Tamadun India & China Asasnya Dibina Oleh Melayu?

Begitulah fakta yang dikemukakan oleh sejarahwan vietnam bernama Pham Tran Anh dalam bukunya Vietnam My Country



Dalam buku Vietnam My Country diperjelaskan terperinci tentang bangsanya yang semakin kabur dipesongkan oleh orang cina Han dan kedatangan penjajah perancis.

Pernah lihat kata pakcik melayu di lenggong Perak bernama Aki yang mengatakan Vietnam tu dulu adalah negeri kita. klik disini .

Katanya bukan omongan kosong memandangkan Puan Zaharah Sulaiman yang menerbitkan buku  Asal Usul Melayu, Induknya di Pentas Sunda turut mengupas hal yang sama


Dan fakta2x yang dikemukakan oleh orang Melayu kita seperti Aki di Lenggong Perak dan Puan  Zaharah bukanlah sekadar sembang kari mereka sesuatu fakta sebab mereka melayu.

Kembali kepada Pham Tran Anh tentang tamadun Melayu , beliau mengketengahkan panggilan Melayu dalam buku Vietnam My Country iaitu Malayo-viet atau Bai-Yue . Klik disini

Dalam fakta yang dikemukan bersama buku tersebut kita akan menjumpai fakta Malaya plateau ( dataran Melayu ) yang merentangi antara puncak tertinggi gunung Himalaya sehingga pergunungan Kun Lun . Klik disini 

Di Malaysia siapa je tak kenal G. Coeds . Dalam banyak2x kajian tamadun Melayu baik pengkaji di Indonesia mahupun Malaysia pasti akan menyelak hasil kajian G. Coeds ini. Dan Pham Tran Anh juga merujuk data dari G. Coeds ini. Hasil dapatan G. Coeds ini terhadap relic arkeologi dan penemuan tengkorak mendapati semua manusia purba di Asia Selatan seperti India Selatan , Burma , Laos dan lain lain adalah  berasal dari ancient malaya . Klik disini . 

Pakar Indologi Perancis bernama Jean PrzyƂuski yang hidup di zaman 1885 mendapati manusia purba di tengah india adalah orang Melayu. Klik disini 

Katanya lagi untuk kupasan tamadun China , beliau mengatakan pada penghujung milenium kedua, umat manusia sekali lagi terkejut apabila mendapati bahawa tamadun yang disebut sebagai tamadun Cina itu sebenarnya berasal daripada Malayo-Viet . Klik disini

Dan manusia purba ini bergerak menuju ke selatan india dan cina membina tamadun disana pula. Klik disini . Dan ini membuktikan juga bahawa kata2x Guruji Ananda Krishna iaitu tokoh spiritual di indonesia iaitu kita di nusantara tidak pernah mengimport apa2x dari india. Klik disini . Malahan orang di nusantara yang dahulu mendiami di geografi sundaland bergerak keluar ke belah barat seperti india ke greek membina tamadun hebat disana. Klik disini  . Dan fakta ini bukanlah omongan kosong dari puan Zaharah Sulaiman yang pernah mengatakan tamadun india dan china itu lebih muda sedikit dari tamadun di nusantara / sundaland

Bagi pihak kerajaan Burma/Myanmar, 50 tahun yang lepas dibawah pentadbiran Dr. Nyi Nyi iaitu Timbalan Menteri Pendidikan Burma sedar bahawa sejarah di Burma tiada kaitan dengan India mahupun China. Maka mereka merombak buku teks sejarah mereka tentang kaitan dari kedua bangsa tersebut. Klik disini untuk tindakan Dr Nyi Nyi

Prihal orang melayu membina tamadun di India ada bukti di sisi lain. Jika kita mengkaji Melayu di zaman Sriwijaya kita akan jumpa fakta bahawa orang di india menghargai kerajaan Sriwijaya/Kedah seperti menghadiahkan kampung di Nagippattana dan membina kuil di Negapatam atas restu Sriwijaya. Membuktikan ada hubungan langsung penguasaan Melayu Sriwijaya / Kedah keatas tanah di India.

Sebenarnya sejarah bangsa Melayu nie ramai je orang luar memperkatakan ,tapi orang Melayu di Malaysia je yang tak aware sejarah tamadun melayu ini dibicarakan seperti kes di "bawah hidung" seperti orang thailand. Jika meneliti di media sosial akan nampak sejarah bangsa Melayu diperkatakan oleh mereka. Yang penulis perasan adalah seperti Sugit Wongtes. Klik video Sugit disini . Selain Sugit Wongtes sudah tentulah sejarawan vietnam Pham Tran Anh ini.

Klik like dan share video kami tiktok dan facebook. Semoga usaha ini dapat mencelikkan sejarah bangsa Melayu kepada orang lain.


Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu