The spice trade of the Roman Empire, 29 B.C. to A.D. 641
tajuk : The spice trade of the Roman Empire, 29 B.C. to A.D. 641 by Miller, James Innes Publication date 1969 mula terjemah ms 261 Tarshish. Nama yang kemudian itu mungkin merupakan sebuah pusat pengeluaran bijih timah yang dinamakan bersempena prototaipnya, Tartessus, di Sepanyol, yang juga menandakan penghujung bagi satu pelayaran yang jauh. Yang kedua ialah pelayaran mengelilingi Afrika oleh orang Phoenicia, seperti yang diperihalkan oleh Herodotus, kira-kira tahun 600 SM. Kebangkitan sistem monarki Hebrew menghasilkan penaklukan Edom oleh Raja Daud (King David), yang memberikan laluan bagi Israel ke Laut Merah. Sumber-sumber berautoriti kuno bagi ekspedisi anak baginda iaitu Sulaiman (Solomon, 970–933 SM)—yang kelihatan telah berterusan pada sela masa tidak menentu sehingga era pemerintahan cicit Sulaiman iaitu Yosafat (Jehoshaphat)—terdiri daripada Sanchuniathon, seorang paderi merangkap ahli sejarah dari Tyre yang menulis pada abad kelapan SM, rekod-rekod rasmi Hebrew ...