Bahasa Sanskrit = Bahasa Melayu
Bahasa jiwa bangsa. siapa je tak tahu frasa begini. Nampak mudah , tapi sebenarnya bermaksud mendalam bergantung kepada tahap keilmuan seseorang.
Pada zaman penulis di zaman 90an ( menengah rendah ) , bila zoom in kepada frasa ini adalah kita harus memahami bahasa melayu yang kita belajar di kelas dengan bersungguh-sungguh. Faham kata kerja . Faham kata sifat. Barulah A dalam bahasa Melayu.
Bila dah berusia 40s , bila menjengah mengkaji ketamadunan bangsa Melayu sebenarnya ada takrifan mendalam berbanding di usia remaja. Dan sebenarnya bahasa ini ada dalam lagi maknanya jika kita lebih kedalam yg penulis sendiri gagal memahaminya.
Untuk di selepas hampir 30 tahun selepas remaja ini, rupanya kajian bahasa amat penting dalam memahami bangsanya. Bukan setakat bahasa melayu, tetapi juga bahasa2x purba yang lain selain bahasa alquran bagi menjitukan pemahaman kita terhadap apa makna lidah bila sebut MELAYU
Bila kita telurusi kajian2x pakar akademik luar negara banyak kajian dipacakkan dulu memahami maknanya bagi memahami nama tempat ataupun nama seseorang berikutkan nama2x dlm kitab lama seperti old testament contohnya. Selepas firm maknanya , barulah dikaitkan dgn hujah2x dari konteks ayat contohnya kisah ophir dalam biblical , huraian Plato tentang Atlantis mahupun mapping sumber awal peta Ptolemy sebagai contoh
Berhati hati dengan tulisan pihak barat
Ya , sebagai peneliti / pengkaji haruslah ada curiga dan prejudis terhadap kajian barat. Banyak kelemahan dari menafiskan ayat atau kata dalam tulisan purba contohnya. Bak kata teolog, filolog, dan sejarawan Indonesian iaitu Dr Bambang Noorsena beliau mengatakan pengkaji eropah terlalu dangkal untuk memahami naskah yang ribuan tahun hanya bermodal bahasa inggeris sekadarnya dan bahasa yunani
Dalam video yang lain , beliau memberitahu sebutan pharaoh yang barat ucapkan / terjemahkan itu bukan sepatutnya. Sebutannya adalah para'oh . Perkara ini juga mendapat perhatian self thought lingustic seperti Arum Natzorkhang tentang kesalahan untuk sebutan firaun. Klik disini. Tidak perlu pendidikan tinggi untuk nampak percanggahan dalam lingustic. Perkara kesilapan / kelemahan sarjana barat dalam mentafsirkan bahasa lama turut dikongsi oleh Prof Solehah persis sama dikatakan oleh Dr Bambang Noorsena.
Tidak hanya pakar lingustik seperti Dr Bambang Noorsena ataupun Dr Solehah bercakap tentang kelemahan barat dalam mentafsirkan tentang fakta sejarah , Dr Azmi dalam bidang sejarah juga menyampaikan hal yang serupa. Klik video disini tentang kupasan hamba
Kajian Half Cook
Ramai juga pengkaji rantau asia tenggara juga memberi perhatian kepada hasil dapatan Prof George Cœdès . Baik tempatan mahupun luar Malaysia. Tapi tidak semua setuju dengan hasil kajian beliau.
Contohnya adalah Ir. L. Moen sarjana Belanda yang hidup sezaman dengan Prof George Cœdès. Dalam terbitannya, Crivijaya, Yava en Kataha , beliau menyatakan tentang Sriwijaya tidak pernah berpusat di Palembang Sumatera. Sebagai individu yang melakukan kerja-kerja geologi, hidrologi dan infrastruktur di Hindia Belanda (kini Indonesia) sekitar awal hingga pertengahan abad ke-20 pasti kajiannya lebih releven sebab melibatkan onground field di kawasan jajahan Belanda sendiri. Klik disini
Menurut kupasan dari Stewart Wavell iaitu seorang pengkaji budaya berbangsa British yang hidup sezaman Prof George Cœdès menyatakan sarjana2x seperti Prof George Cœdès , Professor Luce dan Sir Roland Braddel hanya menggunakan bukti minima dan seadanya untuk membina naratif sejarah terutama sejarah bangsa Melayu. Kelemahan ini disebabkan oleh pihak cina sukotai di kawasan indo-china menyembunyikan fakta2x seperti batu bersurat dan lain lain yang lebih menonjol di tanah sana berbanding di Malaysia . Klik disini
Tidak hanya hasil dapatan Prof George Cœdès turut dapat dikenalpasti kelemahan dalam kajian beliau oleh sarjana barat. Prof Dr Slamet dari Indonesia juga mengketengahkan kelemahan hasil kajian Prof George Cœdès. Klik disini
Kembali kepada tagline Bahasa Jiwa Bangsa, bagi mengenali bangsa Melayu itu haruslah bermula dari titik memahami maknanya terlebih dahulu. Jika terus menerus jump into kepada kajian barat seperti Prof George Cœdès menyebabkan berlakunya kepincangan dalam mentafsirkan sejarah bangsa Melayu.
