Adakah Melayu Di Zaman Purba Hindu : part 2
Sebelum ini ada dikupaskan dari aspek kamus penjajah seawal usia 1631 dan 1902 untuk mencari glosari hindu dan candi. Klik disini untuk artikel tersebut.
Kali ini kita akan mengupas dari catatan sarjana Arab-Muslim dari Andalusia (Sepanyol Muslim) pada abad ke-11 Masihi dalam bukunya "Al-Masalik wa al-Mamalik" (الْمَسَالِك وَالْمَمَالِك) . Buku ini sebuah karya geografi dan sejarah terkenal yang ditulis oleh Abu Ubayd al-Bakri . Di muka surat 360 dan 364 adalah fokus halaman dimana kisah kerajaan srivijaya dicatatkan
Apapun merakamkan setinggi penghargaan kepada team Xsamudera dan Prof Solehah kerana meluangkan masa untuk mengkaji dan mendedahkan perkara ini. Semoga kita semua mendapat manafaat dari perkongsian sebegini.
Selain dari raja hindi adalah raja zabaj. Kerajaan ini adalah berbeza dari hindi dan sindh ( cina dan india ). Dan yang dimaksudkan dengan maharaja ini adalah raja segala raja . Klik disini video lain dari ucapan org indonesia yang dikatakan raja segala raja
Mereka mempunyai kerajaan yang menjalar di pulau pulau. Dan tiada seorangpun raja dimana mana bahagian pulau ini. Tidak mempunyai keupayaan dan kelebihan mahupun kuasa ekonomi lebih dari maharaja.
Ada pintu gerbang terukir dipanggil tawara yang berasal dari pulau kampor dan fansur sumatera. Ada bahan galian untuk membina bongkahan besi untuk membina bangunan berasal dari Pulau Ramna ( kawasan sumatera ) . Dulu pulau sumatera juga dikenali sebagai jaziratul ramni
Raja Khamar ( khmer ) adalah lebih kecil dari Maharaj dan antara yang tertua dan pulau ratu yang namanya Rayaniah Malakah Jazaie. Luasnya Kerajaan khmer membentangnya 4 bulan berjalan kaki. 50 ribu pasukan berkuda telah diberikan kepada Raja Khamar ( khmer ). Dan dia adalah terbaik antara semua raja. Dan dia adalah watak sebagai muslim sejati
Diantara mereka terdapat raja Prapokdi dan seorang lagi raja bernama Sulaiman. Dan mempunyai tentera 70,000. Tetapi pasukan gajahnya tidak begitu banyak. Dan mereka adalah penunggang gajah yang paling berani di benua ini.
Diantara mereka ada seorang raja bernama Najana di kawasan Kamar ( Khmer ). Dan dia adalah syarif ( penerangan "syarif" 👉keturunan ahlil bait ) . Dan diantara mereka semua adalah keturunan Clysis ( penerangan "clysis" 👉 keturunan raja syria ) . Dan dia hanya berkahwin dengan sharifah dari kaumnya sahaja. Dan mempunyai satu selipar ( sandalwood ) yang dibuat dari kayu cendana warna merah. Sandalwood ini berasal dari Najana . Najana Maksudnya dari kawasan kita. tambahan 👉 klik sini untuk melihat maklumat am sandalwood kaitan Malaya
Di tempat lain pula, ada seorang nama Jarra ( Jerai ) . Keadilan kerajaan ini sangat luas.Dan sesiapa yang menaburkan emas dan mutiara di kiri dan kekanannya dalam kerajaanya dan jalan menuju kesana sini tidak ada yang akan mengambilnya dan melihat apa apa daripadanya. Seolah olah tiada apa yang berlaku. tambahan 👉 klik disini untuk lihat catitan manuel godinho de eredia tentang sikap orang melayu terhadap emas
Tentang raja jerai , dan orang arab masuki negaranya dengan banyak sekali. Banyak perniagaan-perniagaan. Mereka akan diberitahu oleh raja itu sendiri untuk jaminan perniagaan. Dan raja ini akan berkata...Jika berlaku kemalangan dengan wang kamu, kembalilah kepada aku adalah penjamin kamu. Dia mempunyai keyakinan keselamatan di negaranya dan undang-undang dalam rakyatnya. Dia adalah yang paling berani dalam taktik perang. dan tenteranya tidak akan memberontak terhadapnya sekalipun menghukum kepada komander mereka.
Bagaian footnote 👇
Jarra is kingdom near of the Jerai/Serai mountain that might be in the kingdom kullah ( kedah )
Khamar ( khmer ) is reffering the king in the city of Melayu above kedah. High possible Langkasuka. Langkasuka is the oldest kingdom among others.King of khamar ( khmer ) is true muslim.
Comments
Post a Comment