kemenyan menyeramkan

Semalam saya post tentang penggunaan kemenyan. lantas saya mendapat response dari seorang sahabat tentang perspektif  aktiviti tersebut.



saya rasa , mana2x melayu yang tak biasa dengan kemenyan mesti mempunyai mindset sebegini iaitu ada kaitan dengan kematian seseorang mahupun ada kaitan dengan mistik / hantu. puncanya sebab selama ini kita pun dihidangkan media filem dan drama di kacamata televisyen sebegitu rupa.

Mindset begitu bukan hanya berlaku kepada sahabat saya. malahan saya juga mempunyai mindset yang sama.

Bagi individu yang mengkaji sejarah bangsa melayu seadanya , bila dikaji ada pelbagai penggunaan kemenyan yang relatif dengan sejarah melayu. Semakin dalam dikaji , semakin banyak fakta menarik tentang kemenyan.

Pada awalnya saya anggap adalah dari batu disebabkan biasanya datang dalam bentuk ketulan batu. tapi bila dikaji , hakikatnya , kemenyan yang dibakar adalah datang dari sumber alam iaitu  pokok genus Styrax. Jadi untuk wangian seperti kemenyan dan pohon cendana adalah dalam subjek akademik "aromatic plants".

Dalam dunia alam melayu , aromatic plants ini adalah amat dekat terutama sekali hal sejarahnya.

Dalam epic gilgamesh , bila kita baca kita akan jumpa maklumat sebegini.

"Lalu aku melemparkan segala-galanya ke arah empat mata angin berbeza, lalu aku membuat pengorbanan. Aku curahkan air suci di atas puncak bukit, aku sediakan tujuh bekas untuk persembahan. Aku penuhkan di kaki bukit itu dengan tanaman pokok tebu, kayu cendana. Para Dewa (Raja2 dan Pembesar2 negeri) menghirup aroma, saling menciumi baunya, lalu berkerumun bagaikan lalat. Dan apabila dewa Ishtar (permaisuri) sampai, dia menanggalkan rantai lehernya yang merupakan pemberian dewa Anu (Ketua Raja2), seraya berkata:"

boleh baca petikan penuh di sini

Kisah tentang tanaman tebu ini dan cendana , saya percaya adalah kisah komuniti orang sundaland sewaktu banjir besar bersama nabi nuh.

Ini dikuatkan lagi dengan cetakan wang emas dan perak di nusantara yang bermotifkan bunga cendana.

Motif bunga cendana :

mungkin dari epik gilgamesh tersebut ,itulah bau yang lazim mereka hirup bagi mengenang asal muasal mereka di sundaland yang meriah dengan pohon tersebut. lihat maklumat carian google asal usul pohon cendana

Begitulah dekatnya orang melayu dengan daily routine kehidupan dengan wangian aroma dari sumber alami pohon cendana

Bila kita lihat dari kitab "hindu" tentang gunung melayu ada kaitannya dengan cendana. lihat disini di hindu-blog

Dan bila dikaji dapatan orang barat tentang perjalanan mereka berkelana mengkaji dalam tanah melayu di zaman 1900an kita akan dapati jumpaan mereka , orang melayu masih lagi dekat dengan penggunaan aroma dari pohon hasilan kemenyan seperti dalam catitan Stewart Wavell dan Ivor H. N. Evans

Dalam alquran , ada perkataan bahasa melayu yang merujuk kepada kapur barus iaitu pada ayat Surah Al-Insān 5-6 :


Nota kaki : kapur barus ( kafur ) , adalah bongkahan kristal putih dari pohon kapur barus, terutama dari pokok Cinnamomum camphora (camphor laurel) atau Dryobalanops aromatica (kapur barus Borneo/Sumatera).

Hebatnya kapur barus ini menjadi pengeluar dan mendapat sambutan Arab, India, dan China sejak abad ke-7 Masehi. Klik disini untuk mendengar kupasan tiktokers arum natzorkhang tentang kapur barus dalam alquran

Dan bahan dari sumber alami dari kawasan nusantara untuk mengawet mumia mesir adalah dammar dari pohon Pistacia. Klik disini untuk melihat hasil kajian barat tentang dapatan mereka tentang damar dari nusantara

Dari perspektif islam kita akan dapati nabi muhammad penggunakan bahan wangi seperti gaharu





Sebut tentang gaharu dalam penggunaan bekam oleh nabi Muhammad, gaharu yang paling mahal di dalam dunia adalah dari tanah Melayu. Klik disini untuk video gaharu di Malaysia 

kita boleh mengagak yang wangian method bakar untuk gaharu adalah mahal untuk dibakar. Mungkin sebabnya kebanyakan melayu kita gunakan kemenyan sebagai alternatif bahan bakar 

Di masjid nabawi contohnya , kita dapat lihat pihak pengurusan sana membakar kemenyan arab ( bukhoor ) dalam perkarangan masjid . klik disini untuk melihat rakaman tersebut

Di jazirah arab , mungkin kita kenali dengan istilah bukhoor. Di china konsep wangian asap ini juga digunapakai tapi dalam  istilah yang berbeza. kita kenalinya sebagai colok . Di masjid china  beijing contohnya , colok digunapakai dalam sambutan aidil fitri disana. klik video disini . Colok juga digunapakai apabila masyarakat muslim china menziarahi kubur mereka. Klik video mereka menziarahi di kubur.

