DNA Ancestry - Ahmad Faezal Patriots.
Pertamanya terima kasih kepada saudara Faezal kerana sudi expose dna ancestry kepada public. Boleh lihat video exposure dna dia disini. Pendedahan dia memberikan gambaran terbaru kepada perkembangan manusia purba yang membentuk manusia modern zaman sekarang.
Berdasarkan pendedahan Faezal , didapati
1. Manusia modern sekarang yang dianggap homo sapien basically hidup sewaktu Denisovan dan Neandertha wujud. Indikasi yang dalam timeline waktu yang sama manusia yang hidup mempunyai pelbagai saiz badan dan wajah. Dan mereka ini boleh "berkahwin" walaupun bentuk size badan yang berbeza. Jika "kawin" secara rela suka sesama mereka, maksudnya manusia purba pada ketika itu boleh berkomunikasi dengan bahasa yang difahami sesama mereka. Yea la.. biasanya kalau "kawin" secara rela nie kan kena bercinta bagai. Nak bercinta kena la "ayat manis". Dari aspek biologi mana2x kategori manusia, nampaknya fungsi seksual mereka juga sama bagi percambahan generasi berikutnya.
Dari penjelasan yang diberikan , plot kehidupan manusia Denisovan meriah di Siberia, Tibet dan Laos. Indikasi yang manusia ini lebih daya tahan sejuk. Dan prefer tinggal di kawasan sejuk berbanding di garisan khatulistiwa yang lebih panas. Dan kita boleh katakan dari aspek kulit mereka adalah lebih cerah.
Bilamana Faezal sebut Denisovan ini bertebaran ke nusantara mungkin manusia terkemudian ikut garis waktu, pergi ke kawasan panas.
Dari aspek kajian barat yang pada awalnya mereka anggap manusia Neanderthal macam beruk , tapi hakikatnya mereka pandai memasak, pandai buat gam, menjahit pun pandai dan menjajah laut pun pandai. antara bukti manusia Neanderthal sebelum pupus sekitar 40,000 tahun lalu mereka telah belajar dari "homo sapiens sapiens" dari keluarga nabi Adam sama seperti Denisovan yang boleh menjahit ( jumpa jarum usia 50,000 di gua Denisova ).
Lagi bukti yang manusia pada ketika itu mampu bercakap bahasa yang sama disebabkan tugas "homo sapiens sapiens" untuk transfer teknologi kepada manusia Denisovandan dan Neanderthal sebagai contoh.
Cumanya aku tak pasti Neanderthal boleh pupus sekitar 40,000 tahun. Dalam videonya Faezal memberitahu yang rangka manusia Neanderthal nie punya la banyak. Gambaran yang manusia Neanderthal bercambah ke pelbagai tempat. Adakah badan mereka tidak mampu tangkis virus baru wujud setelah berjaya survive selama 90,000 tahun
2. Jarum
Dalam video tersebut juga di gua denisova yang berada di kawasan sejuk kutub utara ( russia ) ditemukan jarum. Bagi sejarahwan mesir iaitu Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas (1448-1522) dalam bukunya “Kisah Penciptaan dan Tokoh-tokoh Sepanjang Zaman”, beliau menyatakan yang nabi Idris adalah orang pertama yang menjahit pakaian dan memakai jarum. Dalam erti kata lain, nabi Idris wujud sebelum atau pada 50,000 tahun.
Dalam erti kata lain juga, teknologi jarum ini telahpun widespread kepada seluruh manusia sehingga ke utara yang sejuk itu. Atau kita boleh katakan segala kecerdikan ajaran dari "homo sapiens sapiens" baik dari nabi idris sehingga nabi nuh telah pun widespread kepada seluruh manusia di dunia.

Comments
Post a Comment