Lee Kwan Yiew

Sebut saja Singapura pasti akan mengaitkan kebijaksanaan Lee Kwan Yiew mentadbir Singapura sehingga dapat memajukan Singapura dari negara asia tenggara yang lain.

💡Tarikh lahir Lee Kuan Yew ialah pada 16 September 1923 di Singapura.

Soalannya adakah kemajuan yang dikecapi oleh Singapura itu dengan usaha bermoral tinggi , halal ataupun adil usahanya?

Contoh komen dimana anggap contoh terbaik dibawah Lee Kuan Yew.

Menurut kajian profesor sejarah dan hubungan antarabangsa dari Clark University, Amerika Syarikat iaitu George H. Blakeslee (1871–1954) beliau mendapati yang orang China belajar dari orang Arab tentang cara memproses popi untuk menjadi candu. Klik sumber George H. Blakeslee disini

Pada zaman Dinasti Tang (618–905 M).  tanaman popi di china adalah sekadar hiasan. pada dinasti ming (1368–1644) tanaman ini mulai dijadikan candu. Klik disini untuk maklumat lanjut.

Dari catitan Taw Sein Ko iaitu sarjana, pegawai kerajaan dan ahli arkeologi Burma (Myanmar) pada zaman penjajahan British , beliau mendapati opium banyak ditanam di Yunnan China. Klik catitan Taw Sein Ko  disini

Selepas kedatangan orang barat seperti portugis , mereka berlumba-lumba mahu menjadikan opium sebagai bahan dagang mereka. Klik disini untuk surat Alfonso de Albuquerque kepada rajanya untuk tanam opium

Semenjak kedatangan barat yang mahu memonopoli komoditi candu sebagai perdagangan ianya membawa permasalahan di Asia Tenggara. Ini boleh dilihat oleh kes Siam di mana Rama III bertekad untuk menghapuskan industri candu yang membawa pelbagai masalah jenayah yang ditimbulkan oleh Persatuan China Sulit . Pedagang-pedagang China dalam kartel candu ini semakin untung dan antara mereka merebut peluang menyebabkan pergaduhan yang menjadi ancaman kepada kerajaan Siam. Dimana ada British , disitu ada agen China untuk merancakkan industri Candu. Klik disini untuk kes di Siam.

Di semenanjung tanah Melayu , populasi China adalah tinggi di negeri selat ( Singapura , Pulau Pinang dan Melaka ) dan juga negeri Melayu Bersekutu. Disebabkan tanah Melayu dikuasai oleh British , maka kawasan-kawasan ini menjadi kawasan ekspolitasi candu dan menjadi pendapatan tinggi oleh British dan sekutunya agen China ( Persatuan China Sulit ).  Klik disini maklumat lanjut.

Hubungan dagang erat dan erat ini digunakan oleh Persatuan China Sulit ini untuk demand apa jua hasrat mereka dengan menggunakan British sebagai "majikan" mereka untuk berkata dihadapan pembesar atau pemerintah Melayu seperti kes tuntutan Pulau Pinang dari  Strait Chinese Bond Association . Klik disini untuk kupasan permintaan Strait Chinese Bond Association oleh Saudara Herman

Semua sedia maklum , British menjadikan Singapura sebagai pusat pentadbiran mereka untuk tanah Melayu. Sebuah penerbitan dari Gereja Seventh-day Adventist di Amerika Syarikat telah menerbitkan risalah mereka iaitu Listen pada 1951 ( Klik disini )  dengan fakta seperti berikut:

  • rumah candu Singapura untungkan kerajaan.
  • perokok candu mesti daftar dgn pihak berkuasa Singapura
  • Rumah candu, seperti bar dan kedai arak kita, mesti dilesenkan. candu haram pula kerap diserbu
  • pada tahun 1936, kilang proses candu dibina. Produksi ini mencukupi untuk kegunaan dalam negeri dan juga eksport.
Jadi dapat dilihat Singapura menjadi pusat kartel pembuatan candu dan menjadi hasil terbesar bagi poket British dan perniagaan China. Hampir 30 tahun lamanya kilang proses candu itu dibina sehingga Singapura keluar dari Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1965.

Dalam tempoh 30 tahun itulah denyut nadi keuntungan minimum perniagaan China setelah British tidak menguasai Singapura adalah teras keuntungan dari industri candu baik di tanah Melayu mahupun rangkaian perniagaan mereka di Siam.

Dalam kajian Drug Dependence And Abuse in Singapore boleh melihat aktiviti dadah dari deroin , marijuana dan lain lain lagi. Berikut adalah fakta am dari kajian buku ini iaitu :

  • Tay Han Long adalah "peladang opium" yg pertama di singapura
  • Pada tahun 1848 , 15,043 penghisap candu di kalangan orang China dari populasi 70,000 orang 
  • Sebelum meletus perang dunia ke-2 , 16,552 penghisap candu didaftarkan
  • sebanyak 28  "goverment chandu retailing shop" bagi menjual chandu.

Dalam kajian Secret Societies Reconsidered Perspectives On The Social History Of Modern South China And Southeast Asia adalah jelas kongsi gelap disana tidak hanya menjalankan kegiatan perniagaan candu tetapi juga perjudian, pelacuran, serta protection rackets . Sama seperti kegiatan haram rangkaian mereka iaitu Yap Ah Loy di Kuala Lumpur.

Bagi kegiatan pelacuran , buku The yellow Slave Trade: A Survey Of The Traffic In Women And Children In The East dirujuk.
Pada Chapter 11 bertajuk Singapore - City Of Sin menjelaskan kedudukan pulau itu. Disebabkan pulau itu diduduki oleh British , maka rumah pelacuran dibuka. Rumah-rumah ini dibuka untuk pelanggan dari orang eropah dan melayu tempatan. Bagi tiap-tiap "tuan" yang melanggan disini mempunyai gundik melayu. Bagi anak haram kacukan eurasian ini , bila baligh samada dijadikan gundik ataupun pelacur.Mereka dilahirkan cantik dan dijual secara terbuka.

Singapura adalah kubu terkuat dan simbol kekuatan British. Semakin ramai gadis dipaksa jadi pelacur untuk penuhi permintaan besar askar yang ditempatkan di situ.

Jadi perniagaan-perniagaan sebegini menjadi tulang belakang ekonomi british dan sekutunya taikun China.

Jadi, adakah baik Lee Kwan Yew mahupun Yap Ah Loy memajukan kawasan mereka dengan penuh bermoral? Fikir-fikirkan lah.🫰

Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu