Posts

Showing posts from September, 2025

Bahasa Kebangsaan India

Image
  Semalam gua sempat berborak-borak dengan warga nepal-india ( dual citizen ) seperti dalam gambar diatas. Dalam perbualan tersebut , antara yang menariknya adalah bahasa kebangsaan India. Dari maklumatnya , jelas yang di negara India, bahasa dalam parlimen atau surat menyurat kerajaan adalah bahasa Inggeris. Walaupun mereka dalam sebuah negara mempunyai pelbagai bahasa seperti hindi seperti bahasa filem-filem india atau tamil , bagi bahasa penyatuan negara India modern masakini , mereka saling enggan atau tidak akui bahasa peribumi lain untuk dijadikan bahasa penyatuan pelbagai kaum dan ras. Untuk atas masalah tersebut , mereka terpaksa pakai bahasa penjajah Inggeris untuk atasi masalah tersebut.

Parameswara - Siapa?

Ramai antara kita kenal dengan Parameswara . Seorang individu yang membuka Melaka. Tapi sedarkah anda , Parameswara itu hanya gelar / pangkat. Bukan nama sebenar? Jika dilihat dalam kajian Bijan Raj Chatterji dalam bukunya Indian Cultural Influence In Cambodia , Jayawarman II juga memakai gelar Parameswara. Beliau adalah raja Kemboja teragung yang menaiki takhta pada 802 masihi ( 724 masihi ). Gelaran ini diberi setelah beliau meninggal dunia ( anumertanya ) . Parameswara bermaksud Tuhan Tertinggi iaitu Siwa . Di bahagian C batu bersurat Sdok Kak Thom mencatatkan kisah memperingati  Jayavarman II dengan rujukan Duli Tuanku Parameswara Di selatan India juga ada raja yang memakai gelar Parameswara  iaitu di kerajaa Pallava , dengan nama Parameswara Varman II . dikatakan hidup sekitar 731 AD.

Jawa - Dimanakah?

Image
Dalam banyak perkara antara yang menjadi kekeliruan adalah bila disebut Jawa , ramai antara kita anggap Jawa yang dimaksudkan adalah di lokasi modern sekarang iaitu Pulau Jawa / Pulau Yawan 💡istilah bahasa sanskrit : yawan dripa . dripa  atau jawa dripa bermaksud pulau   Adakah benar itu tafsirannya lokasi Yawan atau Jawa di geografi modern untuk istilah Pulau Jawa ? Kedudukan Pulau Jawa yang secara default dalam pemikiran seseorang Mengikut channel Asisi yang fokus membicarakan subjek sejarah di Indonesia , apabila membicarakan tentang "jawadripa yang sekarang ini ( merujuk kepada Pulau Jawa ) , belum tentu tidak"  Bagi pencarian dan kajian mereka , mereka sendiri tiada kepastian sebenarnya. Lihat disini rakaman tersebut Jika dilihat dari kajian Guru Gembul sebutan jawa bagi orang luar bukanlah benar-benar merujuk kepada orang di Pulau Jawa sekarang. Klik disini video Guru Gembul  . Kekeliruan ini berlaku kerana pengenalan manusia nusantara atau rujukan orang lu...

Srikandi - Satu Analisa

Image
Secara jujurnya , memang penulis muak dengan rancangan tv untuk drama melayu amnya yang menampilkan kisah modern masakini yang dialognya daddy , papa ... bahasakan diri I , you .., scene memekik memekak , nada tinggi memekik nak bergaduh. Dan dah lama tak buka tv untuk meneliti drama-drama di tv melayu. Buka Netflix pun , kebanyakan masa scroll atas bawah. Pun tak tengok penyudahnya. Akhirnya untuk drama tv terutama di tv1 menayangkan drama tajuk Srikandi . Melihat vt nya aja di media social dah membulat mata penulis melihat scene ratu mewah aksesori di badan. Dan semalam 15 Sept 2025 ,  tv1 menayangkan drama tersebut. Untuk tayangan sebegini penulis nak lihat apa nilai yang dihidangkan kepada penonton. Sebagai krew filem yang terbabit langsung dalam filem shooting Pahlawan Mat Kilau ( versi 1 ) , Pahlawan Rentap dan dan lain-lain sudah tentu mata penulis akan nilai on set atau di lapangan seperti props , wardrobe , special effect , pyro , skrip dan lain-lain. Sebagai pencinta d...

Lee Kwan Yiew

Image
Sebut saja Singapura pasti akan mengaitkan kebijaksanaan Lee Kwan Yiew mentadbir Singapura sehingga dapat memajukan Singapura dari negara asia tenggara yang lain. 💡Tarikh lahir Lee Kuan Yew ialah pada 16 September 1923 di Singapura. Soalannya adakah kemajuan yang dikecapi oleh Singapura itu dengan usaha bermoral tinggi , halal ataupun adil usahanya? Contoh komen dimana anggap contoh terbaik dibawah Lee Kuan Yew. Menurut kajian profesor sejarah dan hubungan antarabangsa dari Clark University, Amerika Syarikat iaitu George H. Blakeslee (1871–1954) beliau mendapati yang orang China belajar dari orang Arab tentang cara memproses popi untuk menjadi candu. Klik sumber George H. Blakeslee disini Pada zaman Dinasti Tang (618–905 M).  tanaman popi di china adalah sekadar hiasan. pada dinasti ming (1368–1644) tanaman ini mulai dijadikan candu.  Klik disini untuk maklumat lanjut. Dari catitan Taw Sein Ko iaitu sarjana, pegawai kerajaan dan ahli arkeologi Burma (Myanmar) pada...

Bumi Arab - Dimanakah?

Image
Antara perkara yang belum dapat jawapan memuaskan dari mana-mana pihak iaitu lokasi dimanakah dikatakan bumi arab atau tanah arab. Perkara ini dikonsikan oleh rakan tiktok kita iaitu Azy tentang lokasi bumi arab . Lihat video penerangan dia disini . Sumber bumi arab dari buku Rihlatus Sirafi. Klik disini untuk lihat page maklumat tersebut Mengikut maklumat dari sarjana India iaitu Mudaliyar C. Rasanayagam dalam bukunya Ancient Jaffna:   The History of Jaffna from Very Early To Portugese Period adalah seperti berikut. "The island of Cala which is the mid passage between China and the country of Arabs"  💡Cala yang dimaksudkan disini adalah Kedah Purba / Kedah Tua . nama lain adalah Kalah-bar 💡Sebelum abad ke-18 , wilayah asia tenggara atau indo-china masih ada kawasan digenangi air laut membentuk pulau termasuk semenanjung tanah melayu. klik disini Klik disini maklumat tersebut untuk pulau Cala  Berdasarkan tulisan Mudaliyar C. Rasanayagam tidak logik untuk men...

Candu di Singapura

Majalah Listen adalah majalah keluaran di Amerika Syarikat dari Gereja Seventh-day Adventist . Dalam penerbitan mereka pada tahu 1951 , mengupas tentang industri Candu di Singapura. Antara kupasan dari majalah tersebut adalah seperti berikut seperti berikut . Sila klik disini Berikut adalah maklumat lanjut bagi maklumat dari majalah ini. 👇 Konteks Sejarah Opium di Singapura (abad ke-19 – pertengahan abad ke-20) 1. Opium sebagai sumber hasil kolonial Sejak zaman British East India Company hingga pentadbiran kolonial British, candu (opium) dijadikan salah satu sumber hasil kerajaan. Kerajaan kolonial menjual candu melalui sistem monopoli dan lesen rasmi, dikenali sebagai opium farms. Hasil candu ini boleh menyumbang sehingga lebih 50% daripada pendapatan kerajaan Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements) (Singapura, Melaka, Pulau Pinang) pada abad ke-19. 2. Pengguna utama candu Kebanyakan pengguna ialah pekerja imigran Cina, terutamanya buruh lombong bijih timah dan pekerja pelabuha...