Sesi Bicara Bersama Surya Suryadi Pensyarah di Universiti Leiden

 Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan untuk bersama bapak Suryadi  untuk mendengar dari mulut beliau sendiri dengan senario manuskrip melayu-nusantara di perpustakaan Universiti Leiden , Belanda.

Kesahihan yang bapak Suryadi berkhidmat di  Leiden University, Belanda. Klik disini

Menjadi hasrat kami di Persatuan DNA Melayu untuk menggapai matlamat gagasasan persatuan ini iaitu 

Salah satu matlamat kita adalah untuk memberi ruang kepada para ilmuan mengenali dengan lebih mendalam asal usul bangsa Melayu dan mengumpul data-data tersebut untuk rujukan bagi generasi akan datang.

 Maka kami hadir dengan hasrat untuk membawa bapak Suryadi untuk lunak bersama persatuan mengalirkan data-data atau sebarang maklumat untuk panduan akan datang.

Untuk maklumat am bagi sesiapa yang tidak mengenal bapak Suryadi, beliau adalah dari negara Indonesia yang telah berkhidmat lebih kurang 24 tahun di Universiti Leiden Belanda. Pendedahan beliau amat penting memandangkan kami di luar lingkung akademi hanya mendengar selama ini kebanyakan naskah manuskrip nenek moyang orang melayu telah "dirampok" dibawa ke negara penjajah seperti Belanda. Ribuan manuskrip hasil nenek moyang orang Melayu khususnya wujud di universiti luar negara seperti di perpustakaan British, Russia, Belanda dan lain-lain lagi. Jadi dengan usha ini adalah langkah awal di persatuan kami khususnya untuk membawa pulang balik pemikiran atau gambaran kehebatan nenek moyang orang Melayu untuk generasi dan panduan hidup mereka di masa akan datang.

Gambaran dari bapak Suryadi tentang meriahnya manuskrip yang berada di dalam perpustakaan Universiti Liden ialah , jika disusun manuskrip2x tersebut..gambarannya ialah kita akan mendapat 10 kilometer susunan arkib manuskrip. Itulah gambaran bagaimana maklumat orang Melayu atau nusantara duduk diam "sepi" jauh dari warisnya di tanah Melayu khususnya.

Secara peribadi merakamkan ucapan terima kasih juga kepada pihak Universiti Malaya terutama kepada Akademi Pengajian Islam kerana usaha mereka untuk membawa bapak Suryadi.

Disebabkan tajuk yang digariskan oleh pihak Akademi Pengajian Islam adalah "International Seminar & Guest Lecture on Islamic Manuscripts" , maka input2x yang diberikan adalah berkisar manuskrip yang bertulisan jawi dan kaitan quran manuskrip yang ada di Leiden University, Belanda

 Antara info yang agak mengejutkan dari bapak Suryadi ialah rupanya ada alQuran tertua disana yang diberi sebagai hadiah dari Sultan Johor pada 20 Julai 1606


Antara maklumat yang diberikan kepada pengkaji2x khususnya, mungkin boleh kaji content dalaman alQuran yang meriah terdiri kepelbagaian ragam bentuk nusantara.



Antara rupa ragam yang boleh diperincikan dan dikaji terhadap hasil tangan nenek moyang orang Melayu-Nusantara.

Bapak Suryadi menyampaikan memberikan gambaran manuskrip2x melayu-nusantara pada 12 Jan 2024 
Bersama tetamu jemputan adalah Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor - Ketua JSTI, Universiti Malaya di kanan gambar dan Prof. Madya Dr Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid, Akademi Pengajian Islam UM di kiri gambar

Secara peribadi saya mengharapkan agar sessi ini dapat diteruskan dengan siri2x komunikasi peribadi kepada bapak Suryadi agar kita berjaya "menarah" kembali ilmu tinggalan nenek moyang kita untuk ilmu panduan kita semua.


 

Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu