Pekan Yang Hilang - Kuala Kubu Baru

Ramai orang Melayu tak sedar yang kenapa nama Kuala Kubu Baharu itu dipanggil Baharu. Kalau ada baharu mesti ada istilah lama.

Itulah yang berlaku sekitar 1913 , sebuah pekan lama di kuala kubu ditimbus oleh banjir lumpur angkara aktiviti perlombongan bijih timah 


gambar janaan AI

Dengan jarak usia dari tahun 2026 sehingga 1913 , lebih kurang 113 tahun ramai tak tahu sebenarnya ada puing2x bangunan lama yang terbenam dalam tanah.

Sebuah case study dimana tak siapa yang tahu kewujudan pekan lama di lokasi kuala kubu baharu melainkan cerita dari mulut ke satu generasi ke 1 generasi mampu disampaikan. Lihat input dimana ada hasilkan orang lain hasilkan mural untuk kisah pekan lama tenggelam

Adakah kisah tenggelamnya pekan lama ini wujud di sumber lain. Jawapannya ada. Maklumat ini boleh dibaca di buku Six Years in the Malay Jungle oleh penulisnya yang pernah jejak kaki ke tanah melayu sekitar 1931.


Dalam bukunya , Carveth Wells memberitahu di muka surat 50 dan 51

"Sebagai contoh, apabila kereta api melalui Kuala Kubu, saya turun dan berjalan melalui jalan-jalan utama di sebuah pekan yang indah dengan laluan raya yang elok serta rumah-rumah bata yang dibina dengan baik.

​Enam tahun kemudian, saya melalui Kuala Kubu lagi, tetapi kelodak dari lombong-lombong bijih timah yang jauh di dalam kawasan pergunungan telah menyebabkan sungai melimpah, dan pekan tersebut telah ditimbuni kelodak pada kadar beberapa kaki setahun, sehinggakan apa yang tinggal dan boleh dilihat di kawasan bandar yang luas itu hanyalah bumbung-bumbung rumah sahaja. Di tempat yang mana enam tahun sebelum ini saya melihat sebuah jambatan keluli yang indah, kini menjadi longgokan besar kelodak merah, sehingga mencecah separuh ketinggian tiang rasuk keluli tersebut.

​Muasabah jambatan itu telah ditenggelami sepenuhnya menjelang waktu ini dan rumah-rumah tersebut telah lenyap sama sekali. Jambatan-jambatan di landasan kereta api di kawasan ini terpaksa ditinggikan beberapa kaki setiap tahun, dan lama-kelamaan keseluruhan landasan kereta api yang berhampiran pekan itu telah ditinggalkan dan dibina semula di kawasan pergunungan yang lebih tinggi."

Jika tiada sumber catitan oleh orang luar seperti Carveth Wells , pasti generasi sekarang rasa entah betul entah tidak seperti diberitahu oleh orang  tua sebelum mereka. antara yakin dan tak.

Antara contoh perkampungan manusia yang tertimbus dalam banjir lumpur di zaman 2025 ini adalah seperti yang berlaku di Acheh dengan mother of nature timbuskan dalam masa yang singkat.


Bayangkan  di tanah melayu yang lain, bagaimana samada aktiviti mother of nature atau aktiviti perlombongan manusia , masih  banyak tapak pekan , bandar , perkampungan , kubur , artifak , kota , tamadun yang hilang begitu sahaja.

Jadi untuk mengkaji tamadun alam melayu, kita tidak hanya perlu bergantung kepada bahan arkeologi semata-mata untuk mencari sesuatu yang hilang / ghaib disebabkan tertimbusnya samada di bawah permukaan air laut seperti dakwaan kota atlantis di  benua sunda atau di kawasan tanah sedia ada yang lain.

Yang kita ada/miliki berkemungkinan salinan yang berjaya diselamatkan contohnya salinan rencong di kerinchi dikatakan berusia abad ke 14. mungkin banyak lagi manuskrip purba yang tenggelam jauh dalam tanah sejak sekian lama.

Penerokaan terhadap manuskrip melayu yang ribuan di luar negara seperti di liden university , british library atau russia juga perlu diperhebatkan.

Catitan-catitan orang luar seperti Carveth Wells atau pengembara arab yang tidak dikenali juga patut di "scan" baca bagi memberikan maklumat yang lebih jelas dan menambah maklumat.

Penulis percaya , makin banyak kita baca , scan dan kaji makin banyak fakta mindblowing kita boleh temui tentang sejarah bangsa dan tanah air.

Comments

Popular posts from this blog

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu

Langkasuka - Kota Purba Yang Hilang