Siam VS Tai

Pada tahun 1880an , Raja Hawai iaitu Kalakaua telah melakukan penggembaraan ke seluruh dunia. Pengembaraan ini telah dibukukan oleh Armstrong, William N bertajuk Around The World With A King


Dalam banyak kerajaan atau kawasan yang dilawatinya adalah kerajaan Siam yang dikuasai oleh Rama V. Dalam perbualan dua hala antara mereka mereka mengaku mereka berasal dari orang Melayu.

Sumber :  Around The World With A King di mukasurat 127

Tidak hairan , pengkaji alam Melayu seperti puan Zaharah Sulaiman pernah menyatakan bahawa orang Siam itu adalah orang Melayu. Lihat video puan Zaharah disini

Banyak kekeliruan dari pihak orang Melayu kita tentang Siam. Antaranya adalah siapakah yang menyerang Kedah seperti di perang Musuh Bisik. Ramai yang sebut "Siam Perut Hijau" menyebabkan kita anggap orang siam itulah yang serang Kedah.

Dari video Dr Azmi jelas yang menyerang kedah itu bukanlah orang siam. Klik disini video Dr Azmi . Jadi siapakah mereka yang serang Kedah ? Mereka adalah manusia dari utara indo china yang masuk membelah kawasan siam dikenali sebagai Tai. Mengikut kajian saudara Herman , yang menguasai ligor pada ketika itu adalah orang Cina yang kuasai Ligor. Dari cina lah nie yang lancar serangan keatas Kedah. Klik video disini 

Dalam buku Angkor and the Khmer Civilization menerangkan

"Keluarga bahasa Tai, yang mana Thai sebenar dan Lao merupakan ahli utamanya, mewakili suatu kemasukan dari tanah asal di selatan China pada abad ke-12 dan ke-13. Ahli arkeologi Donn Bayard mencadangkan bahawa bahasa-bahasa ini dibawa masuk oleh kumpulan bersaiz kecil, yang mungkin terdiri daripada tidak lebih daripada sebuah keluarga diraja dan sebuah tentera tetap yang kecil. Kepentingan politik menyebabkan penduduk tempatan (kemungkinan besar penutur Mon-Khmer) mengamalkan bahasa tersebut. Walau bagaimanapun, kemasukan ini telah “membelah bahagian tengah Asia Tenggara”, seperti yang dinyatakan oleh Profesor Shorto, dengan memisahkan kawasan penutur Mon-Khmer "

Dalam buku Lords of Life A History Of The Kings of Thailand menerangkan

"Pergerakan orang Tai berlaku sepanjang empat lembah sungai besar. Kumpulan di sebelah barat tiba di Sungai Salween dan menetap di utara kawasan orang Mon; mereka kemudian dikenali sebagai Shan (negeri mereka kini menjadi sebahagian daripada Republik Burma/Myanmar). Puak-puak di sebelah timur pula bergerak menyusuri Sungai Mekong atau berhenti di sekitar empat punca Sungai Chao Phraya, dan semua puak tersebut secara kolektif dikenali sebagai Lao.

Kumpulan di tengah memilih lembangan Sungai Chao Phraya (yang lebih dikenali dalam geografi Barat sebagai Menam). Perkataan Tai “Menam” secara harfiah bermaksud “ibu air” dan merupakan istilah yang digunakan untuk sungai. Golongan Tai di tengah ini tidak pernah mempunyai nama lain selain nama bagi keseluruhan bangsa mereka—Tai—dan hanya selepas mereka membentuk sebuah negara, yang mengambil masa ratusan tahun, barulah mereka dikenali sebagai Siam (Siamese), sempena tanah yang mereka diami."

Pada awalnya bangsa Thai berselerak. Mereka duduk dalam mukim nama mueng. Diketika itu mereka tinggal dibawah pemerintahan Khmer. Lama kelamaan  mereka jadi pembesar dan bentuk kingdom.

Pada awal abad ke 13 , mereka membentuk kesatuan thai  dengan mendirikan kerajaan bernama suku tai ( sukhotai ) .

Kerajaan Sukhothai yang bebas telah diperintah oleh Dinasti Phra Ruang yang mempunyai 6 orang raja. Kejayaan Raja tersebut dalam membebaskan rakyatnya daripada penguasaan Khmer telah menarik minat T’ai Chaos dari Mueng-mueng (daerah) berhampiran yang kemudiannya datang untuk tunduk setia kepadanya, sekali gus menjadikan Sukhothai sebagai batu asas kepada Kerajaan Siam atau Thailand di masa hadapan. Jika tempat itu dahulunya dipanggil Sayam dan ditukar kepada Sukhothai oleh orang T’ai, Pada tahun 1854  Sayam mengambil nama T’ai.”

