Cendana
Pokok cendana mungkin agak kedengaran asing kepada orang Melayu kerana selepas Malaysia menjadikan bunga raya sebagai bunga kebangsaan
Tapi tahukah anda pokok cendana ini mempunyai sejarah dengan orang Melayu?
Umpamanya motif bunga cendana ini menjadi icon matawang kerajaan Sriwijaya sebuah kerajaan Melayu purba.
Seorang pengumpul barang purba guna metal detector seperti saudara Aiman berkongsi pandangan bahawa matawang sriwijaya masih digunakan sampai Sultan Kedah ke-2 . Klik sini untuk melihat matawang tersebut
Dan menurut sahabat di Indonesia umpamanya era mataram kuno di jawa timur menggunakan motif yang sama. Klik disini untuk melihat matawang tersebut
walapun pemerintahan berbeza dan kawasan yang jauh berbeza , kita dapat lihat yang pewaris nusantara ini mempunyai corak pemikiran yang sama dan mengabadikan motif bunga cendana terhadap kebanggaan kerajaan mereka.
tapi kenapakah motif bunga cendana ini dipilih dari jalur keturunan manusia di nusantara ?
Berdasarkan jumpaan arkeologi yang ramai kenali epik gilgamesh , ada faktanya dalam tablet tanah liat tersebut.
Lalu aku melemparkan segala-galanya ke arah empat mata angin berbeza, lalu aku membuat pengorbanan. Aku curahkan air suci di atas puncak bukit, aku sediakan tujuh bekas untuk persembahan. Aku penuhkan di kaki bukit itu dengan tanaman pokok tebu, kayu cendana. Para Dewa (Raja2 dan Pembesar2 negeri) menghirup aroma, saling menciumi baunya, lalu berkerumun bagaikan lalat. Dan apabila dewa Ishtar (permaisuri) sampai, dia menanggalkan rantai lehernya yang merupakan pemberian dewa Anu (Ketua Raja2), seraya berkata:
Dari sumber arkeologi ini , dapatlah kita ketahui yang kisah banjir besar nabi nuh / utu nabitisym / king manu , manusia yang terselamat dari peristiwa banjir besar ini membawa muatan pokok tebu dan kayu cendana .
Secara sederhana dapatlah kita simpulkan pewaris terkemudian seperti pemerintahan sriwijaya dan mataram kuno contohnya mengekalkan tanaman dari peristiwa banjir besar tersebut.
Tapi dimanakah asal tumbuhan pokok cendana tersebut? Dalam artikel sebelumnya , saya menggunakan hanya carian dari internet sebagai sandaran jawapan. Klik disini utk artikel tersebut.
Jika kita menilai maklumat dari buku Dragon's Brain Perfume An Historical Geography Of Camphor ( klik disini untuk terjemahan ) kita akan dapati yang wilayah nusantara atau dulunya sundaland adalah wilayah yang menghasilkan pelbagai aromatic atau haruman . indikasi pelbagai spesis tumbuhan yang berbau harum.Udara harum dari gunung Malaya adalah seperti kemenyan, angin yang bertiup adalah seperti chavar (kipas) kosmik, dan seluruh tumbuh-tumbuhan mempersembahkan bunga-bungaan untuk upacara Aarti.
tag gunung melayu , malaya mountain
Tambahan pula dari Kitab Al Tabaqat Al Kabir Ibn Sad , memberikan gambaran yang nabi Adam turun dari syurga . Bersamanya adalah hembusan bayu syurga yang melekat pada pepohon lembah itu dengan keharuman. Daripada bayu yang turun bersama nabi adam tumbuh segala wangian. Nama lokasi kawasan itu adalah Nawdh India ( penggunaan nama modern )
š” Baik dari kacamata orang arab mahupun orang barat semua manusia di sebelah sungai ganges sampai ke timur adalah india.Lihat kupasan dari Prof Menachem Ali atau sarjana India Amarnath Das ,







Comments
Post a Comment