Israeliyat

Dalam media sosial , admin perhatikan rata2xnya orang melayu kita menolak mentah sumber selain alquran dan hadis bagi memahami perkara dan fakta?

Itukah yang sewajarnya kita sebagai orang islam imani atau lakukan ?

Soal akidah untuk mempercayai kebenaran alquran dan tuhan yang satu.

Siapa je yang tak kenal Ahmad Deedat mahupun Zakir Naik.


Bersorak orang islam bilamana hujah cerdas dari kedua-dua tokoh ini mengalahkan hujah dari missionaries , pendeta dan lain2x. Tapi sedarkah kita mereka juga merujuk sumber2x bukan dari sumber alquran dan hadis. Ibarat komputer , Zakir Naik menyimpan semua ayat baik dari bible hingga ke reg veda. 

Kalau sampah maklumat dari sumber selain alquran mahupun hadis, nak buat apa kebergantungan hujah diambil dari sumber luar dari alquran dan hadis. Bukan kah cukup sekadar dari 2 sumber itu sahaja utk menerangkan apa yang kita imani?

Sumber Israeliyat dari Azhar Idrus

Siapa je tak kenal Azhar Idrus .Tokoh yang menerangkan halal dan haram. Klik video Ustaz Azhar Idrus disini

Mengikut apa yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus , "Nabi Muhammad kata kalau israeliyat , jangan kamu pakai 100% , jangan kamu buang semua. Yang mana mengarut jangan pakai. Yang mana sesuai boleh cerita"

Dan sumber israeliyat adalah kisah yang dibawa oleh orang islam dari bani israel. dan ada sahabat nabi yang bercerita  dari kisah bani israel. Klik link video Ustaz Azhar Idrus yang lain.

analogi mudah menggambarkan apa yang disampaikan oleh ustaz azhar idrus

Jadi macam mana sumber dari sahabat2x nabi lain yang sudah tentu selain dari bani israel ? 

  • Abu Bakr al-Siddiq — daripada Quraisy, Bani Taym.
  • Umar ibn al-Khattab — daripada Quraisy, Bani Adi.
  • Uthman ibn Affan — daripada Quraisy, Bani Umayyah.
  • Ali ibn Abi Talib — daripada Quraisy, Bani Hashim.
  • Bilal ibn Rabah — berasal dari Habsyah (Afrika).
  • Salman al-Farisi — berasal dari Parsi.
  • Suhaib al-Rumi — berasal dari wilayah Rom/Byzantium.
  • Ammar ibn Yasir — ayahnya Yasir berasal dari Yaman.
  • Mu'adh ibn Jabal — daripada kaum Ansar di Madinah.
  • Sa'd ibn Mu'adh — daripada Ansar, suku Aus.
  • Abu Hurairah — daripada kabilah Daws di Yaman.
Adakah sumber yamanliyat , ansarliyat , quraisyliyat dll tertolak pula?

Sumber Yang Dirujuk Ulama Sirah 

Satu nama yang tak pernah plak admin dengar sebelum ini. 😂 iaitu Ustaz Khubaib Muhamad Asmadi
Tapi pernah keluar di podcast Ar Rasyidin Academy. Klik video beliau disini

Terbukti yang sebagai ulama sirah tidak hanya bergantung kepada bersandarkan kepada alquran dan hadis semata2x , tetapi juga riwayat2x yang tidak digelar sebagai hadis nabi muhammad , tetapi ulama sirah mengambil kredit kepada riwayat itu untuk diambil menjadi rujukan dalam sirah.

Tapi siapakah beliau. Kenapa pihak Ar Rasyidin Academy jemput ustaz ni? Sedikit maklumat untuk ustaz ini.
  1. pengasas Seerah Center
  2. pernah menjadi Pengerusi Asatizah IKRAM Selangor
  3. terlibat dengan IKRAM Muda di peringkat antarabangsa dan menghadiri mesyuarat IIFSO.
  4. Ijazah dalam Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Yarmouk, Jordan, kemudian melanjutkan pengajian Sarjana dalam Sejarah Islam di Universiti Malaya,
  5. pernah bekerja sebagai Editor Genre & Syariah di Iman Publication
  6. pernah menjadi penceramah bertauliah MAIS dan aktif menyampaikan kuliah
Keturah ? Adakah hanya dalam sumber israeliyat ( sumber bani israel )?

Jawapannya sudah tentu tidak. Maklumat ini juga ada dalam kitab  Al Tabaqat Al Kabir Ibn Sad . Siapakah penulis kitab ini ?

  1. Ibn Sa'd bukan sahabat Nabi.
  2. hidup kira-kira 150 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad ﷺ
  3. mengumpulkan riwayat daripada generasi terdahulu, lengkap dengan sanad dalam banyak bahagian kitab.
Inilah contoh ulama sirah yang ambil  riwayat seperti dikatakan oleh Ustaz Khubaib Muhamad Asmadi

Mengikut jawapan dari ustaz yang admin rujuk kesahihan bagi kitab Al Tabaqat Al Kabir Ibn Sad adalah dari Pusat Pengembangan Turath Nusantara (PETUNAS) adalah seperti berikut.


Dan sebenarnya ramai lagi ulama sirah dalam dunia islam seperti At Tabari , Masudi dan lain2x yang dapatan mereka genuine dan soheh sesohehnya.

Sumber mereka turut dikongsi oleh Prof Khairuddin al Junied. Klik video beliau disini


Comments

Popular posts from this blog

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Melayu Jalur Keturah

Alam Melayu Adakah Agama Hindu Buddha