Bagai bangsa Tai mereka telah berkahwin dan asimilasi dengan orang Cina. Dalam buku Lords of Life A History Of The Kings of Thailand di mukasurat 151 menerangkan


"perkahwinan campur yang berkembang pesat atau semakin meningkat, memandangkan hampir tiada wanita Cina yang datang ke Siam, majoriti masyarakat Cina kekal kecil kerana orang Cina dengan cepat diserap ke dalam bangsa T'ai dalam semua lapisan masyarakat. Keturunan mereka berasa bangga dilahirkan sebagai T'ai, walaupun mereka sentiasa mengekalkan latar belakang budaya Cina mereka, seperti pemujaan nenek moyang bersebelahan dengan bentuk agama Buddha T'ai yang baru dianuti. Kewujudan minoriti Cina yang berterusan adalah disebabkan oleh penghijrahan yang berterusan, dengan jumlah kira-kira 15,000 orang setahun menjelang penghujung pemerintahan ini."

Di satu sisi yang lain di tanah besar China satu pergolakan besar berlaku antara ketua pemberontakan yang diketuai oleh Huang Chao atau dikenali Baicha terhadap maharaja China. Maklumat ini dicatitkan dalam 
  1. Masudi From The Meadow of The Gold Lihat maklumat disini
  2. Ancient Accounts of India and China . Lihat maklumat disini
Massacre berlaku di kota khanfa dengan kematian jiwa seramai 200,000 orang terbunuh dari kalangan Muslim, Kristian, Yahudi & penyembah api samada dibunuh dengan pedang mahupun dilemaskan. 

Di Khumdan , ketumbukan Huang Chao yang seramai 300,000 mara ke kota istana maharaja China terakhir. Dengan kekuatan 100,000 pahlawan maharaja China yang terakhir , pertempuran berlaku hampir selama sebulan.  Lihat maklumat disini

Akhirnya maharaja China kalah dan melarikan diri ke sempadan Tibet dikenali bandar Mdo. Di bandar sana maharaja China memohon bantaun kepada Uighyur Khan. Dengan kekuatan 400,000 tentera dari pihak Uighyur Khan akhirnya tentera ketua pemberontakan dihapuskan . 

Dalam catitan masudi dikatakan ketua pemberontak iaitu Huang Chao samada terbunuh dalam peperangan atau mati lemas. Lihat maklumat disini

Mengikut maklumat lain , peperangan pertempuran Uighyur Khan dengan Huang Chao berlaku di sekitar 884 Masihi ( abad ke-9 )

Soalannya apakah yang berlaku kepada saki baki tentera kepada ketua pemberontakan  Huang Chao itu tadi. Kita tahu diawal penerangan tadi dari buku Angkor and the Khmer Civilization , bangsa Tai masuk ke tanah selatan atau tanah khmer pada  abad ke-12 dan ke-13

maklumat tambahan

raja rama III adalah raja melayu bernama Nang Klao  . Memerintah pada 1824 sehingga 1851 . Klik disini maklumat lanjut

--------------------------------------------------------

Raja Siam yang berjumpa dengan Raja Hawaii, Kalākaua, ialah Chulalongkorn atau Rama V (Raja Rama Ke-5). Baginda memerintah Siam dari tahun 1868 hingga 1910. �

Encyclopedia Britannica +1
Kalākaua singgah di Siam pada tahun 1881 semasa lawatan mengelilingi dunia. Ketika itu, Raja Chulalongkorn (Rama V) menerima baginda sebagai tetamu diraja di Bangkok dan kedua-dua raja tersebut bertemu secara rasmi.

--------------------------------------------------------

Lords of Life A History Of The Kings of Thailand , candu , opium , king rama , british , cina

"Seperti ayahnya, Rama III bertekad untuk membebaskan negaranya daripada kejahatan candu, dan dalam beberapa kes, pengampunan telah dijanjikan jika dadah tersebut diserahkan. Perdagangan ini sebahagian besarnya berada di tangan orang Cina dan ia menyebabkan lebih banyak jenayah berbanding sebelum ini kerana ia dikendalikan oleh kongsi gelap Cina yang ditubuhkan di Siam buat kali pertama dalam pemerintahan ini. Pedagang Cina membeli candu yang ditanam di India daripada pedagang British dan kemudian menjualnya di Siam.

​Perdagangan ini sangat menguntungkan sehinggakan kongsi-kongsi gelap Cina mengalami pertelingkahan sengit sesama mereka, yang mengakibatkan pergaduhan ganas sehingga menjadi ancaman kepada keselamatan awam. Kerajaan Rama III mengambil tindakan tegas untuk membubarkan kongsi-kongsi gelap ini, dan terdapat satu operasi besar-besaran di wilayah-wilayah apabila seramai 3,000 orang Cina terbunuh. Kesemua operasi ketenteraan ini menelan belanja yang besar bagi pihak Kerajaan."


Comments

Popular posts from this blog

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Alam Melayu Adakah Agama Hindu Buddha

Melayu Jalur Keturah