Rencong

rencong dalam bahasa akademik adalah

  1. cuneiform - english / barat
  2. al-mismāriyyah - dunia arab
  3. tulisan paku

dalam buku sundaland tracing the cradle of civilizations ditulis oleh dhani irwanto mendapati ada maklumat tentang rencong . klik disini

Kajian linguistik dan abjad mengenai budaya Rejang yang dijalankan antaranya oleh Sir Thomas Stamford Raffles (1817), J Park Harrison (1896), EEEG Schroder (1927), dan MA Jaspen (1983) menunjukkan beberapa korelasi (persamaan) dengan Mesir kuno dan Phoenicia.

​Sebuah kajian oleh Dhani Irwanto (2015) menunjukkan bahawa aksara Rencong (atau Ancung) di Kerinci, Rejang di Bengkulu, dan Lampung di selatan Sumatera amat menyerupai tulisan Proto-Sinaitik Phoenicia berbanding Brahmi India. Ketiga-tiga wilayah di Sumatera ini sangat kurang dipengaruhi oleh budaya India dalam sejarah mereka.

Dokumen rencong ( Syair Perahu ) di atas meja british library. klik disini untuk lihat video.


Antara aksara rencong yang terdapat di nusantara adalah di Acheh yang dikenali sebagai tulisan gayo linge melayu tue


Tulisan rencong juga boleh dilihat di ulu sumatera . Klik disini

Mengikut response dari rakan2x yang komen di dnamelayu ( klik disini ) , admin mendapati :

  1. Tulisan rencong diajar di uitm dungun ( klik disini )
  2. amirul hakim mengatakan kitab lama dirumah neneknya guna tulisan rencong ( klik disini )
  3. myyrul.yzd pernah nampak tulisan tencong di rumah neneknya . ( klik disini )
  4. Afizie mengatakan rencong nampak seperti tulisan jepun.
  5. Greater kedah memberitahu pernah nampak dokumentari british tentang liputan rencong ( klik disini )
  6. Kiekiiiii memaklumkan sistem pendidikan aliran sastra belajar rencong ( klik disini
  7. wilsonnuhan ( klik disini ) & @MrLungKayau ( klik disini )   mengatakan kasara /bentuk ini ada di bendera sarawak lama.
  8. PiEL mengatakan orang bugis masih belajar di sekolah. ( klik disini
  9. BONDA|ASZ memberitahu pernah belajar rencong di universiti. ( klik disini

Dalam buku Cuneiform ditulis oleh Irving Finkel umpamanya , beliau memberitahu contoh sebutan rencong adalah tukul yang ditafsirkan sebagai senjata. 

Dalam buku A Handbook of Asian Scripts maklumat yang diperolehi adalah
manuskrip Rejang dari Sumatera Selatan, ditulis pada kepingan buluh. Bahasanya adalah bahasa Melayu dan tulisannya menggunakan skrip tempatan Rejang yang dikenali sebagai Ka-ga-nga. Abad ke-19.

menjukkan aksara selain rencong juga dikenali sebagai Ka-ga-nga. Pelbagai kelompok masyarakat menggunakan istilah berbeza terhadap bentuk yang sama. Bagi akademik arab mereka kenali bentuk ini dengan istilah al-mismāriyyah . Dalam bahasa mudahnya juga dikenali tulisan paku

contoh tulisan paku dalam buku Cuneiform oleh Irving Finkel


selain dari buku A Handbook of Asian Scripts yang mengatakan tulisan rejang itu ditulis dalam bahasa melayu, dalam buku 
The Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia yang ditulis oleh Logan, James Richardson mengatakan :

  • Sunda untuk dikategorikan sebagai Melayu tulen
  • Wilayah Melayu dalam erti kata yang paling luas merangkumi orang-orang yang menggunakan abjad Rejang atau Renchong. Ini termasuklah Rejang, Serawi, Pasumah, Palembang &c (dan lain-lain), sebuah kawasan yang mempunyai keluasan sekitar 22,775 batu, yang memberikan keseluruhan wilayah Melayu satu keluasan permukaan sebanyak 79,825 batu dan jumlah penduduk seramai 1,331,650 orang.

Dalam buku The Encyclopaedia Britannica memberikan maklumat seperti berikut:

orang Melayu sememangnya memiliki abjad kuno, dan abjad tersebut adalah sama dengan huruf Rechang (Marsden, Friederich), atau Kawi (Van der Tuuk), atau paling menyerupai Lampong (Kern),—yang mana kesemua abjad ini, bersama-sama dengan abjad Batak, Bugis, dan Makassar, akhirnya boleh dikesan kembali kepada aksara Kemboja kuno.

Seorang sarjana Belanda-Kanada bernama Dr. Kim H. Veltman , yang membuat kajian evolusi abjad dan sejarahnya. mengupas

Ganga sebagai sebahagian daripada kaganga, terdiri daripada 3 huruf: ka ga nga. Sebagai Aksara Kaganga, ia merupakan satu abjad. Sebagai Gangga Melayu, ia merupakan satu abjad rahsia.

Dari petikan ini , boleh kita simpulkan abjad rahsia ini iaitu tulisan yang juga disebut ka ga nga ini adalah tulisan melayu ( gangga melayu )

Di awal penulisan , Afizie mengatakan rencong nampak seperti tulisan jepun ( klik disini ) . Mungkin pendapatnya adalah bersifat amatur dan bersifat rasa-rasa kerana bentuknya sama. Tapi bagi Dr. Kim H. Veltman iaitu : 

Apabila sesuatu abjad itu menggunakan versi ringkas atau subset daripada model asal, ia dipanggil sebagai surat atau ka ga nga (diambil sempena tiga huruf fonetik pertama: ka, ga, nga).

​Dalam Tulisan Jepun: Padanan atau setara bagi subset fonetik kaganga ini di dalam sistem tulisan Jepun ialah kanas atau ganas, iaitu Hiragana (Hirakana) dan Katakana.

Irving Finkel yang namanya telah disebut menulis buku bertajuk Cuneiform , jika lihat di sumber penjelasan beliau di video tiktok jelas verbatim bahasa tamadun mesapotamia kebanyakkan sebutannya adalah arab. Klik disini.

Sebuah kertas kerja untuk sistem tulisan kuno Gangga Melayu dimasukkan dan diberikan kod digital rasmi dalam Set Aksara Universal (Universal Character Set - UCS) / Unicode supaya tulisan ini boleh ditaip dan dipaparkan pada komputer atau peranti digital secara global di masa hadapan. Penulis kertas cadangan ini iaitu Anshuman Pandey dari Universiti Michigan memberikan maklumat :

Gangga Melayu ialah sebuah abugida yang berasaskan abjad Arab. Menurut C. O. Blagden, ia telah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu sehingga sekurang-kurangnya awal abad ke-20 dan merupakan sebuah 'abjad sifer' (cipher alphabet) atau 'skrip rahsia' (secret script).¹ Dalam A Dictionary of the Malay Language (1894),



Kredit kepada Fariz Asfar untuk gambar ini. Klik disini




💡 Abugida ialah sejenis sistem tulisan (atau aksara) di mana setiap huruf asasnya mewakili sepadan kombinasi satu konsonan bersama satu vokal lalai (default vowel). Biasanya, vokal lalai ini ialah bunyi /a/ (seperti dalam "ka", "ga", "nga").

​Untuk mengubah bunyi vokal lalai tersebut kepada vokal lain (seperti /i/, /u/, /e/, /o/), tanda kecil yang dipanggil tanda diakritik (atau dalam istilah tempatan seperti tulisan Jawi/Arab dipanggil baris atau harakat) akan ditambahkan di atas, di bawah, di hadapan, atau di belakang huruf asas tersebut.

sumber yang menunjukkan aksara gangga melayu dan arabic

klik disini jumpaan gambar diatas

Maklumat ini memberi gambaran , baik tulisan bangsa melayu atau verbatim bahasa melayu kuno adalah warisan sejauh zaman mesapotamia yang boleh dijejaki dalam dunia akademik yang telah alami evolusi dari masa ke semasa.

Rencong dari Kajian Prof Solehah

Menjawab soalan AU Qariah
saya nak Tanya.,maksud tulisan "tertua" tu adakah tertua di Dunia.?

Tulisan Rencong adalah tulisan asal bangsa induk Pentas Sunda

Tulisan Rencong adalah tulisan asal bangsa induk pentas sunda. Ia digunakan oleh bangsa ini sebelum tenggelamnya Pentas sunda sekitar sebelum 8,000 tahun yang lalu. Bermakna sebelum 8,000 tahun terdapat tamadun besar di Lembah Pentas Sunda yang dipercayai tanahnya beriklim savana. Ini terbukti dengan wujudnya piramid Gunung Padang sekitar 25,000 tahun  . Ia dibina dengan menggunakan batu2 megalit yang bermutu tinggi, ia terhasil dari letusan gunung berapi berjuta2 tahun dahulu. Maka dari batu megalit ini, bangsa Induk pentas sunda telah mencipta piramid yang berundak empat segi di puncak2 gunung di mana setiap tangga yang berundak empat segi itu mempunyai simen untuk menyambungkan setiap pundak yang dibina. Bentuk piramid yang terawal di dunia adalah berundak empat segi. Ia terhasil dari bangsa induk pentas sunda. Ini menunjukkan ia terhasil dari `man made` bukan `natural`. Sesungguhnya H. G. Wells telah terkhilaf mengatakan bahawa bangsa Aryan ini datang dari sekitar Lembah Indus. 

Padahal tamadun hebat sudah bermula di Timur jauh, iaitu pentas Sunda. Adapun bukti kemunculan bangsa Meluhha ini di Lembah Indus adalah hasil persinggahan mereka sebelum ke Mesopotamia. Para refugia dari pentas Sunda ini telah berhijrah ke Mesopotamia, antaranya menetap di wilayah Ur (tempat asal Nabi Ibrahim as), Uruk (tempat munculnya  Gilgamesh) dan Lagash, melalui pelabuhan Magan dan Dilmun. Penulisan Cuneiform dari bangsa Sumeria ini dikatakan menyerupai teknik tulisan rencong. Di mana rencong merupakan tulisan bersiku kerana ia ditulis atas buluh yang sukar untuk menulis dalam bentuk bulat (tulisan semitik). Justeru, tulisan ini terpisah dari keluarga tulisan Semitik. Tulisan Cuneiform pula ditulis atas tanah liat kerana di Mesopotamia tidak mempunyai buluh, atau penulisan atas kayu atau batang pokok tidak popular di sana. Justeru, pelarian dari pentas Sunda tadi mula mencipta tulisan tersebut di atas tanah liat. Kemudian tulisan atas tanah liat ini dinamakan oleh orientalis sebagai cuneiform. Hakikatnya, ia adalah konsep tulisan rencong yang dibawa memorinya oleh bangsa induk pentas Sunda ke sana. Bangsa yang dikenali sebagai Meluhha dalam catatan tulisan paku cuneiform ini dikatakan berintelektual tinggi di mana sistem perundangan, pendidikan dan sosial sudah wujud dalam kalangan mereka. Orientalis menamakan mereka ini Sumeria kerana mereka bukan bangsa Semitik. Mereka non-Semitic datang dari timur jauh. Mereka ini pembersih dan bertauhid. Justeru, ditulis dalam catatan-catatan cuneiform, nama mereka bermula dengan 'Me', bermaksud suci dan menyucikan, kerana sentiasa menjaga kebersihan. Di tempat mereka ada sejenis pokok yang mengeluarkan bau yang wangi, iaitu gaharu. Mereka menetap di tiga buah wilayah Ur (wilayah Nabi Ibrahim as), Uruk(wilayah didiami Gilgamesh) dan Lagash. Terdapat beberapa perkataan bahasa aglutinatif (non-Semitik, bahasa bangsa induk Pentas Sunda) yang didapati terdapat dalam tulisan cuneiform ini, antaranya perkataan Tukul (disebut dalam catatan perundangan sebagai senjata yang akan digunakan untuk menghukum). Mereka juga menggunakan perkataan berganda seperti K-Ur; K-Ur bermaksud gunung-gunung. Ia menyerupai teknik bahasa Melayu yang menggunakan tulisan berganda. Begitu juga pakar filologi Barat mengakui bahawa kata Parzillu atau Barzel itu bukan berasal daripada bahasa Semitik, melainkan kata pinjaman kuno daripada sebuah "peradaban asing yang jauh lebih tua yang telah hilang daripada rekod Timur Tengah" (Dercksen, 1992). Peradaban tua yang hilang itu ialah Pentas Sunda (Sundaland). Perkataan "Besi" ialah acuan sebutan asal daripada bahasa proto-induk sejagat sebelum berlakunya Banjir Besar Younger Dryas. Kelompok pelarian (refugia) membawa istilah ini ke Mesopotamia lalu dikodifikasikan menjadi Parzillu, manakala leluhur kita di Nusantara mengekalkan kemandirian sebutan asalnya menjadi kata Besi merentasi alaf. Di Asia Tenggara, bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa yang menggunakan istilah "Besi" untuk zat logam ini. Tamadun jiran seperti Thai (menggunakan Lek), Austroasiatik, mahupun dialek-dialek Cina menggunakan struktur bunyi yang berbeza sama sekali. Eksklusiviti ini menunjukkan bahawa kosa kata "Besi" terselamat (survived) sebagai warisan tulen daripada kodifikasi minda fitrah bangsa Nusantara di alam Melayu. Secara mikrolinguistik, laras fonetik Parzillu `Barzel` `Besi` menunjukkan kedekatan evolusi bunyi yang sangat intim dan selari. Pakar bahasa memperakui melalui rekod kamus The Assyrian Dictionary of the Oriental Institute of the University of Chicago (CAD) (University of Chicago, 1956-2010) serta pencerakian data Dercksen (1992) bahawa Parzillu/Barzel itu sendiri bukanlah perkataan asal golongan Semitik, melainkan kata pinjaman kuno daripada lapisan peradaban asing yang jauh lebih tua (Dercksen, 1992; University of Chicago, 1956-2010). Adapun Sanskrit Menggunakan "Ayas": Di dalam keseluruhan manuskrip purba India dan kamus bahasa Sanskrit kuno, perkataan asli untuk menamakan zat atau bijih besi ialah "Ayas". Analisis Perbandingan: Istilah Ayas langsung tidak mempunyai titik persamaan, asimilasi bunyi, mahupun struktur morfologi dengan kata Besi. Berdasarkan penelitian leksikografi A Sanskrit-English Dictionary oleh Monier-Williams (1899), kata "Vasi" di dalam Sanskrit pula hanya merujuk kepada alat perkakas seperti kapak atau pukulan tukul pada era yang lebih moden, bukannya nama asal bagi zat logam (Monier-Williams, 1899). Kesimpulan autonomi, sekiranya industri besi Melayu (seperti di Sungai Batu, Kedah) diasaskan oleh pemindahan teknologi dari India, masyarakat Melayu purba pasti akan memanggil logam tersebut dengan panggilan Ayas. Keberadaan istilah eksklusif "Besi" membuktikan minda kognitif rumpun Melayu menolak naratif Indo-sentris dan mengekalkan bahasa induknya sendiri.


Comments

Popular posts from this blog

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Melayu Jalur Keturah

Alam Melayu Adakah Agama Hindu Buddha