Langkasuka - Kota Purba Yang Hilang

Dalam kitab Al-Masalik wa al-Mamalik , Langkasuka adalah kerajaan paling purba dari kerajaan Melayu yang lain2x dan berada di kedudukan atas dari Kedah. ( klik disini untuk lihat info dari kitab tersebut )  Soalannya dimanakah kerajaan Langkasuka tersebut?  Adakah di Patani seperti di kembara saudara kita ini cari?

Dari maklumat Vayu Purana , Langkasuka adalah

  1. Sebuah kota agung diatas rabung dan puncak yang indah
  2. Tebing2x yang curam dan gua2x yang beranek bentuknya menyerupai rumah

dan pelbagai penerangan lain. Sila klik disini untuk maklumat lain tersebut.Lihat di hujung video.

Jadi , berdasarkan maklumat ini , kerajaan Langkasuka haruslah berada di kawasan pergunungan. Serasa amat pelik hendak membayangkan kerajaan langkasuka ini berada di pergunungan kawasan negara Malaysia memandangan pengalaman penulis pernah mendaki gunung seperti Irau dan cerapan berdasarkan pengalaman team xsamudera yang sedang agresif mendaki , mencari kota2x purba di pergunungan bermula di negeri sembilan. Nampak perkongsian mereka , memang pendakian sukar dengan cabaran2x yang mereka hadapi.

Tapi bila pelakon Azhan Rani berkongsi pengalaman mendaki kawasan di pergunungan Everest , siap ada bandar besar lengkap dengan Baskin Robin dan mempunyai mesin ATM , lah "kacang" rupanya mendaki disana. Katanya lagi , perjalanan mendaki di kawasan sana lagi mudah dan santai berbanding di kawasan pergunungan di Malaysia. Klik disini untuk mendengar perkongsian beliau. Ada bandar maksudnya kawasan pergunungan sana mempunyai tanah rata yang luas.

Terus mengingatkan kepada landskap kota langkasuka yang berada di atas pergunungan dan mempunyai dataran luas dikawasan himalaya mungkin seperti digambarkan dalam video tiktok dnamelayu sebelum ini.

Penerangan perincian kota Langkasuka

Mengikut sejarahwan Vietnam iaitu Pham Tran Anh , dataran Melayu adalah kawasan yang mencakupi antara pergunungan Himalaya ke pergunungan Kunlun ( kawasan China sekarang ). Boleh membayangkan betapa luasnya kawasan orang melayu yang mendiami kawasan tersebut sampaikan sejarahwan vietnam kenalpasti kawasan utara indo-china itu dengan istilah  malaya plateau ( dataran melayu )

Mengikut catitan I-ts' ing ttg keagamaan di asia tenggara termasuk kepulauan melayu , maklumat tentang kedudukan Langkasuka yang diperolehi adalah sebelah timur langkasuka adalah To-Ho-Lo-Ho-Po-Ti ( Dwarawati ) dan di hujung timur Li-I ( Champa )

Mungkin antara kita beranggapan kedah yang dimaksudkan sampai ke perlis sahaja. Atau ada yang kata kedah sebenarnya sampai ke tanah seri seperti yang diberitahu oleh Dr Mat Rofa. Jawapan sebenar kawasan kedah iaitu dikenali sebagai kalah-bar adalah di Stanniferous region ( kawasan timah ) antara  Salwln and Junkceylon Island . jauh lebih luas dari takrifan Mat Rofa.

Kawasan kedah ( nama purba : kalah-bar ) yang dikaji oleh G.E Gerini terhadap Peta Ptolemy

Di kupasan awal artikel kita diberitahu tentang maklumat iaitu Langkasuka berada di kedudukan atas Kedah.

Dan apabila kita membentangkan peta ptolemy pada 1508 kita bisa membayangkan kedudukan kerajaan mungkin antara kawasan berlorek atau diatas lagi.


Peta ptolemy peta dalam buku koleksi peribadi John Bastin

Jadi beginilah kawasan sehampir mungkin mengikut fakta-fakta yang diperolehi.

Kedudukan ini juga selari dengan flow civilization bangsa melayu selepas banjir besar yang mulai surut seperti yang dibuktikan dari aspek dapatan result DNA oleh Dr Zamir Mohyedin

Jemput klik like 

Rasa maklumat kami ini berharga dan berguna. Share artikel kami untuk pengetahuan  rakan2x yang lain.










Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu