Apa Ada Dengan Natrah
Pada 12 May 2023, pihak kami telah dijemput oleh wakil Yayasan Kasih Tauhid di Shah Alam untuk bersama-sama mereka dalam sessi bual bicara Natrah yang disampaikan oleh Puan Seri Fatini Yaacob. Beliau adalah wartawan / editor majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1981-1993). Antara tugasan yang telah diberikan oleh pihak atasan kepada beliau adalah kes Natrah.
Siapakah Natrah? Seingat penulis isu berkaitan Natrah ini agak lama didengar. Mungkin sekitar 90 an isu Natrah didengari di media kita. Dan sehingga ke hari ini pun di tahun 2023, nama dan isu Natrah ini masih dicanang. Kenapa?
Setelah bersama dalam sessi bual bicara tersebut, fahamilah penulis sebenarnya isu Natrah ini bukanlah isu individu semata-mata mahupun kisah percintaan yang "terlarang" antara Natrah dan suaminya iaitu Mansor Adabi. Isu ini lebih menjurus ke arah kebangkitan orang Melayu pada sekitar 1950an. Buat pertama kalinya dalam sejarah orang Melayu, kebangkitan secara besar-besaran berlaku di tanah Singapura pada ketika itu. Tiba-tiba ramai orang Melayu baik dari semenanjung turun ke tanah Singapura untuk membantah pihak pihak British mahupun Belanda yang mahu mengembalikan susuk tubuh bernama Natrah kepada pihak penjajah Belanda ataupun keluarga asal Natrah iaitu dari Belanda. Dikabarkan orang kita dari Pontian, begitu ramainya Melayu turun ke Singapura menyebabkan kesesakan di tambak laut Singapura untuk bersama-sama solidariti kes Natrah ketika itu.
Sebelum ramai melayu keluar melaungkan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, tragedi Natrah inilah titik permulaan orang Melayu di kampung-kampung keluar bersama dan berhimpun membantah atas usaha pemulangan Natrah ke pihaknya di Belanda. Dirakamkan ketika itu, pihak polis yang bekerja dibawah empayar British pun turut membuka baju uniform turut sama dalam demonstrasi tersebut. Sehinggakan kaum india dan cina juga menyertai bantahan tersebut. Atas kejadian bantahan tersebut seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British. Dan ada sekumpulan orang Melayu kita yang telah dibawa pergi dan hilang tanpa khabar berita statusnya oleh polis British.
Sebut saja Natrah kepada orang-orang lama yang terbabit dalam insiden tersebut, pasti akan emosi disebabkan ramainya orang Melayu berhimpun dan membantah di jalanan Singapura. Antara nama-nama individu yang menjadi tulang belakang kebangkitan orang Melayu adalah Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmi, Karim Ghani, Profesor Dr. Ahmad Ibrahim, Tunku Abdul Rahman,M.A. Majid dan lain-lain lagi. Semoga nama-nama ini dikenang oleh generasi kini dan akan datang yang berusaha baik dari aspek kewangan, perundangan dan lain-lain lagi.
Bagi yang tidak pernah mendengar isu Natrah ini asalnya Natrah adalah dari Belanda. Semua tahu sebelum datangnya Jepun ke nusantara,pihak penjajah British dan Belanda bermaharaja lela di seluruh nusantara. Pada ketika itu Che Aminah iaitu ibu angkat kepada Natrah berada di Indonesia. Che Aminah adalah seorang bangsawan Melayu dan penjual kain yang berjaya. Disebabkan Che Aminah ini telah tinggal di tanah Jepun selama 11 tahun, maka apabila Jepun datang ketanah Indonesia maka ramai orang bukan Melayu seperti Cina dan penjajah meletakkan anak-anak mereka dibawah jagaan orang Melayu. Disebabkan Che Aminah dah biasa dengan bahasa dan budaya Jepun, maka Natrah diletakkan dibawah jagaan Che Aminah supaya terjamin keselamatannya sejak kecil. Kehebatan Che Aminah dikatakan apabila orang Jepun bersua muka, orang Jepun terpaksa tunduk akur dengan Che Aminah disebakan bahasa Jepun yang digunakan dan biasa dengan masyarakat Jepun.Begitulah mulanya kisah bagaimana Natrah boleh berada di bawah jagaan orang Melayu bernama Che Aminah.
Sessi bual bicara ini turut dicemari duli YAM Raja Shuibah Al Marhum Sultan Idris. Isu ini mendapat perhatian dari YAM Raja Shuibah disebabkan ingin tahu sendiri tentang kisah perjuangan bangsa Melayu yang telah semakin hilang ditelan masa. Justeru itu, marilah kita sama-sama ambil peduli atas isu sebegini, agar dapat menghadapi cabaran akan datang.
.jpeg)

Comments
Post a Comment