Gambar Para Nabi Termasuk Nabi Muhammad
Sebelum ini mungkin ada di antara kita telah melihat kupasan ustas2x di Malaysia yang menyampaikan kisah bagaimana raja Rom menunjukkan gambar2x para nabi seperti nabi Nuh, nabi Isa , nabi Ibrahim termasuklah gambar nabi Muhammad. Antara ustaz2x tersebut adalah:
ustaz Nazmin Karim ustaz Waddi Anuar ustaz Mohd Nazrul Nasir
Raja Rom yang dimaksudkan adalah Heraclius (Hirqal)
Butir2x raja tersebut :
- Nama : Flavius Heraclius Augustus
- Pemerintahan : 610–641 M
- Nama purba: Byzantium → Constantinople
- Nama moden: Istanbul
Tapi sejauh mana kebenaran tentang gambar para nabi & rasul yang disimpan oleh raja Rom tersebut?
Mengikut catitan pengembara arab seperti :
- Sulaiman at‑Tajir Abu Zaid as‑Sirafi dlm bukunya Akhbarus Sin wal Hind ( juga dikenali sebagai Rihlatus Ṣirāfī )
- Masudi dalam bukunya Murūj al-Dhahab wa-Maʿādin al-Jawhar ( dalam bahasa inggeris The Meadows of Gold )
mereka berdua mencatatkan pertemuan pedagang quraish bertemu dengan raja China di China yang menunjukkan gambar para nabi kepada pedagang quraish tersebut.
Mengikut raja China , di zaman itu raja2x yang berkuasa ada lima iaitu :
- iraq - raja segala raja
- china - kerajaan manusia
- turki - raja binatang buas. jiran china.
- india - raja gajah
- rom - raja para askar.
lihat petikan tersebut disini . Selain dari dialog raja china kenal dekat dengan raja2x yang berkuasa selain dia di dunia lain. Hubungan rapat raja China dengan raja lain seperti raja Turki juga dapat dilihat apabila raja China meminta bantuan raja Turki untuk membantunya mengalahkan pemberontakan Huang Ch’ao individu yang berjaya menghancurkan kerajaan raja China tersebut
Ini menunjukkan berkemungkinan salinan gambar asal dari simpanan raja rom disalin halus tepat oleh raja China. Ini dibuktikan kisah dari ustaz2x dalam video tersebut bahawa gambar2x dari tuhan kepada nabi adam dan diperolehi semula oleh Dzulkarnain dan seterusnya disimpan oleh raja Rom , berjaya disalin oleh raja China berikutan rajanya yang amat menitik beratkan seni lukis seawaktu pemerintahannya. Klik disini untuk melihat peristiwa beratnya seni halus raja China tersebut.
Jika benar salinan ini telah dibuat tidak mustahil salinan2x yang lain telah pun dibuat dan disimpan oleh lagi 3 raja lain seperti iraq , turki dan india berdasarkan hubungan rapat kelima2x raja yang berkuasa di zaman ini.
Dalam kisah perbualan raja China dan pedagang quraish itu turut menyatakan lokasi sebenar wilayah dimana para nabi seperti nabi Adam , nabi Nuh termasuk nabi Muhammad dilahirkan. Dimana ? 🤫
like tiktok
like facebook
Comments
Post a Comment