Ajaran Pencerah Gautama Buddha

Adakah orang Melayu contohnya di zaman sriwijaya mengamalkan ajaran Gautama Buddha sebenar yang tersebar dari arah india / tibet ke arah China?

Mari kita bedah maklumat dari 3 buah buku iaitu :


Nama BukuPengarangBidang Asal Penulis / Pengkaji
Atisa And Tibet Alaka Chattopadhyasarjana dan ahli sejarah dari India yang terkenal dalam bidang kajian Buddhisme, Tibet, dan sejarah Asia Selatan. India
Buddhism in MalayaMcDougall, Colinpenulis dan pemerhati Barat yang menulis tentang agama dan masyarakat di Tanah Melayu British
Folk Elements In Burmese BuddhismMaung Htin Aungsarjana, penulis, dan ahli sejarah terkenal dari Myanmar (Burma) yang banyak menulis tentang budaya, sejarah, dan agama negaranya.Myanmar

Bagi Chattopadhya , beliau menulis di awal muka surat 1 katanya " Tibet, seperti yang diketahui umum, merupakan salah satu pusat penting yang mengekalkan nyala api agama Buddha selepas ia hampir sepenuhnya terpadam di tanah asalnya." Klik disini


Ini diburukkan lagi kejatuhan ajaran gautama buddha disebabkan "last resort" atau kubu terakhir  ajaran buddha di India Timur pada abad ke 11 , kerajaaan Pala dihalau oleh dinasti Sena.

Raja-raja Sena tidak kelihatan mempunyai kecenderungan khusus terhadap agama Buddha, dan agama Buddha juga tidak menerima perlindungan daripada mereka. Institusi-institusi Buddha segera hilang kerana ketiadaan sokongan diraja. Tidak lama kemudian institusi ajaran Buddha dihapuskan oleh serangan Muhammad Bakhtyar ( tentera Islam ).

Penaklukan oleh orang Islam menyapu seluruh India pada penghujung abad ke-12 Masihi dan secara berkesan menghapuskan agama Buddha dari negara itu

Gambaran oleh Xuanzang (Hsüan Tsang) pada pertengahan abad ke-7 Masihi. Aliran-aliran kuno seperti Sarvastivada, Sammatiya dan lain-lain tidak lagi disebut di India Timur, dan jejak Mahayana tulen yang dapat dikesan dalam doa-doa yang digunakan oleh raja-raja dalam inskripsi mereka tidak memberikan gambaran yang tepat tentang agama Buddha pada zaman tersebut. Mahayana telah berkembang kepada bentuk-bentuk mistik yang dikenali sebagai Vajrayana dan Tantrayana.

Akibatnya, “agama Buddha menjadi semakin tidak stabil. Dengan berlalunya masa, semakin kurang kepentingan diberikan kepada aspek upacara yang masih mengekalkan sedikit ciri Buddhisme. Apabila unsur upacara itu dihapuskan sepenuhnya, tidak lama kemudian apa yang tinggal daripada agama Buddha diserap ke dalam sistem Tantrik Brahman di Bengal.”

pada masa Atisa Dipamkara Shrijnana berangkat ke Tibet, agama Buddha di India jelas sedang merosot turut disahkan oleh sumber-sumber Tibet. Brom-ston-pa, murid utama Tibet kepada Atisa, menyatakan bahawa “pada waktu Guru meninggalkan India, agama Buddha seolah-olah berada pada tahap paling rendah.”

Proses kemerosotan ini, yang turut dipercepatkan oleh kesan penaklukan Islam di India Timur, dalam tempoh kira-kira dua ratus tahun telah menyebabkan pusat-pusat terkenal agama Buddha seperti Vajrasana (Bodh Gaya) dan Nalanda menjadi hampir sepenuhnya sunyi dan terbiar.

Pengetahuan kita tentang Buddhisme bagi tempoh antara pemergian Atisa Dipamkara Shrijnana ke Tibet dan kejatuhan vihara-vihara Buddha di India Timur sememangnya kabur dan tidak pasti. Pada hari ini kita terpaksa bergantung terutamanya kepada sumber Tibet, yang pada gilirannya banyak bergantung kepada khabar angin yang datang dari India ke Tibet — khabar angin yang sering berunsur keajaiban dan cerita luar biasa.

Untuk kisah ajaran buddha di tibet khususnya , selain telah tercemar dengan khabar angin lebih bersifat mistik dan cerita luar biasa turut alami penindasan oleh  gLang Dar-ma menyebabkan hampir memusnahkan agama Buddha di Tibet, atau seperti yang mereka ungkapkan, kerana penindasan ini “Ajaran telah dicabut dari akarnya”, atau “Ajaran telah lenyap sepenuhnya”.

Tibet menyaksikan “permulaan semula kedua Buddhisme” atau “penyebaran semula Ajaran” hanya beberapa tahun sebelum kedatangan Dipamkara. Dengan demikian, struktur yang dibina oleh Śāntarakṣita dan yang lain telah dimusnahkan secara besar-besaran.

begitulah dapatan dari sarjana india untuk kes di tibet dan india yang mengikis atau asbab kehancuran ajaran gautama buddha yang asal menjadi "ajaran atau kefahaman yang baru"

Bagi penulis barat iaitu Colin McDougall , beliau menulis :

agama Buddha hanya sebagai satu falsafah atau agama yang berkaitan dengan kehidupan dan ajaran Gautama Buddha. Ini mungkin benar untuk satu tempoh yang singkat selepas kematiannya, tetapi tidak lama kemudian, sekumpulan orang mula merumuskan tanggapan mereka sendiri tentang ajarannya, sekali gus mewujudkan pelbagai mazhab berbeza yang kadangkala bercanggah pendapat dalam perkara-perkara asas doktrin.

Dalam penjelasan di awal muka surat , fakta yang menarik adalah

"Pada waktu kematian Buddha, kira-kira pada tahun 483 S.M., penulisan bukanlah sesuatu yang lazim di India dan buku pula tidak dikenali. Dikatakan bahawa tiada apa yang benar-benar ditulis tentang ajarannya selama beberapa ratus tahun selepas kematiannya, dan terdapat sekurang-kurangnya seorang pakar yang percaya bahawa ajaran yang asli tidak diwarisi oleh mana-mana mazhab yang kini dikenali umum dan diterima di seluruh dunia."

Dari maklumat ini , kita dapati apa yang berlaku di ajaran Jesus Christ alami nasib yang sama dengan ajaran Gautama Buddha dari aspek dokumentasi atau rekod.

Bagi kajian kes di ajaran pencerah gautama buddha pula , berikut adalah kupasan panjang lebar admin di artikel sebelumnya. Klik disini

Sebagaimana yang berlaku di Tibet dan India , kepupusan ajaran sebenar juga alami pelbagai distortion dengan penerimaan kepercayaan setempat di myanmar dan lain lain faktor.

Jadi dapat dilihat dari ketiga penulis yang ditunjukkan diatas dapat dilihat ajaran sebenar sang buddha telah mengalami kecairan ajaran dari pelbagai faktor. Bagi wave ajaran sang gautama buddha di tanah melayu sudah tentu hanya menerima tempiasnya sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu