besi - Hematit
Hametit , batuan biasa yang terdapat dari tanah.
Kandungan dalam batuan hematit terdiri dari
- Besi (Fe) – kira-kira 69.9%
- Oksigen (O) – kira-kira 30.1%
boleh mengandungi sedikit unsur lain seperti aluminium, mangan, titanium atau silikon, bergantung pada lokasi dan jenis deposit.
Formula kimia
Fe₂O₃ (iron(III) oxide / oksida besi(III))
dalam jurnal Indian Historical Quarterly Vol. XVI. No. 4
menunjukkan bahawa manusia purba menggunakan hametit sebagai bahan hiasan
"Ribuan kapak batu sedemikian telah ditemui di pantai timur Sumatera. Peralatan "jenis Sumatera" ini terdiri daripada batu kerikil bulat yang dikerjakan pada satu bahagian sahaja. Dua jenis lain boleh dibezakan: kapak leper yang lebar dan beliung memanjang yang lebih tebal. Kapak Neolitik yang digilap dan kapak gangsa juga telah ditemui di Timur serta Utara Sumatera dan di Nias, yang menunjukkan tahap kebudayaan kemudiannya yang berasal daripada sumber berbeza. Batu pengisar dan papak yang berkaitan dengan hematit (sebagai pigmen) telah ditemui di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu tetapi tidak wujud langsung di Indochina.
Dalam buku Eden in The East oleh Stephen Oppenheimer
Satu lagi spekulasi datang daripada André Parrot, seorang ahli arkeologi Perancis, yang mendapati wajah patung-patung tersebut terlalu pelik/mengerikan sehingga beliau mencadangkan kiasan kepada wanita ular. Patung-patung mengerikan yang serupa secara menyeramkan masih diukir pada kayu di sepanjang pantai utara ke Papua New Guinea. Woolley mencatatkan dengan rasa terkejut akan sifat kubur di mana patung-patung ini ditemui. Berbentuk segi empat tepat, dasar kubur tersebut dilapisi dengan tembikar yang sengaja dipecahkan. Mayat-mayat diletakkan secara melurus (terlentang), tidak seperti pengebumian kemudiannya, dan juga ditaburi dengan hematit merah (bijih besi). Satu mayat mempunyai gumpalan ekstra hematit merah dan satu lagi patung kecil mempunyai wajah yang dicat dengan warna merah terang. Gelang daripada manik kerang ditemui di sekeliling satu pergelangan tangan. Adat mengecat mayat yang diluruskan dengan hematit ini juga dilihat dalam pengebumian peti kayu dari Gua Niah di Borneo.
Bagi mendapatkan pandangan dari pakar arkeologi , maka saya merujuk kepada Prof Mokhtar . Katanya :
"Oh...hampir semua rangka neolitik kita jumpa dilumur/dsapu dgn warna merah hematit....juga biasanya dkebumi bersama lesung n anak lesung yg juga ada kesan merah hematit
"Umumnya sama seluruh dunia....khasnya yg ada hematit"
Bagi orang melayu zaman kini , ada juga gunakan batu hematit untuk membuat keris.
Soalannya kenapakah manusia purba melumurkan atau gunakan hematit kepada mayat atau peralatan seperti kapak ,batu lesung dan lain-lain lagi?
Jika diteliti dari lirik lagu mentera semerah padi - m. nasir kita akan jumpa maklumat sebegini
"Hei, kersani mengalirlah dikau
Menjadi raksa mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak bagaikan laksamana Melayu"
Apakah ilmu kimia ( alchemist ) yang zaman purba dulu miliki? Apakah yang mereka percaya jika gunakan besi ( Fe ) keatas tubuh badan ?
Dan apakah nilai spiritual dengan melumurkan mayat dengan hematite bagi masyarakat purba?



Comments
Post a Comment