Jawa - Dimanakah?

Dalam banyak perkara antara yang menjadi kekeliruan adalah bila disebut Jawa , ramai antara kita anggap Jawa yang dimaksudkan adalah di lokasi modern sekarang iaitu Pulau Jawa / Pulau Yawan

đź’ˇistilah bahasa sanskrit : yawandripa . dripa atau jawadripa bermaksud pulau 

Adakah benar itu tafsirannya lokasi Yawan atau Jawa di geografi modern untuk istilah Pulau Jawa ?

Kedudukan Pulau Jawa yang secara default dalam pemikiran seseorang

Mengikut channel Asisi yang fokus membicarakan subjek sejarah di Indonesia , apabila membicarakan tentang "jawadripa yang sekarang ini ( merujuk kepada Pulau Jawa ) , belum tentu tidak" 

Bagi pencarian dan kajian mereka , mereka sendiri tiada kepastian sebenarnya.

Jika dilihat dari kajian Guru Gembul sebutan jawa bagi orang luar bukanlah benar-benar merujuk kepada orang di Pulau Jawa sekarang. Klik disini video Guru Gembul . Kekeliruan ini berlaku kerana pengenalan manusia nusantara atau rujukan orang luar kepada apa yang dipanggil jawa atau orang jawa berlaku pertembungan perdagangan di luar kawasan nusantara. Misalnya pelayar arab atau eropah bersua dengan manusia kulit berbeza dengan mereka samada gelap atau sawo matang di lokasi India. Dan sudah tentu identik jawa pada pemikiran mereka orang tersebut dengan bentuk kapal sebegitu. Apabila sampai ke wilayah nusantara , barulah mereka lihat lebih banyak kapal berbentuk sama yang sebelum ini di India berada di wilayah nusantara.

Bagi pengkaji sejarah non academic seperti Asisi dan Guru Gembul kelihatan pulau jawa pada zaman purba dulu bukanlah pulau jawa di timur wilayah nusantara sekarang.Kerana impression orang luar terhadap pengenalan awal orang jawa seawalnya berlaku di kepulauan sumatera seawalnya.

Pengenalan kemeriahan kapal orang jawa berlaku bila orang luar seperti orang arab atau portugis sampai ke wilayah nusantara samada dimaksudkan kepada kebarangkalian tanah sumatera sekarang atau semenanjung tanah melayu

Geografi nusantara di zaman pasca sundaland dilimpahi air laut adalah berbeza dari zaman sekarang. Mengikut sarjana India seperti Amarnath Das mendapati sehingga abad ke-18 sekalipun semenanjung tanah Melayu masih berbentuk pulau. Bukanlah berbentuk semenanjung yang kita fahami geografi masa kini. Klik disini kajian Amarnath Das  . Dan lebih menarik kajian beliau , bentuk geografi semenanjung tanah melayu sewaktu mode pulau adalah berbentuk seperti barli.

Ini menyanggah untuk kita mengatakan istilah jawa itu iaitu barli / gandum atau  bijirin sekalipun adalah merujuk kepada :

  • pulau yang banyak ditanam barli / gandum atau bijirin sekalipun
  • atau , pulau dimana penduduknya memakan barli / gandum / bijirin untuk dirujuk sebagai pulau jawa / yawan
Penerangan jambudripa dan sundaland disampaikan oleh Guruji Ananda Krishna

Jadi , istilah yawandripa , jambudripa atau sundaland, hanyalah istilah merujuk kepada bentuk geografi pada zaman dahulu

Menurut seorang pegawai Belanda di Hindia Timur dan juga penulis sejarah iaitu Jacques Willem Moens (1880–1961) ,  Jawa yang dimaksudkan adalah di semenanjung tanah Melayu. Klik disini highlight maklumat Jacques Willem Moens oleh Prof Dr Slamet Muljana

Siapa je yang tak kenal Faxian. Seorang tokoh yang berkelana dari tanah Sri Lanka ke Guang-zhou China untuk mempelajar ajaran buddha. Antara rekod terawal yang mencatatkan perincian penggembarannya 1,300 tahun sebelum pulau melayu ( sebelum abad ke-18 ) menjadi berbentuk semenanjung mengikut kajian Amarnath Das pada awal artikel ini.

Penerangan Faxian tentang Jawa

Dalam maklumat dari sumber 
A Record Of Buddhistic Kingdoms . Klik disini sumber Faxian , jawa yang dimaksudkan bukan sekadar pulau, malahan merujuk kepada sebuah negara. Jika kita di posisi juragan atau kapten kapal laluan pelayaran dari India ke China ( atau vice versa ) haruslah laluan yang paling singkat dan mengelakan risiko untuk tempuhi laluan merbahaya seperti ribut taufan. Lagi jauh dari laluan terdekat lagi merbahaya perjalanannya.


Kebarangkalian perjalanan less risk mungkin diambil juragan / kapten kapal untuk ke point negara Jawa. Jadi dimanakah lebih singkat mahu ke China dari India? mahu lalui laluan berair di segenting kra atau laluan ke Pulau Jawa sekarang yang jauh ke selatan menempuhi Laut China Selatan?

Berdasarkan analisa jarak perjalanan dari Sri Lanka ke Guangzhou China adalah tidak berasas untuk ke lokasi pulau jawa geografi zaman sekarang. Lihat analisa yang diperolehi.

Maklumat dari Tome Pires mendapati laluan selat melaka belum pernah dijumpai , menyebabkan laluan default mereka ke pulau jawa ( zaman tome pires ) adalah melalui selatan sumatera menuju ke Pulau Jawa dan Pulau Moluccas. Klik info disini.

Antara yang boleh difikirkan dari catitan Faxian , Jawa juga tidak sekadar istilah pada orang luar yang berpengalaman melalui wilayah tersebut seperti Marco Polo atau Faxian mungkin sahaja Java the Less ( atau sebenarnya sebuah negara / kawasan pemerintahan bernama Jawa.


Kajian oleh Amarnath Das apa yang dimaksudkan oleh Java , the Less oleh pengembara eropah seperti Marco Polo

Tidak hanya kepada pengembara eropah , pengembara China malahan pengembara luar seperti Arab dan Parsi juga mengikut kefahaman istilah mereka adalah Javanas sahaja . Klik disini untuk kajian Dr Carls Peters . Semua ini memberi maksud pelbagai kelompok manusia atau pengembara memanggil istilah yang berbeza jika menyebut Jawa.

Dapat dilihat untuk zaman modern , manusia modern sekarang adaptasi istilah istilah manusia zaman dahulu untuk merujuk kepada komuniti mahupun sesetengah pulau sepertimana komuniti Sunda yang diambil sempena nama geografi zaman purba iaitu satu benua berbentuk kepala gajah ( sebutan sanskrit : Sund ) ataupun Pulau Jawa dari istilah asal Jawa ( sebutan sanskrit : Yawan )

Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu