Adakah Ada Manusia Lain Yang Terselamat Dari Banjir Besar Nabi Nuh

Analisa ini adalah analisa terawal dari pengetahuan biasa sebagai seorang muslim.

Dalam konsep islam alam ini hanya terbahagi kepada dua sahaja iaitu pencipta dan mahkluk dicipta. Pencipta adalah Allah yang ahad atau tunggal . tiada tuhan selain Allah. 

Dan bagi kategori makhluk dicipta wujudlah macam macam sub kategori makhluk seperti manusia , syaitan , bulan , bintang , para malaikat dan lain lain lagi.

Itu adalah konsep asas bagi mana mana disiplin ilmu.

Bagi tajuk ini iaitu "Adakah Ada Manusia Lain Yang Terselamat Dari Banjir Besar Nabi Nuh"

Kita akan menganalisa maklumat dari epik gilgamesh untuk kisah banjir besar nabi nuh. Dalam epik gilgamesh kita akan disajikan dengan pelbagai nama seperti Utu-Nabisytim , Gilgamesh , Enlil , Ninirta dan lain lain yang memeningkan kepala kita dgn alien name bagi kita.

Untuk membaca epik itu dalam terjemahan bahasa melayu boleh lihat disini

Dalam scene terakhir kisah banjir besar Utu-Nabisytim kita akan lihat Enlil datang ke bahtera Utu-Nabisytim dan dia berkata “Sungguh mengejutkan aku apabila seorang manusia mampu lari daripada takdir mematikan ini"

di bahagian ke-2 

indikasi bahawa ada makhluk lain yang survive banjir besar tersebut dan marah kerana ada manusia terselamat dari bencana tersebut.

Jadi , siapakah Enlil ?  Jika dilihat di bahagian 1 ( kisah sebelum banjir besar ), kita akan dapati Enlil telah membenci tuhan dan akan pergi ke Apsu.

Kisah Enlil di bahagian 1

Mustahil ada makhluk selevel tuhan  membenci tuhan. Oleh yang sedemikian , kita akan mengkategorikan sebagai makhluk yang mungkar atau tidak mengaku  Allah sebagai tuhan Enlil.

Jadi Enlil kita boleh kecikkan skop samada dalam kategori makhluk diciptakan samada manusia, malaikat ataupun iblis.

Mustahil untuk kita katakan malaikat kerana mereka diciptakan untuk sentiasa menjalankan perintah dan akur tentang tugasannya.

Bagi sub kategori makhluk diciptakan iaitu syaitan dan iblis pun agak mustahil untuk membantah disebabkan pembantahan itu terjadi di awal pembentukan manusia bernama Adam. Apa yang mampu mereka lakukan adalah sentiasa menghasut keturunan nabi adam untuk sentiasa syirik dan melakukan kemungkaran.

Jadi yang tinggal adalah manusia yang tidak lagi mahu menyembah tuhan atau menganggapnya tuhan.

Dari penceritaan banjir besar Utu-Nabisytim dapatlah kita ketahui yang

  1. Ada manusia lain yang terselamat
  2. Dan manusia yang terselamat adalah manusia yang engkar kepada tuhan
Mungkin kupasan ini amat daif dan lemah terhadap ruang lingkup pengetahuan yang kurang. Saya nantikan jawapan dan pandangan yang bernas. 👌




Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu