Pengaruh Islam Di Alam Melayu
Lazimnya kita mendengar tentang anak keturunan merong mahawangsa memeluk islam iaitu Raja Phra Ong Mahawangsa dengan nama Sultan Muzaffar Shah I.
Ramai berpendapat dari catitan tempatandan sumber-sumber tradisi menyatakan bahawa Islam tiba di Kedah sekitar abad ke-12 ( 500 hingga 570 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW )
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, pengislaman berlaku semasa zaman keturunan ke-4 atau ke-5 selepas Merong, bukan Merong sendiri.
Hasil dapatan arkeologi iaitu dua keping syiling timah telah dijumpai iaitu "Belanja Negeri Kedah Dar Al Aman " bertarikh 118 Hijriah. Klik disini untuk pengesahan dari Dr Ibrahim selaku Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah
Ini memberikan perspektif baru yang islam sebenarnya telah sampai ke kedah lebih awal pada kebanyakan mainstream sejarah kedah yang mengatakan secara default islam sampai ke abad-12 iaitu 107 tahun setelah Nabi Muhammad wafat
Dari maklumat kitab " Al-Masalik wa al-Mamalik " , pelbagai maklumat diperolehi tentang sribuza ( srivijaya ) , kerajaan kalah ( kedah ) , raja khamar ( khmer ) dan lain lagi . Klik disini untuk melihat kupasan dari Prof Solehah tentang kitab Al-Masalik wa al-Mamalik . Naskah ini telah diedarkan 329 tahun selepas wafatnya nabi muhammad iaitu sekitar 340 hijriah atau 951 masihi.
Surat raja indrawarman iaitu maharaja kerajaan srivijaya yang terdapat di universiti oxford mendapati surat ini dihantar kepada sahabat Nabi Muhammad iaitu Muawiyah bin Abi Sufyan, iaitu khalifah pertama Bani Umayyah. ini memberikan indikasi yang surat ini telah diutus lebih kurang 30 tahun selepas wafatnya nabi muhammad.

Comments
Post a Comment