Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Zaman Sriwijaya dan zaman sebelum kedatangan islam, nama2x orang melayu bukanlah bersifat arab. Contoh yang paling terkenal pada kita adalah Parameswara. Jika kita melihat pada manuskrip Hikayat nabi Yusuf pula , pemilik naskah tersebut adalah Candra . Jika kita melihat pada piagam khmer nama2x melayu yang lain adalah Crimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmmadewa

Untuk plate tembaga Rajendra Chola 1 , nama anak penguasa Sriwijaya yang memayungi kuil di Negapatam adalah Mara-vijayotungawarman . Bagi perempuan pula , contohnya nama sebelum sundaland ini tenggelam adalah Arindi iaitu isteri Gatotkaca ( di india dikenali sebagai Adimba ) .

Pada kupasan di artikel diawal menyentuh secara am tentang tamadun awal di india adalah orang melayu dari nusantara.


Di artikel ini penulis mengupas lebih mendalam. Dari aspek literasi baik dari mahabratha dan purana kita mendapati kisah nabi Nuh ( king manu ) mendarat atas gunung Malaya. 

Website Ancient Originis mengeluarkan artikel hal King Manu mendarat atas gunung Malaya . Klik disini sumber dari website tersebut.

Bukan sekadar penulisan Ancient Originis memberikan maklumat king manu mendarat di atas gunung malaya , tapi juga 
Narada Muni. Iatu seorang rishi atau resi (orang suci) yang sangat terkenal dalam tradisi Hindu — dikenal sebagai pengembara, pemuzik (sering membawa alat muzik veena), dan utusan para dewa. 


Selain dari sumber2x diatas mungkin orang indonesia seperti  dhani irwanto juga mencatatkan perkara yang sama di bukunya Sundaland Tracing The Cradle Of Civilizations


Dalam garhwalpost.in , pihak mereka mengupas iaitu dalam kisah banjir, selepas air surut, Manu tidak tinggal di puncak gunung lagi tetapi berpindah dan menetap di kawasan kaki Himalaya, iaitu kawasan daratan di bahagian bawah banjaran gunung tersebut.


Entah bagaimana maklumat dari garhwalpost.in ini tele pula dengan kajian sejarahwan vietnam iaitu Pham Tran Anh tentang dataran malaya bermula diantara gunung himalaya hingga ke pergununan kunlun . Klik disini untuk kajian Pham Tran Anh

💡Kunlun adalah melayu :
  1. Dokumen unesco. Klik disini
  2. Sumber The Cambridge history of Southeast Asia . Klik disini

Jadi dapatlah kita paham komuniti yang berkembang selepas banjir besar adalah bangsa Malaya yang kita sebut Melayu. Mengikut kajian Coedes , manusia asia utara spt india selatan , tibet , myanmar mempunyai asal yg sama iaitu dari melayu purba. Ini disebabkan bangsa melayu itu sendiri mengikut kajian H.V Valois iaitu seorang pakar ethonologist mendapati bangsa melayu terdiri dari 3 jenis ras bangsa.

Dan ada ras bangsa ini membina di malaya plateau iaitu dari himalaya sampai ke pergunungan kunlun sehingga membanjiri ke asia tenggara. Dari kajian Paul Wheatley dalam bukunya The Golden Khersonese , beliau mendapati nama2x suku seperti Chola, Pandya , Pallava , Malayam 
juga wujud pada kaum Karo Batak di Sumatera.

Dari buku A Sourcebook Of Indian Civilization tulisan Niharranjan Ray orang terawal di bumi India adalah orang negrito. Klik disini untuk kajian Niharranjan Ray. Dari manakah orang negrito tersebut?
Menurut bapa antropologi India iaitu Rai Bahadur Sarat Chandra Roy , manusia yang terawal mendiami di benua India adalah orang asli semang-Malaya .  Tidak hanya sekadar Rai Bahadur Sarat Chandra Roy , sarjana India yang lain seperti Ananda Kentish Coomaraswamy yang berpengaruh di abad ke-20 berpendapat yang selatan india adalah dari negrito atau proto-malaya
Klik disini sumber Ananda Kentish Coomaraswamy Padanya lagi , orang Aryan di utara india , pada asalnya tidak pasti asal usulnya.

Dari sisi kajian lain orang Melayu telahpun membina penempatan di benua India seperti dinyatakan oleh Pryzluski mahupun orang melayu yang membangunkan peradaban mohenjo-daro. Dalam kajian Dr R.C Majumdar , ada jumpaan2x syiling orang Melayu ( istilah malava , malloi oleh greek ) di india. Bukti orang Melayu telahpun menjadi kerajaan dibenua India.

Tulisan tamil modern yang ada evolusi adalah tulisan asal iaitu Pallava. Tidak hanya tulisan tersebut dinamakan dari suku Karo Batak .Jika kita teliti antara tulisan pallava di Mahendravadi dan Dalavanur India dengan di Koetai Borneo , tulisan di Koetai Borneo lebih purba dari batu bersurat di India.

Jadi kita boleh lihat bahasa orang Melayu di nusantara telahpun bergerak mendiami di india dari tamil yang datang kemudian dari tempat lain seperti crete atau di mediterranean. Klik disini maklumat linggam di crete.

Jika kita zoom kepada aktiviti chola , di zaman mahabratha kaum chola biasa membawa produk dari tanah melayu seperti emas , chendana dan gaharu. Jika kita lihat hubungan chola dengan sriwijaya adalah amat baik sekali sebelum Chola menyerang Kadaram ( Kataha ) seolah2x bukan datang dari etnik dan bangsa yang berbeza. Jika kita lihat kupasan V.R Ramachandra Dikshitar lagi , Chola menyerang Kadaram ( Kataha ) dan menyerahkan takhta Kadaram ( Kataha ) kepada rajanya yang sepatutnya. Bagi zaman dulu , adalah menjadi kebiasaan untuk negara jiran melancarkan serangan kepada raja2x jirannya. Objektifnya bukan untuk merampas wilayah tersebut. Apabila seorang raja berjaya menakluk sebuah kerajaan , raja tersebut akan melantik seseorang daripada keluarga diraja negeri yang ditakluknya itu sebagai pemerintah. Klik disini melihat catitan pengembara arab untuk rekod amalan serangan tersebut.

Bukannya menyerang Sriwijaya untuk menguasai kerajaan Sriwijaya seperti yang digembar-gemburkan dari mana2x pihak. Dirasakan hal seperti ini adalah perang antara saudara sahaja antara Pandava & Kaurava dalam kemuncak Mahabratha. 


Amat pelik dirasakan , jika benar tindakan Chola ini gah di mata orang Tamil "orangnya sendiri" tapi kuburnya berada di hujung kampung tepi  longkang seolah2x tindakan raja Chola ini tidak dijulang dengan kejayaan yang digambarkan luar biasa

Dari sisi kajian Amarnath Das iaitu jurutera pengairan di India , beliau mendedahkan kerajaan di India yang kuat seperti kerajaan Pandya diasaskan oleh migrasi orang Melayu di kawasan yang kita kenali Burma.  Klik disini untuk maklumat tersebut.

Jadi dapat dilihat samada kerajaan Chola atau Pandya serangan antara satu sama adalah amalan biasa serumpun seperti halnya yang berlaku kisah raja sriwijaya berjaya raid raja khmer. Klik disini untuk kisah tersebut.

Dari aspek DNA , kajian oleh National Library Of Medicine ( klik disini )mendapati dari aspek genetik , mereka mendapati masyarakat telegu dan marathi adalah lebih hampir sama dengan Melayu Kedah dan Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Candu Di Tanah Melayu