DNA Melayu
Salam & Selamat Sejahtera.
Selamat datang ke dunia DNAMelayu.com .
Komuniti ini timbul apabila di masa kini di zaman modern 2022/2023, "penyakit" dalam masyarakat terutamanya bangsa Melayu semakin jelas kelihatan. Jika kita meneliti di media social, ramai di kalangan anak muda jelas menyatakan mereka tanpa segan silu menyatakan sakit mental seperti anxiety, biopolar dan sebagainya. Jelas kelihatan kerajaan kita turut sama memberi fokus kepada isu kesihatan mental yang keluar di berita tv3 tahun 2022
Di peringkat professional bekerja mahupun politik, ramai di kalangan kita jelas mengamalkan rasuah. Ini jelas terbukti apabila mantan perdana menteri Malaysia iaitu Najib Tun Razak didapati mengamalkan rasuah. Dan pelbagai laporan media melaporkan ada sahaja kes-kes yang membabitkan pegawai kerajaan mahupun tokoh perniagaan dari masa ke semasa.
Dari perspektif kepercayaan seperti laporan di Malaysiakini, kita mendapati bilangan murtad semakin berleluasa tidak henti setakat kes Lina Joy yang viral pada 1997. Dan komunti murtad ini semakin agresif yang boleh kelihatan di kewujudan laman media social facebook di Apostates in Malaysia bagi menarik orang ramai untuk bersama-sama bersatu dengan individu-individu yang "menjerit" dalam diam sekian lama.
Dan cabang ancaman yang boleh marak berbahaya adalah isu penggunaan kalimah Allah. Viral di tahun² sebelum ini isu kalimah Allah menjadi perhatian orang ramai. Dan pada 19 Januari 2023, isu ini masih lagi tidak surut apabila Sinar Harian melaporkan right usage nama Allah berlegar di mahkamah . Isu ini kami tidak memandang ringan disebabkan pada 2021, sekumpulan anak muda membelasah pelanggan foodpanda di Sungai Wey hanya semata-mata penggunaan nama Allah itu digunapakai oleh pelanggan tersebut.
Untuk perspektif hubungan songsang iaitu komuniti LGBTQ, pergerakan mereka jelas kelihatan pada PRU ke 14 pada tahun 2018 , apabila parti pihak lawan iaitu Pakatan Harapan menang dalam pilihanraya yang mendukung kesamarataan menyebabkan pergerakan senyap seperti LGBTQ menyuarakan kegembiraan mereka bebas dari cengkaman kerajaan sebelum ini.
Dan untuk PRU ke15 tahun 2023 ini pula komuniti LGBTQ mulai bersorak kembali seperti di akaun twitter @umploops



