China Dulu VS China Modern
241 tahun selepas wafatnya baginda nabi Muhammad , raja china dengan gelaran Emperor Xizong ( dinasti Tang ) menaiki takhta . Raja China itu memerintah dari tahun 873 hingga 888 Masihi.
Pemerintahannya makmur. Ratusan ribu manusia pelbagai latarbelakang dan agama hadir tinggal di kota Canfu termasuklah kristian , islam , penyembah api dan lain lain lagi.
Adat dunia dan manusia. Walaupun dia dikatakan antara 5 raja di dalam dunia terhebat , kerajaannya hancur digulingkan oleh seorang individu Huang Chao atau dikenali dengan gelaran lain iaitu Baicha.
Selepas askar dikepalai Huang Chao bertempur bantuan tentera turki , kerajaan Emperor Xizong musnah. Kerajaan-kerajaan kecil yang dahulunya menghantar ufti dan mengakui kedaulatan raja china tersebut mulai bebas berkuasa penuh keatas kerajaan mereka masing2-masing dan merdeka. Emperor Xizong tidak lagi masuk campur apa jua urusan kerajaan-kerajaan kecil itu.
1061 tahun kemudian , kuasa china mulai bangkit di bawah pemerintahan Mao Zedong yang memerintah 1949 M. Tiada lagi corak pemerintahan beraja.
Kali terakhir China mengamalkan pemerintahan beraja (monarki ) adalah pada 1912 masihi dibawah maharaja Puyi, di zaman dinasti Qing . 37 tahun selepas itu barulah Mao Zedong memerintah China
Dan Mao Zedong mulai ingin menguasai kawasan timur. Lihat kupasan Dr Azmi USM tentang Mao Zedong mahu kuasai sampai Selat Melaka.
Comments
Post a Comment