Melayu : dari manakah asal perkataan Melayu

Dalam masyarat orang Melayu ada dua frasa kata yang biasa kita guna iaitu :

  1. Melayu - merujuk kepada kelompok manusia / kaum / komuniti/ bangsa
  2. Malay - mungkin ramai antara kita menggangap itu frasa label orang British yang membentuk nama negara pasca British dengan nama Malaysia ( Malay + sia ) a.k.a Pulau + Melayu

Walaupun nama negara pasca british kita telah bertukar dari Tanah Melayu menjadi Malaysia, tetapi antara orang Melayu, tetap memanggil diri mereka sebagai Melayu.

Dari aspek arkeologi, label "Melayu" ini wujud contohnya di batu bersurat / prasastri yang dijumpai di Palembang yang dikenali sebagai "PRASASTI Matari Singa Jaya Himat" yang wujud atas cetakan tembaga.

Fakta dari PRASASTI Matari Singa Jaya Himat

  1. Tulisan Rencong
  2. Abad ke 13-15 sezaman dengan majapahit
  3. Bahasa Melayu Kuno

Antara kandungan yang boleh diperhatikan adalah dari text rencong tersebut ialah:

 Matari Singa Jaya Himat namanya. Lama
lama baranak lanang; Matari Singa Jaya
Mat, dari ratu, lami lami bangsa Malayu,

Contoh dari batu bersurat ini, label Melayu itu wujud. Mungkin ada batu bersurat / prasastri di tempat2x lain seperti di Dong Yen Chau yang mengatakan " lebih tua daripada batu bersurat paling awal yang terdapat di Sumatera "

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan Melayu?

Dari kajian Professor Dr Solehah Yaacob Universiti Islam Antarabangsa, maksud Melayu ini adalah orang yang mendiami di kawasan tinggi atau pergunungan. Awalan dari suku kata bahasa Akkadi iaitu Mala & Ur.  Label untuk orang yang pattern tinggal atau menjalani kehidupan di sesuatu kawasan seperti pergunungan . Benchmark penilaian penamaan manusia mengikut behaviour kawasan ini juga berlaku kepada label arab, dimana kajian beliau mendapati label arab tersebut dalam bahasa akkadi adalah "aroba" yang merujuk kepada behaviour manusia yang selalu mendirikan kemah disebabkan hidup di kawasan luas padang pasir. Dan begitu juga dengan kaum ibrani .( kata asal abaro ) , yang merujuk kepada kaum yang selalu melintasi padang pasir

Mala = orang 

Ur = tempat tinggi / pergunungan

Mungkin ramai orang akan mempertikaikan dari aspek awalan ligustik yang mana bahasa awal dulu samada bahasa akkadi iaitu bahasa di zaman nabi ibrahim atau sanskrit, tetapi takrifan Melayu itu tetap sama samada dari bahasa akkadi ataupun sanskrit.

Dalam kitab "hindu" seperti "Vishnu Purana" jelas ada label "Malaya"
  

Dari aspek lingustik, mungkin "Malaya" itu bermaksud gunung yang dipertuturkan oleh orang selatan india ( dravidian ) . Sumber maklumat klik disini

Jadi jelas disini, orang yang mendiami pergunungan tersebut adalah orang Malaya iaitu orang gunung yang tinggal di Malaya. Dalam mudah sebut, orang Melayu bagi gambaran manusia ini berasal dari pergunungan Malaya. Ikut maklumat disini , kitab "Vishnu Purana" itu dikarang sekitar 400 common era ( CE ) hingga 900 common era ( CE ) . Dalam erti kata lain sekitar 400 & 900 selepas kelahiran nabi Isa ( AD ) .

Kiraan CE to AD
 

Dari aspek timeline sejarahnya , berdasarkan penulisan antara sanskrit dan akkadi, bahasa akkadi itu lebih ancient dari penulisan Vishnu Purana.

bahasa akkadi lebih purba dari sanskrit dalam kitab "Vishnu Purana" 

Dan kisah yang dikarang tentang banjir besar dalam kitab "Matsya Purana" pula jelas kelihatan diceduk atau kisahnya disampaikan ke generasi ke generasi baik dari zaman 700 before christ era  sehingga ke 900 common era memandangkan dalam Epik Gilgamesh juga ada penceritaan pasal banjir besar.

Boleh baca translation terperinci epik gilgamesh disini
 
Utu-Nabisytim yang dimaksudkan dalam teks ini adalah Nabi Nuh

 Dan yang menariknya berdasarkan teks antara Epik Gilgamesh ini dengan Matsya Purana ini, kedua2x kisah ini ada kaitan dengan "cendana". Di dalam Matsya Purana, pergunungan Malaya ini terkenal dengan Chandana yang dirender sebagai sejenis tumbuhan sandalwood

Sumber klik disini.

Hasil carian Chandana di google

 

Dan di Epik Gilgamesh juga, selepas banjir besar zaman Utu-Nabisytim (yang dipercayai nabi Nuh) berlabuh di atas puncak bukit Nisir ( bukit judi ), maka figura ini menanam tebu dan kayu cendana.

 
Sumber terjemahan Epik Gilgamesh boleh dibaca disini
 

Disatu sisi yang lain, kayu cendana yang dimaksudkan berasal dari sebelah timur nusantara. Indikasi yang mereka ini datang dari tanah timur nusantara.


 

Kembali kepada label "melayu" yang merujuk kepada orang di pergunungan Malaya ada satu sumber lain selain dari kitab "Vishnu Purana" ialah bible itu sendiri seperti yang dicatit di Genesis 10, dimana maklumat bangsa selepas banjir besar diberitahu secara details bahawa Jokhtan bin Sham bin Nuh menduduki negara / kawasan di pergunungan timur.


Berdasarkan sumber-sumber skunder ini, jelas naratif orang Melayu / Malay semakin jelas kelihatan dari mana asal mereka setelah banjir besar nabi Nuh bagi kategori "homo sapiens sapiens"

Jadi untuk penggunaan label kepada manusia orang melayu konsisten menggunakan label malaur bagi warisan sampai ke generasi masa sekarang dengan dielek yang berbeza disebabkan pergerakan manusia ini yang semakin menjauhi ke timur.

Peta yang dibuat pada 1935 oleh Moxon, Joseph turut memetakan Melayu di semenanjung Malaysia bagi World Map of Noah

Berdasarkan kitab mahabrata, peta yang ada label melayu turut appear dalam takrifan mereka. Kitab yang dicarbon dating ini pada tak lebih dari sekitar dari 400 BCE.


Label malaya atas kawasan  indochina

Map ini dikongsi oleh user akaun "sanatana_dharmaa"

Jadi samada Malaya yang digunapakai untuk pergunungan Malaya (Hi-Malaya), Malaya di tanah indochina atau Malay-sia adalah hak milik orang Melayu. Samada kita menyebut malaur, melayu, malaya, malay tetap menjurus ke arah orang yang sama .Bezanya adalah sebutan mengikut dialek di tanah masing-masing.


Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu