Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?
Zaman Sriwijaya dan zaman sebelum kedatangan islam, nama2x orang melayu bukanlah bersifat arab. Contoh yang paling terkenal pada kita adalah Parameswara. Jika kita melihat pada manuskrip Hikayat nabi Yusuf pula , pemilik naskah tersebut adalah Candra . Jika kita melihat pada piagam khmer nama2x melayu yang lain adalah Crimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmmadewa .
Untuk plate tembaga Rajendra Chola 1 , nama anak penguasa Sriwijaya yang memayungi kuil di Negapatam adalah Mara-vijayotungawarman . Bagi perempuan pula , contohnya nama sebelum sundaland ini tenggelam adalah Arindi iaitu isteri Gatotkaca ( di india dikenali sebagai Adimba ) .
Website Ancient Originis mengeluarkan artikel hal King Manu mendarat atas gunung Malaya . Klik disini sumber dari website tersebut.
Pada kupasan di artikel diawal menyentuh secara am tentang tamadun awal di india adalah orang melayu dari nusantara.
Di artikel ini penulis mengupas lebih mendalam. Dari aspek literasi baik dari mahabratha dan purana kita mendapati kisah nabi Nuh ( king manu ) mendarat atas gunung Malaya.
Bukan sekadar penulisan Ancient Originis memberikan maklumat king manu mendarat di atas gunung malaya , tapi juga
Narada Muni. Iatu seorang rishi atau resi (orang suci) yang sangat terkenal dalam tradisi Hindu — dikenal sebagai pengembara, pemuzik (sering membawa alat muzik veena), dan utusan para dewa.
Selain dari sumber2x diatas mungkin orang indonesia seperti dhani irwanto juga mencatatkan perkara yang sama di bukunya Sundaland Tracing The Cradle Of Civilizations
Dalam garhwalpost.in , pihak mereka mengupas iaitu dalam kisah banjir, selepas air surut, Manu tidak tinggal di puncak gunung lagi tetapi berpindah dan menetap di kawasan kaki Himalaya, iaitu kawasan daratan di bahagian bawah banjaran gunung tersebut.
Entah bagaimana maklumat dari garhwalpost.in ini tele pula dengan kajian sejarahwan vietnam iaitu Pham Tran Anh tentang dataran malaya bermula diantara gunung himalaya hingga ke pergununan kunlun . Klik disini untuk kajian Pham Tran Anh
💡Kunlun adalah melayu :
- Dokumen unesco. Klik disini
- Sumber The Cambridge history of Southeast Asia . Klik disini
Jadi dapatlah kita paham komuniti yang berkembang selepas banjir besar adalah bangsa Malaya yang kita sebut Melayu. Mengikut kajian Coedes , manusia asia utara spt india selatan , tibet , myanmar mempunyai asal yg sama iaitu dari melayu purba. Ini disebabkan bangsa melayu itu sendiri mengikut kajian H.V Valois iaitu seorang pakar ethonologist mendapati bangsa melayu terdiri dari 3 jenis ras bangsa.
Dan ada ras bangsa ini membina di malaya plateau iaitu dari himalaya sampai ke pergunungan kunlun sehingga membanjiri ke asia tenggara. Dari kajian Paul Wheatley dalam bukunya The Golden Khersonese , beliau mendapati nama2x suku seperti Chola, Pandya , Pallava , Malayam
juga wujud pada kaum Karo Batak di Sumatera.
Dari buku A Sourcebook Of Indian Civilization tulisan Niharranjan Ray orang terawal di bumi India adalah orang negrito. Klik disini untuk kajian Niharranjan Ray. Dari manakah orang negrito tersebut?
Menurut bapa antropologi India iaitu Rai Bahadur Sarat Chandra Roy , manusia yang terawal mendiami di benua India adalah orang asli semang-Malaya . Tidak hanya sekadar Rai Bahadur Sarat Chandra Roy , sarjana India yang lain seperti Ananda Kentish Coomaraswamy yang berpengaruh di abad ke-20 berpendapat yang selatan india adalah dari negrito atau proto-malaya
Klik disini sumber Ananda Kentish Coomaraswamy Padanya lagi , orang Aryan di utara india , pada asalnya tidak pasti asal usulnya.
Dari sisi kajian lain orang Melayu telahpun membina penempatan di benua India seperti dinyatakan oleh Pryzluski mahupun orang melayu yang membangunkan peradaban mohenjo-daro. Dalam kajian Dr R.C Majumdar , ada jumpaan2x syiling orang Melayu ( istilah malava , malloi oleh greek ) di india. Bukti orang Melayu telahpun menjadi kerajaan dibenua India.
Tulisan tamil modern yang ada evolusi adalah tulisan asal iaitu Pallava. Tidak hanya tulisan tersebut dinamakan dari suku Karo Batak .Jika kita teliti antara tulisan pallava di Mahendravadi dan Dalavanur India dengan di Koetai Borneo , tulisan di Koetai Borneo lebih purba dari batu bersurat di India.
Jadi kita boleh lihat bahasa orang Melayu di nusantara telahpun bergerak mendiami di india dari tamil yang datang kemudian dari tempat lain seperti crete atau di mediterranean. Klik disini maklumat linggam di crete.
Jika kita zoom kepada aktiviti chola , di zaman mahabratha kaum chola biasa membawa produk dari tanah melayu seperti emas , chendana dan gaharu. Jika kita lihat hubungan chola dengan sriwijaya adalah amat baik sekali sebelum Chola menyerang Kadaram ( Kataha ) seolah2x bukan datang dari etnik dan bangsa yang berbeza. Jika kita lihat kupasan V.R Ramachandra Dikshitar lagi , Chola menyerang Kadaram ( Kataha ) dan menyerahkan takhta Kadaram ( Kataha ) kepada rajanya yang sepatutnya. Bagi zaman dulu , adalah menjadi kebiasaan untuk negara jiran melancarkan serangan kepada raja2x jirannya. Objektifnya bukan untuk merampas wilayah tersebut. Apabila seorang raja berjaya menakluk sebuah kerajaan , raja tersebut akan melantik seseorang daripada keluarga diraja negeri yang ditakluknya itu sebagai pemerintah. Klik disini melihat catitan pengembara arab untuk rekod amalan serangan tersebut.
Bukannya menyerang Sriwijaya untuk menguasai kerajaan Sriwijaya seperti yang digembar-gemburkan dari mana2x pihak. Dirasakan hal seperti ini adalah perang antara saudara sahaja antara Pandava & Kaurava dalam kemuncak Mahabratha.
Dalam buku Epigraphia Indica (All Volumes) - Tamil Inscriptions yang ditulis oleh Thenkongu Sathasivam di mukasurat 230 , beliau mengatakan :
💡 siapa Thenkongu Sathasivam ? seorang pengkaji sejarah dan warisan tempatan dari wilayah Kongu Nadu, Tamil Nadu, India.
Hanya melalui pengenalan bahasa Sanskrit yang ditulis terkemudian, iaitu digubah semasa zaman pemerintahan Rājēndra-Chōḷa I, kita mengetahui bahawa Kaḍārattaraiyan bukanlah sekadar seorang ketua tempatan biasa, sebaliknya beliau merupakan ahli keluarga Śailēndra dan penguasa bagi wilayah Śrī-Vishaya, serta memerintah wilayah Kaṭāha dan memiliki lambang Makara.
💡 siapa Kaḍārattaraiyan
Kaḍārattaraiyan secara harfiah bermaksud "Pembesar/Pemerintah Kadaram" atau "Tuan dari Kadaram".
💡 lambang makara ?
Makara ialah makhluk mitos dalam tradisi Hindu dan Buddha yang menjadi lambang air, kesuburan, perlindungan, kekuatan, dan kemakmuran. Ia sering digambarkan sebagai gabungan beberapa haiwan, bukan satu haiwan sahaja
Rājarāja I bukanlah seorang raja yang biasa-biasa. Beliau adalah orang pertama yang dicatatkan dalam sejarah tahunan dinasti Chōḷa sebagai pemerintah yang mengekalkan angkatan tentera tetap yang besar, merangkumi 900,000 orang lelaki, dan disebut dalam prasastinya sebagai tentera yang "sangat berkuasa dan sentiasa menang". Sifat kepahlawanannya, seperti yang telah kita lihat, dapat dirasakan di India dari Kalinga di utara sehinggakan ke tanjung selatan dan merentasi lautan di Ceylon (Sri Lanka); namun tiada sebarang sebutan dibuat mengenai wilayah Kaṭāha.
Sebaliknya, daripada penaklukan Kaṭāha yang digambarkan secara terperinci dalam rekod bermula dari tahun ke-16 dan seterusnya bagi pemerintahan Rājēndra-Chōḷa I, kita mengetahui bahawa ia merupakan sebuah kerajaan yang sangat penting dan mengandungi banyak tempat yang dikawal kubu pertahanan yang kukuh seperti Śrī-Vijaya, iaitu Śrī-Vishaya dalam kepingan piagam Leiden, Paṇṇai, Malaiyūr, Māyiruḍingaṁ, Ilāmuridēśa, Ilaṅgāśōka, Pappāḷa, Mēvilimbaṅgam, Viḷaippandūr, Takkōlam, Mādamaliṅgam, Nakkavāram, dan lain-lain.
Oleh yang demikian, jika Rājarāja I benar-benar telah menakluk Kaṭāha, perkara itu pastinya akan mendapat tempat dalam pengenalan sejarahnya. Ketiadaan catatan tersebut nampaknya menunjukkan bahawa beliau tidak pernah menakluknya.
Jika sekalipun menyerang kataha , mengikut sumber Bengal District Gazetteers Champaran
yang ditulis oleh O’malley L. S. S. , mengandungi maklumat iaitu kataha adalah nama geografi tempatan iaitu sungai di Bihar India
dalam buku A history of Assam ditulis Gait, Edward Albert
Dalam peta moden India, Kataha (kadang-kadang dieja Katah atau Kothahat dalam rekod tempatan) merupakan salah satu stesen perhentian kecil atau pos kawalan lama di laluan denai hutan/perbukitan purba yang menghubungkan wilayah tengah Assam (lembah Brahmaputra) merentasi perbukitan Dima Hasao untuk turun ke dataran Cachar (Khaspur).
Askar tersebut mengambil masa 6 hari untuk berjalan sejauh 7 batu ke Kataha disebabkan oleh faktor bentuk muka bumi yang sangat mencabar dan "iklim penyakit" (pestilential climate) yang melanda pasukan mereka.
dalam buku Burmese Sketches yang ditulis oleh Taw Sein Ko bagi kupasan hal piagam Leiden yang besar (large Leyden plates)
"Saya tidak faham bagaimana Khēttaram boleh bertukar menjadi Kiḍāram dari segi filologi (ilmu linguistik sejarah).
Dalam bahasa Tamil, Kaḍāram atau Kiḍāram bermaksud :
- warna coklat, kuning sawo matang yang bercampur dengan hitam;
- kawah atau dandang gangsa.'
Penggubah kepingan piagam Leiden yang besar itu jelas sekali menerima maksud kedua bagi perkataan Kaḍāram tersebut dan menterjemahkannya ke dalam bahagian bahasa Sanskrit sebagai Kaṭāha, yang mana salah satu maksudnya ialah 'dandang cetek untuk minyak dan mentega'."
Amat pelik dirasakan , jika benar tindakan Chola ini gah di mata orang Tamil "orangnya sendiri" tapi kuburnya berada di hujung kampung tepi longkang seolah2x tindakan raja Chola ini tidak dijulang dengan kejayaan yang digambarkan luar biasa
Dari sisi kajian Amarnath Das iaitu jurutera pengairan di India , beliau mendedahkan kerajaan di India yang kuat seperti kerajaan Pandya diasaskan oleh migrasi orang Melayu di kawasan yang kita kenali Burma. Klik disini untuk maklumat tersebut.
Jadi dapat dilihat samada kerajaan Chola atau Pandya serangan antara satu sama adalah amalan biasa serumpun seperti halnya yang berlaku kisah raja sriwijaya berjaya raid raja khmer. Klik disini untuk kisah tersebut.
Dari aspek DNA , kajian oleh National Library Of Medicine ( klik disini )mendapati dari aspek genetik , mereka mendapati masyarakat telegu dan marathi adalah lebih hampir sama dengan Melayu Kedah dan Kelantan.
Dalam buku The Vanishing aborigines : Sri Lanka's Veddas in transition , kajian yang dibuat oleh pihak india mendapati orang Vedda dianggap mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suku Melayu manakala suku India pula dikaitkan dengan Timur Tengah.
Bagi suku India pula dikaitkan dengan Timur Tengah adalah tidak menghairankan memandangkan beberapa sarjana india seperti t.r shesha iyengar dan V.R Ramachandra Dikshitar memberikan naratif yang orang tamil atau dravidian datang dari Crete atau Mediterranean
dalam buku dravidian india oleh t.r shesha iyengar , beliau menulis
"Dr. Chatterji berkata, 'Orang Dravidia kelihatan seperti orang Mediterranean yang keluar dari Crete dan merentasi Asia Minor serta Mesopotamia, di mana mereka menjalinkan hubungan rapat dengan orang Sumeria dan orang Elam: dan kemungkinan besar golongan yang disebut terkemudian ini mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mereka dan orang Crete. Kemudian mereka datang.......ke dalam wilayah Sindh, dari mana mereka tersebar ke kawasan pedalaman India'."
dalam buku ORIGIN AND SPREAD OP THE TAMILS oleh V.R Ramachandra Dikshitar beliau menulis
"
Terkait rapat dengan pemujaan Lembu³³ (yang juga merupakan ciri sistem keagamaan Mesir) ialah pemujaan Falik (Phallic cult / pemujaan simbol kesuburan/zakar).
Cabang-cabang masyarakat Mediterranean yang berbeza mengikuti budaya falik ini. Simbol falik tersebut merangkumi batu berbentuk cincin dan batu baetyl (batu suci) yang banyak kita temui di Lembah Indus.
Agama rasmi di Crete purba terdiri daripada pemujaan Tiang, yang sama ada berupa batu berdiri atau pokok suci dengan altar bertanduk. Ini melambangkan pengabdian Negara Crete.
Adalah penting untuk diperhatikan bahawa tuhan awal masyarakat Tamil dikenali sebagai Kandu, iaitu stambha yang bermaksud tiang. Pada suatu masa dahulu, pemujaan tiang adalah bersifat universal di seluruh India. Disebabkan itulah Asoka mengukir titah-titah perintahnya pada tiang-tiang yang berdiri bebas di seluruh negara, yang telah dianggap sebagai objek pemujaan sejak zaman primitif.
Stupa Buddha, yang dikaitkan dengan busut pengebumian, sekali lagi dibentuk berdasarkan pemujaan tiang ini. Apabila simbol falik itu diringkaskan menjadi lingam batu, masyarakat Tamil purba mendirikan apa yang dikenali sebagai dhvaja stambha (tiang bendera suci) di hadapan tempat suci. Satu lagi peninggalan pemujaan stambha dapat dilihat sehinggalah sekarang, iaitu tindakan memacakkan sebatang tiang daripada buluh atau pokok lain sebagai persediaan awal sebelum sesuatu perayaan atau di khemah perkahwinan (pandal), di mana upacara penghormatan diberikan kepada tiang tersebut, yang pastinya merupakan sisa-sisa daripada pengabdian awal ini.
Altar bertanduk itu menunjukkan kepada pemujaan Lembu. Kelengkapan upacara pemujaan di Crete adalah serupa dengan apa yang masih kita miliki di kuil-kuil kita di India Selatan.
"
maklumat tambahan
---------------------------------
tajuk : A Dravidian Etymological Dictionary
author : T. Burrow & M.B. Emeneu
kataha ada 2 maksud
1. Anak kerbau betina yang tanduknya baru sahaja kelihatan.
2. Cerek besar, kawah, periuk besar, atau kuali.
💡 chatgpt : asal-usul istilah "kuali" yang kita gunakan dalam bahasa Melayu.
---------------------------------
tajuk : Kitab Al Tabaqat Al Kabir Ibn Sad
Dia (Ibn Sa‘d) berkata: Hisham bin Muhammad telah memberitahu kami daripada ayahnya, daripada Aba Ṣāliḥ, daripada Ibn ‘Abbās; beliau berkata:
Apabila Ibrahim melarikan diri dari Katha dan keluar daripada api, dia bertutur dalam bahasa Suryani (Syriac).
Namun apabila dia menyeberangi Sungai Euphrates dari Harran, Allah telah mengubah bahasanya. Setelah dia menyeberangi Sungai Euphrates itu, dia pun dipanggil ‘Ibrani (Hebrew).
Nimrud kemudian menghantar sekumpulan orang untuk mengejarnya dengan arahan: "Jangan biarkan sesiapa pun yang bertutur dalam bahasa Suryani terlepas; bawalah dia menghadap aku."
Mereka berjaya mengejar Ibrahim, tetapi ketika itu Ibrahim bertutur dalam bahasa Ibrani, maka mereka pun membiarkannya pergi kerana mereka tidak dapat memahami percakapannya.
---------------------------------
The New and Correct Date of the Terengganu Inscription
Untuk memahami serba sedikit tentang pengaruh budaya Jawa di Semenanjung Tanah Melayu, khususnya Terengganu, persekitaran politik yang berlaku semasa perasmian prasasti batu (Batu Bersurat) di Kuala Berang oleh itu wajar dibincangkan.
Sesuatu yang perlu diperhatikan bahawa abad ke-14 dan dua abad sebelumnya telah menyaksikan kebangkitan orang Jawa sebagai sebuah bangsa yang hebat di Asia Tenggara kepulauan. Peluasan kuasa hegemoni Jawa ke atas kawasan-kawasan di Semenanjung Tanah Melayu sebenarnya telah bermula pada akhir abad ke-10 semasa zaman wangsa Sailendra, apabila Ligor dan Kedah berada di bawah naungan pemerintah mereka.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada prasasti Chaiya dan kepingan tembaga Leiden milik dinasti Chola yang bertarikh 1006 Masihi dan 1019 Masihi, ahli sejarah mengetahui bahawa raja Kataha (Kedah) yang bernama Cudamanivarman merupakan pengasas kuil Buddha di Nagapatnam pada sekitar tahun 1004 Masihi (de Casparis, 1998: 64). Beliau merupakan seorang putera Sailendra dan Pemerintah Srivisaya (Srivijaya) (Zakharov, 2012: 6 dan 9). Walau bagaimanapun, pemerintahan wangsa Sailendra ke atas Semenanjung Tanah Melayu tampaknya telah lenyap selepas abad ke-11.
---------------------------------
dalam buku A history of Assam
by Gait, Edward Albert di ms 167
Dalam peta moden India, Kataha (kadang-kadang dieja Katah atau Kothahat dalam rekod tempatan) merupakan salah satu stesen perhentian kecil atau pos kawalan lama di laluan denai hutan/perbukitan purba yang menghubungkan wilayah tengah Assam (lembah Brahmaputra) merentasi perbukitan Dima Hasao untuk turun ke dataran Cachar (Khaspur).
Askar tersebut mengambil masa 6 hari untuk berjalan sejauh 7 batu ke Kataha disebabkan oleh faktor bentuk muka bumi yang sangat mencabar dan "iklim penyakit" (pestilential climate) yang melanda pasukan mereka.
---------------------------------
dalam buku Katha Sarit Sagara atau terjemahannya The Ocean of Story di mukasurat 50
kataha / Kedah digambarkan sebagai "the home of all felicities" (tempat segala kebahagiaan/kemakmuran) dan rajanya bernama Gunasagara ("Lautan Kebaikan").
---------------------------------
dalam buku The tribes and castes of the North-Western Provinces and Oudh di mukasurat 269 , kataha merujuk kepada
komuniti/kasta Brahmin (tabib/paderi ritual) di India .
"Kataha" adalah singkatan atau perubahan sebutan daripada perkataan Kashtaha
---------------------------------
tag sejarah melayu , the golden khersonese, paul wheatley , chola , malayalam , pallava , karo-batak sumatera
ms 191-192
Di Semenanjung Tanah Melayu, dua nama kuno boleh dipadankan di India. Takkolam (Bab XVII) hari ini merupakan sebuah kampung di sebelah barat Madras, manakala Kaḍāram (Bab XVIII) ialah sebuah tempat di Madura.
Malah yang lebih menarik ialah kewujudan nama-nama suku kaum daripada keturunan India Dravidia dalam kalangan masyarakat Karo-Batak di Sumatera, seperti Cōḷa, Pāṇḍya, Pallava dan Malayālam."
---------------------------------
chola pencuri . klik disni
---------------------------------
ms 52
Beberapa sarjana telah mendakwa bahawa suku India mempunyai kaitan dengan orang Vedda. Walau bagaimanapun, rupa-rupanya Hb E kemudiannya didapati hadir dalam kalangan orang Vedda serta suku Melayu, tetapi tidak
ms 53
...dalam suku India yang memiliki Hemoglobin S. Oleh itu, orang Vedda dianggap mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suku Melayu manakala suku India pula dikaitkan dengan Timur Tengah.⁸
---------------------------------






Comments
Post a Comment