Dari video2x yang telah dibentangkan seperti bukhoor dalam masjid nabawi dan colok di China ,dapatlah kita ketahui bahawa bahan bakar itu bukanlah menggambarkan ritual keagaamaan melainkan memang penghasilan produk wangian sebegitu digunakan dengan pelbagai istilah dan bentuk produk yang berbeza. Objektifnya tetap sama , wangi itu sunnah dalam pelbagai bentuk objek.

Kembali kepada soalan kemenyan yang diberi komen oleh sahabat merujuk kepada ritual hantu jembalang dan kematian datang dari kefahaman kita terhadap media visual yang kita belajar.

Contoh mudah , adalah apabila kita melihat kepada cerita Pendekar Bujang Lapok ada scene mereka membaca mantera jembalang tanah sambil pendekar mustar membakar kemenyan. Tergambar dalam fikiran kita , kemenyan dibakar untuk memberi makan hantu jembalang atau menyeru agar jembalang dekat atau rasuk kepada si penyeru.

Scene kemenyan dibakar sambil membaca mentera memanggil mambang. Klik disini untuk playback scene tersebut

Apabila kita kaji ilmu orang Melayu , ada petua iaitu kemenyan sebenarnya boleh meningkatkan daya hafalan . Saya tak ingat kat mana saya nampak info tu. Ada video seseorang di tiktok membaca kitab lama , orang dalam video tersebut ada mengupas tentang capabalities kemenyan dalam meningkatkan daya ingatan / hafalan. Jadi dapatlah kita faham metafora penyampaian visual oleh pembuat skrip filem ini ada haknya dan kita pula batil dalam memahami visual yang digambarkan. 

Bagi penggunaan kemenyan dalam urusan kematian sebenarnya ada asas logiknya. Secara peribadi saya pernah uruskan mayat mak saudara yang meninggal secara alami. Saya perasan ada darah cair masih keluar dari badan. Dan pernah dengar juga ada somebody di tiktok menceritakan bau busuk mayat memang lain machiam. Jadi kemenyan digunakan bagi mengatasi bau mayat dalam pelbagai kondisi kematian. Maklumlah , material itu mudah dicapai oleh orang melayu di zaman dulu sebelum adanya pelbagai bentuk wangian dibuat secara klinikal. Lihat sahaja video orang China muslim tadi yang membawa colok ke kuburan. Tujuannya tetap sama , iaitu mungkin mahu mengatasi bau mayat yang mereput  di tanah perkuburan. Hatta jika kita lihat peel orang melayu menabur bunga atau pandan , bukanlah untuk perkara mistik. Tetapi untuk mengurangkan bau bayat yang mungkin kurang enak sewaktu ramai sanak saudara hadir dalam pengkebumaian si mati dalam pelbagai kondisi kematian.

Selain dari meningkatkan daya ingatakan dengan kaedah asap wangian kemenyan jika kita rujuk catitan stewart wavell bila luang masanya dengan sultan pahang , stewart mencatitkan yang sultan pahang menggunakan kemenyan bagi merawat masalah individu yang jadi orang tengah antara stewart dan sultan pahang. Lihat disini untuk catitan stewart. 

Pada 900 AD , pedagang china menggunakan kemenyan bagi tujuan perubatan. sumber buku Sundaland Tracing The Cradle Of Civilizations 

Dalam buku Health & Beauty From Rainforest : Malaysian Traditions Ramuan , kemenyan digunakan pada  11 century oleh Ibu Sina untuk memulihkan gigi.



Jadi dapatlah kita fahami yang kaedah kemenyan juga mempunyai faedah kepada  kesihatan dan minda. Mungkin banyak lagi maklumat faedah penggunaan kemenyan yang tidak kita ketahui. Antara lain perasap keris dengan kemenyan.mungkin ada kupasan dari aspek metallurgy logam. Atau pelbagai lagi ilmu kemenyan yang kita sendiri tak tahu kewujudannya. Marilah kita sama2x kaji tentang ilmu alam melayu supaya kita sendiri tidak terjerumus dalam menghapuskan warisan nenek moyang bangsa Melayu secara membabi buta.

zaman semakin moden. pelbagai wangian mampu dimiliki dan mudah digunapakai. antara teknologi wangian secara wap adalah teknologi elektrik dan titisan cair. Cumanya jika boleh saya elakkan kaedah terkini kerana sudah tentu dibuat kaedah kimia. Difahamkan untuk membuat minyak wangi yang less harmfull kepada manusia adalah minyak wangi yang mahal. Lihat kupasan untuk minyak wangi yang berkualiti . Dan ada juga memberikan komentar yang penggunaan minyak wangi ( chemical based ) menyebabkan period lambat dan hipertirod. klik disini untuk video komentart tersebut . Sebaiknya gunalah sesuatu yang bersifat alami.

Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu