Alam Melayu Adakah Agama Hindu Buddha
Sebelum ini telah dibahaskan istilah hindu yang wujud dalam kamus paling tua.
Malahan penulis telah memaparkan agama kerajaan melayu khmer ialah seorang islam yang sejati dari perspektif sumber arab.
Tentang istilah Hindu
Bagaimana pula dengan dapatan orang india dan china ? Mengikut T.R. Shesha Iyengar iaitu seorang seorang sejarahwan dan Dravidologist dari India yang terkenal melalui karya beliau penting iaitu Dravidian India , makna hindu bermaksud percampuran budaya Dravidia dan Indo-Arya yang harmoni inilah lahirnya tamadun Hindu yang kita kenal hari ini. Dalam erti kata lain , ianya bukanlah agama kepercayaan mutlak dari 1 faham , melainkan budaya yang terbina antara 2 komuniti yang berbeza.
Bagaimana pula dengan pihak China? I-Tsing adalah salah satu tokoh pengembara dari China yang mempelajari buddha di tanah India. Hidup pada 671-731 masihi. Dari catatannya Hindu ( catitan dicatat : Hsin-Tu ) hanyalah nama yang digunakan oleh suku-suku dari utara sahaja. Penduduk di benua india secara amnya tidak mengenali nama itu.
mengikut sumber sarjana india bernama Thakur Prasad dalam bukunya Palaeography of Brahmi script in north India menjelaskan yang kepercayaan yang dikatakan yang ada pada masa sekarang adalah kemunculan mazhab-mazhab pemujaan (devotional cults) yang baharu tercermin dalam teks-teks seperti yang terkandung Shvetashvatara Upanishad dan Bhagavad Gita. mazhab2x baru ini muncul selepas Empayar Maurya dan kebangkitan Empayar Gupta sejajar dengan ajaran buddha.
------------------------------------------------------------------
tag ancient accounts of India and China , brahmin , syair , puisi
ms 86
pendeta dan ahli agama, yang dikenali dengan nama Brahmin.
Mencipta syair dan puisi,
Penuh dengan pujian dan sanjungan,
Untuk memuliakan para raja mereka.
💡 mungkin terbit memuja manusia lain dengan nama2x spt shiva dll.
------------------------------------------------------------------
Tentang Buddha
Mengikut catitan Faxian iaitu pengembara dari china yang mengembara lebih awal dari I-Tsing , kemunculan patung buddha kali pertama dibuat oleh raja yang hidup di zaman Buddha iaitu Prasenajit . Dari tindakan yang pertama kali menciptakan patung buddha , maka tersebarlah patung-patung buddha sejak dari itu. Menunjukkan ajaran buddha yang sebenar tidak pernah memberitahu untuk membina sebarang objek, tugu , patung tentang dirinya seperti yang kita lihat zaman sekarang.
Kedah umpamanya adalah pusat persinggahan yang sibuk antara dunia benua India dan China. Lihat catatan pengembara "arab" iaitu Mas'udi yang menceritakan Kedah merupakan titik temu antara China dan India. Jika ada patung buddha yang dijumpai di zaman kini , itu bukanlah sebahagian kepercayaan orang melayu di zaman itu. Kes di Kedah umpamanya adalah seperti di kerajaan Multan dimana mereka membiarkan berhala dikenali multan di wilayah kekuasaan mereka.Mereka adalah islam.
Bagaimana pula dengan masyarakat di rantau asia tenggara? Dari kupasan George B Walker dari bukuya Angkor Empire di mukasurat 20 mengatakan
"Sistem kepercayaan proto-Melayu ini telah lama wujud sebelum kedatangan Hinduisme di rantau ini. Apabila Hinduisme masuk, dengan penyembahannya yang sangat kompleks, serta bahasa dan skripnya yang tersusun rapi, ia telah menghapuskan banyak ciri budaya proto-Melayu yang primitif."
Dan ini dikuatkan lagi dengan dapatan Timbalan Menteri Pendidikan Burma iaitu Dr Nyi Nyi mengisytiharkan: "Semuanya dari India! Semuanya dari China! Kami akan menghapuskan perkara karut itu daripada buku-buku sejarah kami." Sumber : The Philippines in the world of Southeast Asia mukasurat 9
Dalam buku Folk Elements In Burmese Buddhism yang ditulis oleh sarjana di Burma iaitu Maung Htin Aung walaupun sebelum kedatangan ajaran sang pencerah buddha , beliau dapati masyarakat di sana hanya ada 3 kepercayaan setempat iaitu
- kultus alchemist
- kultus astrologi
- kepercayaan kepada Nat
dan jika dicermati maklumat dari buku beliau bagi kepercayaan kepada Nat adalah mirip kepada konsep ketuhanan dalam Islam.
Like tiktok kami.
Like facebook page kami.



Comments
Post a Comment