Srikandi - Satu Analisa
Secara jujurnya , memang penulis muak dengan rancangan tv untuk drama melayu amnya yang menampilkan kisah modern masakini yang dialognya daddy , papa... bahasakan diri I , you.., scene memekik memekak , nada tinggi memekik nak bergaduh. Dan dah lama tak buka tv untuk meneliti drama-drama di tv melayu. Buka Netflix pun , kebanyakan masa scroll atas bawah. Pun tak tengok penyudahnya. Akhirnya untuk drama tv terutama di tv1 menayangkan drama tajuk Srikandi. Melihat vt nya aja di media social dah membulat mata penulis melihat scene ratu mewah aksesori di badan.
Dan semalam 15 Sept 2025 , tv1 menayangkan drama tersebut.
Untuk tayangan sebegini penulis nak lihat apa nilai yang dihidangkan kepada penonton. Sebagai krew filem yang terbabit langsung dalam filem shooting Pahlawan Mat Kilau ( versi 1 ) , Pahlawan Rentap dan dan lain-lain sudah tentu mata penulis akan nilai on set atau di lapangan seperti props , wardrobe , special effect , pyro , skrip dan lain-lain.
Sebagai pencinta dunia alam melayu yang berdikit-dikit mengkaji siap alam melayu? sudah tentu juga akan nilai persamaan atau dibandingkan dalam drama ini dengan apa yang telah dibaca dan pengetahuan yang diperolehi.
Disebabkan drama ini penulis anggap rare melawan kebanyakan genre drama yang lain maka penulis tidak ingin mengupas kelemahan drama ini bagi menyokong moral individu-individu yang terbabit untuk menghasilkan produk sebegini agar lebih banyak produk sebegini dihasilkan baik dalam bentuk drama atau filem. 🫰
Untuk scene 1 , penulis wow tentang pemakaian ratu ini.
Gambaran mewah dengan emas. Sarat. Alam melayu adalah bumi emas. Selayaknya divisualkan sebegitu rupa. 🥳 Hatta ptolemy menggelarkan semenanjung tanah melayu sebagai golden chersonesus ( terjemahan : semenanjung emas ) . Klik disini untuk maklumat golden chersonesus - ptolemy .
Elemen emas bukan sahaja bagi menunjukkan ratu itu dikawasan kaya emas atau bumi emas , tetapi juga dari aspek teologi manusia zaman dahulu sebelum kedatangan islam mahupun ajaran sang buddha lagi. Contohnya di kawasan burma , melayu disana menjadikan alchemist sebagai agama selain kepercayaan kepada Nat dan agama astronomi ( menjadikan planet / bintang sebagai sesuatu yang berkuasa kepada diri mereka ).
Untuk alchemist , nilai mineral seperti emas terutamanya digunakan bagi impak kepada jasmani atau badan. Dan objektif kultus ini adalah untuk immortal .
Dalam scene 1 juga penulis rasa "gempak gila" bila shot panglima dan yang lain-lain menjunjung titah tuanku dengan skill yang penulis tak pernah nampak. Senjata / keris / sundang diangkat , letak di lengan sambil mengangkat sembah 🙏. Fuhhh lain "machiam" woo....🥳🥳😍
Untuk kerajaan dan pemerintahan dalam drama ini pemimpinnya adalah seorang perempuan. Elok terletak perempuan dalam pemerintahan negara kerana secara default orang di asia tenggara amnya , perempuan mempunyai kuasa lebih besar berbanding perempuan eropah. Klik disini untuk melihat maklumat lanjut dalam buku Early Mapping of Southeast Asia . Di Patani sahaja , beberapa ratu memerintah kerajaan disana seperti Ratu Ungu , Ratu Hijau dan lain-lain lagi. Dalam buku Sriwijaya tulisan Prof Dr Slamet Muljana ( Indonesia ) mencatatkan ketegasan seorang pemerintah perempuan dengan nama Maharani Si-Mo ( Shima ) di kerajaan Ho-Ling . Anaknya secara tak sengaja telah menyentuh kantung emas ditepi jalan ( unknown owner ) , hukuman penggal kepala diwartakan kepada anaknya . Klik disini untuk maklumat lanjut tentang Maharani Si-Mo
Begitulah garang dan tegasnya perempuan bila perempuan menjadi ketua pemerintahan dalam kawasan pemerintahannya.
Untuk scene ke-2 , penulis suka dengan garapan visual seorang ratu berlatih / mengeluarkan peluh dengan mode dikelilingi pengawal perempuan sebegitu. Berlatih berseorangan sambil di satu point berhampiran ada sekumpulan perempuan menari diiringi alat muzik. Sambil bersilat atau senaman ada iringian muzik sebagai rentak. Dan ada efek bagi menunjukkan aura dibuat oleh ratu tersebut yang mampu menghancurkan pokok disitu. Indikasi ilmu metafizik. Aksesori emas tetap dipakai. Mungkin ada elemen tambahan kepada si pemakai.
Dalam buku Early Mapping of Southeast Asia juga ada maklumat orang asia tenggara suka menyanyi atau berhibur. Francisco Alcina contohnya yang melawat ke filipina mendapati orang Visaya umpamanya tidak menyanyi semasa sakit atau tidur sahaja.Gong loceng (gong-chime) adalah umum semua org . Klik disini untuk kes orang Visaya
Apa pun setinggi penghargaan kepada RTM yang telah menyiarkan drama sebegini. Sangat sangat hargai ♥️😍🥳🫰





Comments
Post a Comment