Apa itu Melayu ? Klik disini untuk maknanya dalam kajian bahasa ( lingustic study )
Jadi polisi "orang yang mendiami di tempat tinggi / pergunungan " dalam makna melayu menjadi dasar dalam kita mengkaji apa jua yang berkaitan dengan bangsa melayu yang bersifat mahawangsa ( bangsa yang luas wajah dan kulitnya, bukan sekadar manusia memakai tanjak & keris ). Klik disini kajian ethnologist H.V. Valois utuk rasa bangsa melayu yang pelbagai warna
Jika kita mendasari alquran , kita harus faham ketamadunan manusia ( homo sapiens ) adalah bermula dari nabi Adam. Setakat pengetahuan kita ada disampaikan melalui wahyu , tuhan mengajar sesuatu / perkara kepada moyang kita nabi Adam.
Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia memperlihatkannya kepada para malaikat lalu berfirman: ‘Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu benar!’”
(Al-Baqarah: 31)
Jadi , nama-nama ( benda) semuanya yang mendasari verbatim atau apa yang terkeluar dari kata2x nabi Adam , kepada isterinya dan seterusnya berkembang kepada generasi demi generasi.
Kepada generasi sekarang ada yang meletakkan pelbagai istilah kepada bahasa yang dipertuturkan oleh nabi Adam. Ada yang melabelkan sebagai bahasa nabi Adam . Ada yang melabelkan bahasa keluarga nabi Adam. Ada yang melabelkan dalam istilah akademi seperti proto arab . Jadi istilah2x yang digunapakai oleh pelbagai komuniti dan level pengetahuan seseorang menyebabkan kita terkeliru. Jadi admin selesa menggunakan istilah proto arab bagi merujuk kepada bahasa seharian nabi Adam dan keluarganya.
Jadi dari seorang Adam ( homo sapien ) manusia homo sapien yang lain berkembang menjadi sepasang dengan hadirnya Hawa / Eve . Lantas dijadikan tuhan dengan generasi kedua Adam. Lantas manusia berkembang beranak pinak , membuka perkampungan lain, membina kota dan membina ketamadunan.
Berlangsungnya masa ( klik disini perubahan sebutan vs masa ) , maka bahasa induk tadi iaitu proto arab menjadi gradient dan cair dari bahasa induk dari pelbagai faktor. Antara faktornya adalah kejadian manusia sendiri yang berbeza ( lidah ) , geografi samada tinggal di kawasan lembah atau di pergunungan ( klik disini untuk penerangan perbezaan sebutan di gunung vs lembah ) , kawin campur silang yang semakin distort bunyi sebutan dan lain2x lagi.
Jadi kita dapat lihat seiring zaman dan waktu , bahasa proto arab tadi telah semakin gradient dan "cair" cara sebutannya.
Berkenaan halnya bahasa sanskrit adalah bahasa Melayu itu branding sahaja. Disebabkan bahasa proto arab ( bahasa induk nabi Adam ) telah berkembang maka manusia mulai melabelkan bahasa tersebut. Contohnya di utara pakistan , manusia bernama Panini mulai meng'gazet'kan bahasa proto arab yang semakin gradient dan cair itu sebagai sanskrit.
Bila baca kajian seperti sarjana bidang bahasa sanskrit di India bernama SC Banerji dalam artikel Sanskrit Beyond India , beliau mengatakan bahawa mereka sendiri pun tak pasti mana asalnya bahasa sanskrit. Mana mungkin hendak mengatakan bahasa tertentu hak ekslusif pada mana2x komuniti seperti bahasa orang india sahaja.
Jadi kepada kita yang berpaksikan fakta elakkan untuk berpegang kepada satu hal yang tidak pasti mana puncanya.
Kepada pengkaji alam melayu seperti Prof Dato Dr Abdul Muati dan prof Mastur UKM , mereka selesa meletakkan istilah bahasa Melayu untuk bahasa proto arab yang kita anggap semakin gradient dan cair . Mereka meletakkan bahasa proto arab itu sebagai bahasa Melayu disebabkan itulah sejauh manusia yang kita boleh langkau bila mengkaji ketamadunan bangsa orang gunung Melayu bersama nabi Nuh seperti info dalam karya purba seperti purana, mahabratha dan epik gilgamesh sebagai contoh.
Kesimpulan
Jadi kepada sesiapa yang mengkaji dan meneliti sumber dapatan haruslah menghalusi faktanya terlebih dahulu. Caranya adalah menyemak dalam pelbagai kajian untuk mendapatkan naratif atau fakta yang lebih luas. Jika disulami dengan asas bahasa terutama yang purba dapat membuka naratif sejarah yang lebih konkrit.

Comments
Post a Comment