Bumi Arab - Dimanakah?

Antara perkara yang belum dapat jawapan memuaskan dari mana-mana pihak iaitu lokasi dimanakah dikatakan bumi arab atau tanah arab.

Perkara ini dikonsikan oleh rakan tiktok kita iaitu Azy tentang lokasi bumi arab . Lihat video penerangan dia disini.

Sumber bumi arab dari buku Rihlatus Sirafi. Klik disini untuk lihat page maklumat tersebut

Mengikut maklumat dari sarjana India iaitu Mudaliyar C. Rasanayagam dalam bukunya Ancient Jaffna:   The History of Jaffna from Very Early To Portugese Period adalah seperti berikut.

"The island of Cala which is the mid passage between China and the country of Arabs" 

💡Cala yang dimaksudkan disini adalah Kedah Purba / Kedah Tua . nama lain adalah Kalah-bar

💡Sebelum abad ke-18 , wilayah asia tenggara atau indo-china masih ada kawasan digenangi air laut membentuk pulau termasuk semenanjung tanah melayu. klik disini

Klik disini maklumat tersebut untuk pulau Cala Berdasarkan tulisan Mudaliyar C. Rasanayagam tidak logik untuk mengatakan negeri arab itu di sebelah barat selepas kedah tua ( Cala ) dari point China kerana secara geografinya sudah tentu harus melalui benua India yang luas.

Dari University Of Madras dalam jurnal kajian mereka iaitu Arab Geographers Knowledge Of Southern India , dikawasan antara india dan china ( indo-china ) ada kawasan gurun . Klik disini . Selain dari ciri2x tanah arab iaitu gurun, pokok kurma juga wujud di kawasan indo-china. Klik disini

Dalam kajian Philip K. Hitti iaitu sarjana Arab-Amerika yang sangat berpengaruh dalam bidang kajian sejarah, budaya dan tamadun Arab-Islam menulis dalam bukunya iaitu History of the Arabs :

"Orang Arab namakan tempt tinggal mereka Jazīrat al-ʿArab, “Pulau orang Arab”, ia sebuah pulau, dikelilingi oleh air di tiga penjuru dan pasir di penjuru yang keempat.


Bila dilihat peta jazirah arab atau semenanjung arab , macam agak mustahil untuk dikatakan pulau memandangkan di bahagian utaranya yang massive daratan. Mungkin andaian ini salah , perlukan perincian geografi purba untuk kawasan ini.

Selain dari penjelasan tentang geografi, catitan mas'udi juga menumbulkan tanda tanya. Dalam catitan beliau dalam kitab Murūj al-Dhahab wa Maʿādin al-Jawhar atau The Meadows of Gold and Mines of Gems semua para nabi dan rasul ulul azmi termasuk nabi muhammad adalah berasal dari china dan india. atau kita boleh katakan di antara india dan china ( indo-china ) Klik disini maklumat tersebut.

Bukan setakat gurun , pokok kurma di kawasan indo-china wujud. Unta juga wujud dikawasan ini. Klik disini untuk maklumat lanjut.

Jadi agak sukar untuk menafikan bahawa tanah atau bumi arab itu di kawasan indo-china

💡 kawasan indo-china awalnya didiami oleh satu bangsa di malaya plateau . klik disini kajian oleh sejarahwan Vietnam


Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu