Mantera Alam Melayu
Semalam saya membelek naskah catitan barat tentang pengalaman dia memasuki ceruk kampung orang asli dan kampung melayu baik di Siam mahupun di Tanah Melayu.
Nama naskah tersebut adalah "Papers On The Etnology & Archeology of The Malay Peninsula " oleh Ivor H.N. Evans M.A pada tahun 1927. Pada mukasurat 61 saya menjumpai bait mantera orang melayu pembuat keris bagi proses membuat keris
Daripada bait itu, kita akan nampak penggunaan pelbagai hantu, jin dan jembalang dalam mantera tersebut. Pelik rasanya bagi manusia modern mcm saya sebab elemen itu disebut bergandingan dengan nilai islamic yang kita biasa dlm kehidupan seharian kita seperti
- bismillah hirrahman nir rahim
- Assalamualaikum
- Nur Muhammad
Sinkretisme merujuk kepada proses penggabungan atau pencampuran unsur-unsur daripada pelbagai kepercayaan, agama, budaya, atau falsafah yang berbeza menjadi satu sistem baru yang lebih menyeluruh atau serasi.
Agak hairan juga bagaimana orang melayu boleh "sekreatif" dan "berinovasi" membuat sesuatu gabungkan islamic value dengan mantera purba yang kita anggap tahyul mengarut.
Setakat cerapan saya tentang kajian asal usul perkara yang berlaku seperti wujudnya penyembahan berhala mahupun perarakan burung petala yang suatu ketika meriah disambut di kelantan saya dapati asal usulnya adalah murni dan baik sesuai dengan teknologi pada zaman ketika itu dan mungkin syariat para nabi dan rasul pada zaman nabi idris contohnya dalam kes pembuatan "berhala" tidak wujud lagi sebelum manusia terkemudian menyembahnya. klik sini kupasan tentang asal muasal berhala
Jadi fahamlah kita yang sebenarnya apa yang kita nampak pada hari ini pada asalnya adalah sesuatu yang murni / baik.
Antara penyumbangan kita dalam mentafsirkan perkara baik dalam segala bidang adalah kelemahan bahasa. Baik dalam sejarah , teologi dan lain lain lagi menyebabkan kita rasa pelik dan memahami sesuatu yang lain dari asal perkara tersebut. Contohnya terjemahan bible yang diterjemah oleh orang yang faham sekadarnya. menyebabkan penghasilan terjemahan memahami apa yang dikatakan nabi isa terpesong dari makna asal. Atau kita lihat contoh lain lagi bagi terjemahan bahasa masyarakat mesir purba yang distort sebutan asal . Kelemahan tentang distortion bahasa ini juga berlaku disebabkan sarjana melayu kita menggunapakai atau merujuk kepada takrifan barat yang hanya memahaminya dalam kerangka minda barat.
Jadi kita boleh simpulkan hanya kerana bahasa kita mampu merosakkan makna dan maksud perbualan harian manusia di zaman silam.
tagline bahasa jiwa bangsa. kekuatan memahami bahasa lagi tinggi , lebar faham bahasa orang lain makin kuat jiwa kita. semakin kita kenal siapa kita.
Dalam konteks mantera pembuat keris tadi, kita harus memahami apa yang nenek moyang dulu katakan. Adakah hantu yang dimaksudkan tergambar dalam kepala istilah merujuk kepada makhluk yang menyeramkan berdarah sana sini? atau sesuatu istilah bahasa melayu ( non arabic words ) merujuk kepada unseen entity.
Dari petunjuk alquran dan hadis kita dapat fahami para nabi dan rasul sebenarnya ramai. Dalam hadis nabi , dikatakan 124,000 nabi dan 315 rasul telah diutus kepada pelusuk dunia dan zaman berzaman ( sumber : Hadis riwayat Ahmad, disahihkan oleh Syeikh Albani ). Dan hanya 25 nabi dan rasul disebut dalam alquran.
Selain dari ciptaan tangible bernama manusia berstatus nabi dan rasul , begitulah halnya dengan unseen entity . Melalui alquran dan hadis dalam lingustic arab kita hanya mengetahui hanya 10 malaikat utama sahaja.
Dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj contohnya, Nabi Muhammad SAW melihat Baitul Ma'mur di langit ketujuh , setiap hari, 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak akan kembali lagi. (sumber : Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam surah al-isra ayat 96 , di bumi ada malaikat yang tinggal dan dikalangan mereka menjadi rasul . Mungkin juga lingustic orang asli melayu disebut sebagai bunian seperti yang selalu digembar gemburkan dalam drama filem melayu kita.
Dalam Surah Ar-Ra’d (13:10–11) contohnya malaikat ‘mu’aqqibat’ di sekitar manusia dan senjata untuk Nabi di medan peperangan. Tafsir juga menyebut sekumpulan malaikat hadir ketika peperangan Badar, termasuk Jibril, Mikail, Rafael, dan ribuan malaikat membantu kaum Muslim.
Menyelusuri al Quran lebih dalam lagi kita akan dapati malaikat ini boleh menjelmakan diri kepada manusia yang lain iaitu kisah nabi Ibrahim pada ayat Surah Hud (11:70)
Dapatlah kita fahami yang meriahnya makhluk dalam kategori malaikat dan sewajarlah samalah dengan halnya jin dan pelbagai bentuk unseen entity yang lain. Sehinggakan orang melayu memahaminya dengan istilah bahasa melayu berbanding istilah arab seperti halnya bagi kategori malaikat iaitu Atid , Nakir , Mungkar dll.
Tentang bahasa yg membuatkan kita terkeliru adalah utk bahasa arab dan bahasa asli melayu mempunyai lazim bahasa yang berbeza. Contoh apa yang dapat difahami dari al quran adalah istilah "nabi" adalah orang yg telah diberi wahyu dan menyampaikannya. dan ada diantara para nabi diberi mukjizat. Jika kita menyelurusi bahasa orang asal / orang asli di negeri sembilan kita akan dapati kisah-kisah para nabi yang mirip sama seperti nararif dalam al quran adalah batin . Disebabkan kita orang melayu adalah orang asal / orang asli yang masih menggunakan istilah warisan , kita menggunakan istilah hantu bagi merujuk kepada unseen entity. Klik disini untuk kupasan orang melayu orang asal / orang asli
Jadi dapatlah kita faham yang sebenarnya warisan untuk orang asli negeri sembilan yang diwarisi dari nenek moyang istilah batin itu adalah merujuk kepada sosok individu yang dipanggil nabi. Sekali lagi, bahasa jiwa bangsa.
Dari aspek menyeru kepada makhluk unseen entity adakah dibolehkan. Dari petunjuk alquran , figura hebat yang diberikan kelebihan "bermain-main" dengan unseen entity adalah nabi sulaiman.
🙏klik like page tiktok kami di #dnamelayu





Comments
Post a Comment