Mantera Adalah Permulan Sastera Melayu

Mantera Adalah Permulan Sastera Melayu . Gitulah pemikiran individu bernama Buya Hamka.

Artikel ini dibuat bagi kita memahami apa yang dikatakan oleh tokoh yang tidak asing lagi bagi orang Melayu.

Orang melayu memang terkenal dengan mantera , pantun , puisi , seloka , gurindam dan lain lain lagi.  Soalannya dari mana timbulnya genre verbatim seperti ini?  Mengikut pemikiran Buya Hamka orang melayu sebelum kedatangan islam "kita menyangka bahawa di puncak gunung ada penghuninya,  di laut ada kesaktian , di beringin dan dilain lain ada penunggunya. Lalu semua itulah yang kita panggil , mereka puja , mereka nyanyikan. Sastera  yang mula timbul ialah mantera dukun".

Kredit kepada a_m_s_2025 kerana berkongsi bahan bacaan dari Buya Hamka ini

Bagi orang melayu , memang kita terkenal dengan warisan verbatim seperti syair , pantun , gurindam , seloka , sajak , mantera dan lain-lain lagi.

Nota kaki

"Dalam aspek linguistik, mantera merujuk kepada satu bentuk ungkapan lisan yang bersifat formulaik, berstruktur khas, dan digunakan dalam konteks ritual atau magis, dengan kepercayaan bahawa pengucapan kata-kata itu sendiri memiliki kuasa atau kesan performatif terhadap dunia fizikal atau spiritual."

Orang asli contohnya , memang mengamalkan pelbagai mantera. Perkara ini dikongsi oleh srikandi kita iaitu Puan Zaharah Sulaiman dalam livenya bersama Xsamudera. Antara mantera yang dia teringat adalah mantera mesra alam bagi mengelakkan diganggu binatang buas seperti harimau. Klik disini untuk mendengar klip perkongsian tersebut.

Dan perkongsian tersebut terus mengingati kita terhadap kisah nabi sulaiman yang berkeupayaan bercakap dengan haiwan. Adakah ini saka nabi sulaiman ? Lihat bagaimana mantera itu digubal dalam bentuk nyanyian supaya mudah diperturunkan dari generasi ke satu generasi.

Sebut tentang related orang melayu dengan kemungkinan mukjizat nabi sulaiman yang tanpa orang melayu sedar adalah

  1. cara memanggil kucing 👉meoww.. cup cup cup cup
  2. cara memanggil ayam apabila nak tabur nasi atau bijirin👉kurr.. kurrr ..kurkk ..kurkk.. kurrr..kurrrr...
  3. mengagah burung merpati dalam sangkar👉 arrkkk..arkkk..arkkkk
mungkin kita akan kata kita tiru secara pemerhatian atau atok/ayah ajar sewaktu di kampung, tapi dari mana orang diatas dan seterusnya keatas belajar cara bunyi interaksi dengan haiwan. adakah mereka mencuba pelbagai cara bunyi. mungkin.atauu... orang dulu dulu belajar lihat macam mana nabi sulaiman buat bila baginda berinteraksi dengan haiwan.

Dalam perkongsian bersama Dato Fauzi seorang pengkaji alam melayu beliau berkongsi tentang catitan penjajah barat yang merekodkan pantun orang melayu makan masa berjam jam diperdengarkan. Pandangan yang mencatit terhadap pantun orang melayu adalah pantun sedemikian adalah mirip sama dengan kisah song of solomon dari tradisi israeliat ( old testament )

Adakah dalam dunia ini , hanya kita yang mempunyai kaedah warisan verbatim ini. Jika kita lihat dunia arab contohnya , kita akan dapati dunia mereka penuh dengan syair. Puncak tahap literasi yang tinggi sebelum lahirnya nabi Muhammad. Klik disini untuk mendengar podcast bicara tentang syair di zaman jahiliyah. Hatta sebelum puak arab ini berperang sesama mereka , mereka akan bersyair sebelum berperang bagi menaikkan semangat dan kebanggan mereka.

Jika kita lihat di bumi mesir contohnya, kita akan dapati komuniti Nubian adalah salah satu contoh komuniti yang spoken language oriented. Komuniti yang tiada tulisan dan hanya bergantung kepada komunikasi.

Dari perkongsian live Xsamudera bersama prof Solehah , perkara verbatim oriented ini juga dibincangkan. Kata host live tersebut, orang melayu  mempunyai tahap intelectual yang tinggi.Semua blueprint disimpan di dalam kepala contohnya bagi pembuatan kapal. Klik disini untuk mendengar sessi live tersebut. Teringat kes memasak rendang yang dieksplorasi oleh chef terkemuka dengan orang melayu tersebut.Kata makcik tu , main agak-agak. Klik disini untuk melihat scene agak-agak tersebut

Jadi dapatlah dilihat yang verbatim seperti mantera , pantun dan lain lain dibuat bagi mempelbagai bentuk kognitif maklumat untuk mudah dihafal dari satu generasi ke satu generasi yang lain dalam pelbagai bentuk irama.

Jika dilihat komen dato Fauzi dan puan Zaharah , kita dapati warisan verbatim  ini datang dari nabi sulaiman related. Mungkin sesiapa yang dalam bidang ini perlu pelbagai sumber luar dari islamic value sources untuk melihat perbandingan dengan kewujudan mantera , pantun dan lain lain lagi untuk kita lebih memahami saka alam melayu. Insyallah kita akan mempunyai titik temu dari para nabi terdahulu dan bukannya justifikasi diciptakan terhadap alam membabi buta.

Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu