Cerita Hang Lipo, Ode Persahabatan Kedua-dua bangsa China-Malaysia
Pengulas : MUHAMMAD HELMI JAAFAR, 2022 Pengarang artikel ini ialah Professor Kong Yuanzhi ( Foreign Language, University of Peking, Beijing) dengan tajuk artikelnya, ‘Cerita Hang Lipo, Ode Persahabatan Kedua-dua bangsa China-Malaysia’. Dalam artikel ini penulis cuba menghurai beberapa persoalan yang dikemukakan oleh ramai teman beliau dan mahasiswa Malaysia sewaktu menjadi professor pelawat di Universiti Malaya dari Mei 1999 hingga Mei 2000. Antara persoalan yang cuba dihuraikan berlegar dari ketulenan cerita sejarah Hang Lipo itu sendiri, kaitan Hang Lipo dengan Laksamana Cheng Ho dan sebagainya. Isu pokok yang dihurai penulis dalam artikel ini adalah berkenaan dengan kesahihan atau ketulenan cerita sejarah mengenai Hang Lipo, samada beliau memang sebenarnya puteri kepada Maharaja Dinasti Ming atau sebaliknya. Isu lain adalah berkaitan dengan hubungan Laksamana Cheng Ho dan Hang Lipo dan seterusnya adalah isu mengenai keharmonian dan kelangsungan hubungan dua hala ant...