu bukan hanya berlaku kepada sahabat saya. malahan saya juga mempunyai mindset yang sama. Bagi individu yang mengkaji sejarah bangsa melayu seadanya , bila dikaji ada pelbagai penggunaan kemenyan yang relatif dengan sejarah melayu. Semakin dalam dikaji , semakin banyak fakta menarik tentang kemenyan. Pada awalnya saya anggap adalah dari batu disebabkan biasanya datang dalam bentuk ketulan batu. tapi bila dikaji , hakikatnya , kemenyan yang dibakar adalah datang dari sumber alam iaitu pokok genus Styrax. Jadi untuk wangian seperti kemenyan dan pohon cen...