Orang Melayu Adalah Orang Asal ( Orang Asli )
Mesti kebanyakan dari kita tak tak setuju dengan mengatakan orang asli itu adalah org melayu. Mungkin faktor pendidikan rendah menengah yang mengkategorikan orang asli itu bercawat dan hidup di hutan berbanding dengan org melayu yang rata rata tinggal setidaknya di kampung kampung tidak berpindah randah menyebabkan kita berbeza.
Tapi benarkah begitu. Apa itu melayu? Seperti biasa , bahasa jiwa bangsa. Tanpa pemahaman mendalam tentang subjek bahasa , maka pudarlah jiwanya.
Apakah makna melayu? Untuk memahami apa itu Melayu kita harus merujuk ahli pengkaji bahasa. Di malaysia, ahli bahasa yang lantang bersuara adalah Prof Solehah UIA
Dari kajiannya terhadap bahasa purba seperti bahasa akkadian , proto arab dan lain lain maka dapatan makna lingustic manusia di awal tamadun bagi melayu ialah orang di tempat tinggi atau orang yang mendiami di pergunungan.
Ini tidak menghairankan kerana dalam mahabrata dan purana. Iconic scene kaitan dengan gunung malaya dalam purana dan mahabrata adalah king manu ( rendering kisah dari kisah banjir besar dikenali dengan nabi nuh / Utu-Napishtim ) mendarat di atas gunung malaya
Malahan Tulku Zangpo Drakpa dalam teks Le’u Dünma juga menyebut tentang gunung malaya. klik disini
sebut gunung malaya , membuatkan kita teringat pergunungan yang paling tinggi namanya hi-malaya . Sebenarnya nama malaya itu adalah bahasa mesra english . Jika guna huruf sanskrit seperti dalam teks Le’u Dünma , kita boleh dengar audio sebutannya adalah Melayu hanya menggunakan google translate sahaja.
Dari aspek behaviour manusia di rantau asia tenggara contohnya pada satu ketika sekitar 12,000 hingga 7,000 tahun yang silam pernah ditenggelami lautan menggelamkan benua yang luas yang manusia sekarang sebut sebagai sundaland menyebabkan manusia yang mendiami benua sundaland pada ketika itu terpaksa menaiki ke tempat yang lebih tinggi dan mendiami di kawasan bukit bukau atau pergunungan . lihat penerangan guruji ananda krishna
jika kita lihat peta ptolemy di tahun 1508, kita akan melihat pergunungan massive mengunjur ke semenanjung malaysia.
Pernah dengar banjaran titiwangsa? ( titi-bangsa ) . secara logiknya range pergunungan yang "mengalir" ke semenanjung membolehkan manusia purba meniti dari selatan ke utara dengan mudah menggunakan kelebihan pergunungan natural malahan boleh sampai ke pergunungan hi-malaya . mungkin takrif makna hi-malaya diberikan oleh sumber luar memberi makna yang lain. tapi common sense kita tetap mengatakan gunung malaya itu dengan hi-malaya seperti halnya dgn method linguistic barat seperti hi-calcium , hi-energy , hi-tech dan lain lain bagi menunjukkan sesuatu bahan atau perkara itu lebih tinggi.
kelebihan mukabumi sebegini menyebabkan orang asal di sundaland yang membina penempatan di kawasan tinggi sehingga ke utara , mula membina tamadun di kawasan indo-china yang kita kenali sebagai Funan, Chenla, Champa dan lain-lain lagi.
Selain dari penjelasan guruji ananda krishna tentang orang nusantara tinggal di pucuk pucuk bukit , Puan Zaharah Sulaiman juga mengatakan perkara yang hampir dalam kajian beliau. Sebagai orang asli ( klik sini video menjelaskan beliau adalah orang asli ) ,setelah beliau menjalankan penyelidikan di Institut Tamadun Alam Melayu UKM barulah beliau faham yang orang melayu itu adalah orang asal atau orang asli. ( klik sini untuk penjelasan evolusi orang melayu ). Kefahaman dari kajian beliau bersama sama professor lain menyebabkan beliau menerbitkan buku "Sejarah Tamadun Alam Melayu: Asal Usul Melayu Induknya Di Benua Sunda " yang diterbitkan pada tahun 2016.
Perkara ini turut dikongsi oleh penyelidik barat iaitu Guy Hunter melalui kajian dia dalam naskah South-East Asia: Race, Culture and Nation yang mengkategorikan orang asli seperti negritos , semang , senoi dll sebagai penduduk asal di kawasan pergunungan.
Dari kajian DNA oleh team Prof Zafarina USM sememangnya sample semang dan melayu yang lain mempunyai genetik yang sama. Kajian Prof Zafarina ini juga mempunyai kefahaman yang sama dengan pakar genetik yang pernah berkhidmat di universiti oxford iaitu Stephen Oppenheimer
Jika merujuk kepada jabatan orang asli berdasarkan kajian antropologi dan sosiologi kita akan dapati pengkelasan orang asli seperti dibawah
Jelas bukti dari lingustik , kajian budaya orang asli antropologi dan sosiologi, kajian DNA menunjukkan bahawa orang melayu itu adalah orang asal atau istilah lain iaitu orang asli. Mungkin istilah yang kita gunakan terhadap satu sama lain menyebabkan kita rasa tiada kaitan.
Ada komuniti nak guna istilah indios , ada orang tak setuju masih mahu gunakan istilah Melayu merujuk kepada kes pembentukan ketiga tiga jajahan seperti indonesia , malaysia dan filipina. Kefahaman yang berbeza menyebabkan kita rasa berbeza hakikatnya adalah sama dan disahkan melalui kajian genetik.
Disebabkan manusia terkemudian mungkin lupa dengan kisah perjalanan nenek moyang mereka bersama king manu ,lantas mereka memilih untuk menggunakan istilah yang lain dan diyakini nama yang sesuai dengan generasi terkemudian.




Comments
Post a Comment