Adakah Melayu Di Zaman Purba Hindu : part 1

 Antara kontroversi yang selalu menjadi perdebatan adalah dengan mengatakan melayu itu hindu? tapi benarkah begitu.

Sebelum membahaskan agama untuk orang melayu di zaman purba, kita perlu faham apakah apakah itu hindu? 

Guruji Ananda Krisha seorang guru spiritual di Indonesia yang tampak seperti hindu mengatakan istilah hindu itu adalah orang orang yang mendiami di sekitar atau di sebelah sungai indus

Jika kita melihat di narative orang luar pun , mereka mengatakan prihal yang sama. lihat video ini

Jadi istilah hindu itu adalah istilah asalnya adalah merujuk kepada komuniti yang tinggal di lokasi berhampiran sekitar sungai indus. Bukanlah istilah kepada agama atau teologi orang di benua india secara amnya.

 Dari rakan-rakan tamil di malaysia juga ada antara mereka tidak mempunyai agama. lihat video kupasan siddharthgautham786 . Perkara orang tamil tidak mempunyai agama dan lebih kepada anamisme juga dikongsi oleh saudara suman sivam sebelum dia menjadi muslim.

Tidak hanya kepada mereka berdua. saudara pemilik akaun ezhilventhansuntharesan juga tidak setuju tamil adalah hindu kerana istilah tersebut adalah istilah dari british.


Jadi pada mereka , hindu itu bukan untuk tamil malahan mereka mempunyai cara hidup sendiri. Jadi apa buktinya di tanah melayu manusia dulu adalah bukan hindu. Ini mudah dibuktikan jika menyelusuri kamus yang wujud zaman dahulu. Disebabkan agama hindu itu meriah dan gah, sewajarnya kosa kata hindu atau candi wujud di dalam kamus atau vocabulary yang dicatatkan penjajah contohnya.


Antara kamus yang paling purba adalah Kamus Malay-Latin. dibuat pada  1631 di Rome Italy oleh Sarjana Inggeris Davidis Heax. Salinan kamus tersebut boleh dilihat disini .

Chandi atau candi dan hindu




Dapat dilihat glosari di dalam kamus itu tidak wujud untuk istilah hindu mahupun candi


Adakah kamus ini sahaja pembuktian yang wujud. Pada tahun 1902 , susunan vocabulary melayu-english telah dibuat oleh Rev W. G. Shellabear

Istilah hindu wujud , tapi bukan merujuk kepada agama

Tiada perkataan candi ditemui


Jika penjajah luar yang datang ke tanah melayu dan mengkaji adat budaya bahasa orang melayu pun tidak mencatat istilah hindu mahupun candi/chandi di zaman silam, wajarkan orang luar atau melayu di zaman modern meletakkan istilah yang tidak tepat kepada orang melayu terdahulu

Jika kita melihat dari aspek senibina di nusantara atau indo-china, pengkaji dari vietnam bernama Dr. Nguyễn Đức Hiệp juga mendapati senibina binaan purba bukanlah pengaruh dari tamil. lihat video disini

Malahan Guruji Ananda Krishna juga dari kajiannya , nusantara tidak pernah import sesuatu dari india. lihat video disini

Jadi mana datangnya pengaruh india ke nusantara?


Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu