Kepercayaan Myanmar Purba Sebelum Buddhisme

 Semalam penulis sempat scan through dokumen Folk Elements In Burmese Buddhism yang ditulis oleh Maung Htin Aung.


Siapa Maung Htin Aung ni ? Beliau adalah seorang sarjana dan penulis terkemuka dari Burma (sekarang Myanmar). Terkenal dengan sumbangannya dalam bidang sejarah dan budaya Burma.  Beliau dikenali sebagai pengarang buku Folk Elements in Burmese Buddhism, yang diterbitkan pada tahun 1962 oleh Oxford University Press. 

Diawal penulisan buku beliau ini , beliau mengupas kepercayaan awal masyarakat burma sebelum kepercayaan ajaran buddha yang dikuatkuasakan oleh raja mereka iaitu raja agung Anawrahta dr Pagan.

Ada 3 kepercayaan masyarakat burma di zaman itu iaitu :

  1. kultus alchemist
  2. kultus astrologi
  3. kepercayaan kepada Nat

Yang menariknya tentang kepercayaan Nat mengikut dapatan Maung Htin Aung ini adalah mirip kepada teologi konsep islam. Antaranya yang dikupas adalah

  • sebuah kepercayaan asli dan berasal di burma sendiri
  • diamalkan sebahagian komuniti yang tinggal di kawasan tinggi ( bukit ). 👉 istilah melayu
  • Istilah Nat itu sahaja adalah merujuk kepada penguasa atau tuan ( lord )
  • Entiti yang dipanggil Nat ini , adalah roh yang mempunyai kuasa keatas sekumpulan orang atau kepada objek
  • Roh yang berkuasa ke atas  pohon kecil dan kering juga dikuasai Nat
  • Roh ini juga berkuasa ke atas kampung dan daerah tertentu.
  • Kuasa dipanggil Nat ini juga merangkumi untuk individu atau wilayah.
  • Entiti Nat ini juga melindungi sesebuah kampung.
  • Entiti Nat ini berkuasa sesiapa sahaja dalam wilayah kampung dimana sahaja mereka yang berasal dari kampung itu berada.
  • bagi yang datang ke kampung yang mempercayai entiti Nat itu juga mempercayai orang luar kampung itu juga dibawah perlindungan Nat.
  • Nat tidak akan mencederakan sesiapa.
  • Bahkan akan memberi perlindungan kepada sesiapa yang mengiktiraf kekuasannya.

 💡Nat - adakah ada kaitannya dengan Al-Manat 👉 "Maka adakah kamu patut (menganggap) al-Lāt dan al-‘Uzzā, dan Manāt yang ketiga, yang terakhir (sebagai tuhan)?”
— Surah al-Najm 53:19–20


Sebagai orang islam, kita percaya bahawa perkembangan manusia dari zaman nabi Adam adalah menyembah Allah yang tidak nampak dan berkuasa di alam semesta ini termasuklah manusia dan objek pokok kering di dalam bullet point diatas

Berkadaran dengan masa , manusia mulai distort dengan amalan2x baru dari generasi ke generasi.

Dan ini dapat dilihat dan kepelbagaian bentuk ragam kes di Myanmar dengan ritual sembahan nasi dan buah buahan. Malahan mereka mulai membuat bermacam ragam ritual seperti tarian bebas dan muzik liar. Kewujudan entiti baru seperti Tuan Gunung Besar & Puan Berwajah Emas . Dan penglibatan ritual korban yang mengorbankan ratusan haiwan di gunung Popa.


Disebabkan Maung Htin Aung ini mendapat pendidikan barat iaitu Universiti Oxford dan Universiti Cambridge , maka beliau mentakrifkan bentuk kepercayaan dengan istilah animisme.

Bagi kita yang beriman kepada Al-Quran , inilah agama hanif yang semakin distort berkadaran peredaran zaman di wilayah myanmar.

Bagi kultus al-chemist dan astrology ini adalah sesuatu menarik untuk kita kaji dan bahaskan.

Dari catitan Ptolemy , Kedah Tua yang dikenali oleh Ptolemy adalah Takopa. Klik disini untuk maklumat Ptolemy-Takopa Penjelasan lanjut bagi istilah Takopa ini kacamata orang barat lain seperti orang Perancis merujuk kepada kawasan timur India. Klik disini kupasan "India Jauh" dalam buku Early Mapping of Southeast Asia bagi orang Eropah Renaissance . Maklumat lain bagi "timur india" yang dimaksudkan oleh orang Eropah

Berdasarkan sumber mereka , kawasan Myanmar itu adalah kawasan Kedah Tua ( Takopa ) . Ini tidak menghairankan kerana sejarahwan Vietnam seperti Pham Tran Anh
menakrifkan malaya plateau adalah dari lembah sungai kuning dan lembah sungai Yangtze sehingga kepulauan indonesia. Klik disini untuk catitan sejarahwan Vietnam tersebut.

Bagi kultus kimia , ilmu ini dikatakan dari "India". Ilmu kimia ini menjadi  agama. Ahli alkimia di Burma tidak hanya mencari kuasa untuk ubah logam biasa jadi emas, tetapi juga  tujuan untuk cipta badan yang sentiasa muda. Untuk ubah logam biasa jadi emas , ilmu ini masih dilihat manuskrip ditulis  oleh Sheikh Ahmad Al Fatani . Klik disini ilmu buat emas

Bagi ilmu untuk cipta badan sentiasa muda atau immortal , Khidir adalah manusia yang dikatakan masih hidup selain nabi Idris.

Khidir atau Kilir dikatakan menemani Dzulkarnain Agung sampai ke negeri Melayu ( mungkin di kawasan myanmar sekarang ) . Raja Jatam di Kalimantan juga dikatakan memohon Khidir untuk membina gudang yang akhirnya dipenuhi emas , perak , kain sutera, batu permata dan lain lain lagi. Klik disini maklumat Khidir di tanah melayu dan sumatera.

💡susuk emas - kaedah awet muda

Untuk kultus astronomy , puak yang kuasai ilmu ini dikenali dengan nama  sami Ari.  Puak ini menghasilkan amalan pelik yang bercampur dengan ilmu magik dan sihir tempatan.

Sami-sami Ari ini mempunyai pengetahuan asas tentang kitab Buddha, agungkan nama Buddha, dan memakai jubah coklat gelap serta topi kon. mereka juga memimpin upacara penyembahan roh Nat, di mana beratus-ratus haiwan dikorbankan.

Bagi masyarakat Burma, astrologi bukan sekadar kaedah menjejaki pergerakan planet dan pengaruhnya terhadap manusia, tetapi juga ritual untuk menenangkan planet-planet dan menghalang kesan buruk mereka. Dengan kata lain, ia melibatkan penyembahan planet. Sebagaimana astrologi Burma berasal dari astrologi Hindu, penyembahan planet ini turut merangkumi pemujaan beberapa dewa Hindu.  

Untuk penerangan sami Ari ini memakai jubah coklat teringat fakta dari penulisan Paul Wheatley dalam bukunya The Golden Khersonese. Beliau menerangkan di sebuah kota yang terletak atas gunung bernama Jajullah. Di kota tersebut ada raja raja di Kedah ( Qalah ).  Rakyatnya hanya makan :
  • Gandum & telur
  • Mereka tidak makan ikan
  • Mereka tidak sembelih haiwan.
Antara ciri-ciri lain tentang mereka adalah :
  1. Kotanya mempunyai rumah ibadat yang besar. 
  2. Satu-satunya yang menentang Alexander ketika beliau datang ke tanah India. 
  3. Kumpul kayu manis disini dan eksport ke seluruh dunia.
  4. Pokok kayu manis dimiliki oleh semua orang dan tidak dimilik orang tertentu.
  5. Penduduknya berpakaian seperti orang Kedah ( Qalah ) 
  6. Pada hari-hari perayaan mereka memakai jubah seperti jubah yaman. Orang arab kenali jubah seperti itu dengan nama "hibara".
  7.  Mereka muliakan gugusan bintang. Khususnya bintang yang dikenali sebagai "jantung singa"
  8. Dikota ini mempunyai balai cerap.
  9. Mereka mempunyai pengetahuan bintang yang lengkap.
  10. Mengkaji bintang-bintang itu dengan tekun

Untuk enthusiasm mereka dengan menjadikan sembahan bintang2x ini juga mengingatkan penulis tentang kisah nabi ibrahim, nimrod dan raja mesir

Mengikut sarjana Islam , nabi ibrahim yang telah disorokkan oleh ibunya dari pengetahuan Nimrod telah meletakkan nabi Ibrahim di satu gua. Setelah nabi Ibrahim membesar ke umur tertentu , baginda keluar dan dwelling dengan manusia waktu itu. Baginda menyembah sembahan manusia disitu iaitu venus ( kejora ) , matahari dan lain2x. Tapi ditolak oleh nabi Ibrahim memandangkan sembahan di langit itu tidak kekal lama.

Bagi Nimrod di zaman nabi Ibrahim adalah berpengetahuan tinggi dalam bidang astronomi. Dikatakan nimrod memperoleh ilmu astronomi bila berjumpa dengan kaum yang mahir dengan ilmu tersebut. Nimrod mempelajari ilmu tersebut.

Bagi raja mesir iaitu raja dhu I-Arsh dikatakan bertemu dengan nabi Ibrahim selepas berjaya menghancurkan Nimrod. Dalam pertemuannya raja mesir akur dengan dakwah nabi Ibrahim. Dalam dialognya , raja mesir itu menyebut Venus ( kejora ) . Klik disini untuk kisah raja mesir ini.

Untuk kisah Nimrod &  Raja Mesir ini secara kebetulan di kawasan Calah ( tulisan barat ) dan Sinai ( rendering kajian scholar German) . 

Calah - kalah ( kedah )

Adakah kebetulan? Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu