Sungkurnya Kesultanan Di Nusantara

Artikel saya buat kerana timbul plot3x fakta yang kesultanan di nusantara berada di era kemerosot. Merosot disebabkan dibelenggu kehadiran penjajah barat di sekitar nusantara. Menyebabkan kerajaan-kerajan di nusantara berpecah dan di dominasi oleh penjajah luar contohnya seperti

  1. Semenanjung malaysia + Sabah Sarawak = British & James Brook
  2. Filipina = dibawah Sepanyol
  3. Indonesia = dibawah Belanda
Dimana sahaja tanah di nusantara mereka kuasai. Membuat perjanjian sesama mereka untuk kuasai , menyedut hasil galian tanah yang mereka jajah dan menjadi tuan di tanah yang mereka kuasai.

Ditanah semenanjung Melayu contohnya, kita sering disajikan dengan peristiwa kemusnahan kota Melaka oleh Portugis dan perang musuh bisik yang didalangi British pro Siam.

Kehadiran mereka yang masuk awalnya secara damai dan untuk berdagang adalah alasan mudah untuk bertapak di mana-mana kerajaan. Disebalik niat baik mereka , jelas matlamat mereka untuk gold , glory dan gospel . Klik sini untuk melihat tiktokers sir syahmi menjelaskan tentang gold , glory dan gospel ( 3G )

Setelah pertembungan mereka di timur tengah hendak menguasai palestine dan sebagainya, kemaraan mereka berkobar hendak meluaskan penjajahan disebabkan mereka berjaya menguasai bumi Mesir dan Syria.

Dengan kisah-kisah dari kitab2x suci mereka tentang lagenda emas di timur, mereka mengorak langkah.

Percubaan demi percubaan dilakukan mereka untuk merampas semenanjung tanah Melayu contohnya. Sampai gelombang ke-2 oleh portugis mereka berjaya merobohkan kota Melaka pada 1511.

Sekadar mengambil contoh 4 kerajaan iaitu Melaka dan Mataram di pulau Jawa , Ternate di kepulauan Maluku ( sekarang dikawasan timur indonesia ) dan kerajaan Kedah kita dapat melihat bagaimana kehadiran mereka membawa kehancuran satu persatu.

Selepas kejayaan portugis merobohkan kota melaka pada 1511 , cubaan Belanda pula untuk menguasai kepulauan Jawa dengan berhadapan kesultanan Mataram. Dan mereka berjaya menjatuhkan kesultanan Mataram dibawah  pemerintahan sultan Agung.


Scene selepas Belanda menghadap sultan Agung dengan hasrat untuk berdagang

Walapun peristiwa kejatuhan Melaka dan Mataram berlaku dengan sela masa yang rapat , giliran kesultanan Ternate pula untuk dirobohkan dengan kehadiran portugis pada 1512 ( setahun selepas kejatuhan kota Melaka ) di Ternate. 

Fakta
  1. surat melayu tertua ditulis oleh raja Ternate iaitu Sultan Abu Hayat pada tahun 1521 kepada raja John III Portugal.
  2. Surat disimpan di Arquivo Nacional da Torre do Tombo, iaitu Arkib Negara Portugal di Lisbon.
  3. Ucapan hormat dari Sultan Ternate kepada Raja Portugal.
  4. Pengiktirafan hubungan persahabatan antara Ternate dan Portugal.
  5. Permintaan bantuan tentera dari Portugis untuk melindungi Ternate daripada musuh.
  6. Hadiah atau ufti yang dihantar sebagai tanda persahabatan.
Setelah bergelumang melawan Portugis dan Sepanyol , akhirnya mereka tersungkur dibawah penguasaan Belanda pada 1607.

Walapun 310 tahun selepas kejatuhan kota Melaka, giliran kerajaan Kedah pula tersungkur jatuh oleh Siam yang didalangi oleh British yang sememangnya berhasrat untuk menguasai semenanjung tanah Melayu. Tanpa keterbabitan raja raja Melayu di semenanjung , mereka membuat perjanjian antara Siam untuk gariskan sempadan dan dengan belanda untuk kuasai tanah dan pulau di sebelah selatan semenanjung.

Antara bentuk kelemahan oleh kerajaan kesultanan Melayu contohnya boleh dilihat permintaan Siam untuk menyerahkan negeri Terengganu dibawah penguasaan British tanpa melawan. Klik sini untuk kajian dapatan ini

Kata pengkaji tersebut contohnya untuk Perjanjian Bangkok 1909 , tanah Melayu ini jadi bahan dagangan dan aturan aje. Raja-raja melayu tidak diperlukan pun dalam pencaturan perjanjian ini.

Hampir 400 tahun kerajaan kesultanan di nusantara bergelumang dengan taktik halus penjajah dan sifat bermuka muka mereka bagi mewujudkan sengketa antara mana mana pihak yang memberikan keuntungan dan kelebihan mereka.

Adakah kita tidak pernah belajar dari sejarah? Bersatu kita teguh, bercerai pasti roboh seperti yang telah berlaku pada kerajaan sebelumnya.

Comments