Pergerakan Manusia Purba ( Keturunan Nabi Adam )
Bagi mencari jawapan terhadap benarkah manusia purba ( keturunan nabi Adam ) bergerak langkah ke dari kawasan Afrika ( Out of Africa ) atau Out Of Mekkah menuju ke kawasan timur atau setepatnya ke Nusantara. Untuk jawapan dari aspek arkeologi atau penemuan manusia purba di Malaysia saya hubungi Prof Dr Mokhtar Saidin.
Di dalam dunia saintis, mereka menggelarkan manusia berdasarkan tulang purba yang mereka jumpai dalam bermacam-macam label kategori. Antara label manusia yang mereka kategorikan adalah seperti berikut
Fokus utama subjek yang mempunyai kaitan dengan manusia Nabi Adam adalah homo sapiens secara amnya. Walaupun saintis barat secara amnya anggap manusia moden adalah homo sapiens seperti kita, dalam tarifan mereka ada lagi pecahan sub homo sapiens bagi menggambarkan intelektual yang berbeza iaitu "homo sapiens sapiens" dan lain-lain lagi.
Soalan bagaimana manusia boleh wujud 60,000 tahun atau 300,000 tahun sedangkan kota penempatan manusia tertua at least 10,000 tahun seperti di Jericho Palestin amat membingungkan kerana perkembangan manusia yang langkaui puluhan atau ratusan ribu tahun tidak relatif tentang percambahan manusia yang hidup dalam keadaan tersusun membina pemempatan seperti kota yang baru berusia 10,000 tahun jika mahu judge untuk bukti fizikal arkeologi.
Walaupun angka-angka ini tidak relatif terhadap kewujudan manusia yang sepatutnya wujud sekitar 10,000 seperti kewujudan kota Jericho, tidaklah kita boleh katakan bahawa kajian DNA dan sumber arkeologi itu tidak benar memandangkan bumi ini luas dan masih banyak lagi kota-kota tertimbus di bawah tanah seperti kemeriahan kota purba di Indonesia yang mulai muncul. Dan kesukaran kita untuk melakukan eksplorasi galian di bawah permukaan air laut seperti di laut china selatan yang secara logiknya penempatan zaman purba dibina di kawasan lembah sewaktu benua Sundaland/Nusantara
Tapi untuk mengaitkan manusia yang bina kota SETAKAT INI untuk manusia "homo sapiens sapiens" yang didefinasikan sebagai manusia yang lebih intelektual mempunyai kiraan matematik bina perancangan kota itu boleh diterima pakai. Dalam Al-Quran, tuhan memberitahu nama-nama benda di muka bumi kepada Nabi Adam seperti yang kita boleh baca di Al-Baqarah Ayat 31. Dalam erti kata lain, Nabi Adam dihadirkan ke bumi dengan ilmu pengetahuan ( wahyu direct dari tuhan ) untuk mengajar homo sapiens yang telah pun wujud sebelum kehadiran baginda. Ini selari juga dengan maklumat di dalam Al-Quran yang Allah jadikan manusia kejadian Nabi Adam ini sebagai khalifah di muka bumi di ayat 30 surah Al-Baqarah. Indikasi manusia Nabi Adam ini lead ketamadunan manusia yang telah wujud jutaan tahun atau ribuan tahun yang telah wujud.
Bagi sesiapa yang telah menonton dokumentari Netflix bertajuk Ancient Apocalypse pasti perasan host program tersebut iaitu Graham Hancock memberitahu sepanjang dia pergi ke satu site kuno seperti di Mexico , Indonesia Gunung Padang dan lain lain lagi, penduduk tempatan menyampaikan kepada dia yang di sepanjang penempatan manusia purba ketika itu (nenek moyang mereka) akan ada satu manusia yang hadir dari laut menaiki sampan/bot datang ke kelompok mereka dan mengajarkan mereka bagaimana untuk bercucuk tani, membuat pengarian dan lain-lain lagi.
Apa pun , hal ini masih boleh dibahaskan lagi kerana segala fakta adalah jumpaan terkini. Jadi kepada orang-orang yang boleh berfikir, teruskan berfikir untuk memetakan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Wallahualam....
Oh yea...untuk di Asia Tenggara, untuk kategori "homo sapeins sapeins" adalah mula sekitar 40,000 tahun yang lepas mengikut dapatan sepengetahuan dari Prof Dr Mokhtar
Bagi yang curios tentang siapa itu Prof Dr Moktar bolehlah lihat dokumentari ini
Bagi sesiapa yang berminat untuk feeback artikel atau berbincang perkara ini, bolehlah telegram direct kepada saya di t.me/wohooclappingsong
.jpeg)
Comments
Post a Comment