Tamadun Melayu - Lokasi Sungai Batu Kedah

Tahniah diucapkan kepada Prof Dato Dr. Mokhtar dan pasukan mereka kerana berusaha untuk mengkaji tapak sejarah Sungai Batu Kedah iaitu tempat peleburan besi zaman kuno. Dengan usaha kajian ini pihak mereka berjaya menerbitkan artikel kajian berilmiah yang boleh diakses di Science Direct Bagi yang baru kepada persekitaran artikel atau jurnal ilmiah ini, 

Science Direct ini adalah sumber kajian ilmiah dalam pelbagai bidang. Dalam erti kata lain, untuk menerbitkan jurnal / artikel ini pihak yang submit permohonan kena menjalankan pelbagai ujikaji dan melihat pelbagai hasil kajian sebelum di luluskan oleh mereka yang menilai di dalam Science Direct. 

Usaha permohonan ini telah dijalankan oleh pihak University Sains Malaysia dengan peruntukan geran kerajaan Malaysia. Hasil dari kajian ini menunjukkan penduduk atau manusia di kawasan sungai batu telah wujud 788 BC ( 2810 tahun yang lepas )  dan memiliki teknologi maju untuk know-what dan know-how untuk mencairkan sumber asli iaitu bijih besi di kawasan Kedah. 

 Seperti yang kita tahu, di zaman modern sekarang untuk mencairkan besi memerlukan suhu tinggi yang bersesuaian dan ramuan penghasilan jongkong besi yang akan menyebabkan produk besi itu terbaik, lebih ringan dan kukuh. Dalam erti kata lain, nenek moyang yang wujud di kawasan itu sebelum 788 BC memiliki intektual tinggi untuk kerja peleburan yang luas dari sungai batu sehingga ke kawasan selatan Thailand. 

Dari aspek ketamadunan, manusia pandai meleburkan besi ini pada 788 BC yang dikeluarkan baru-baru ini match dengan kajian plotting ketamadunan Professor Dr Solehah Yaacob di dalam bukunya iaitu Revolusi Bahasa dan Asas Tamadun 3 tahun lepas ( terbitan 2020 ) Jelas plotting 3 tahun lepas vs kajian carbon dating, nenek moyang orang Melayu sibuk melebur besi pada zaman awal besi semasa kewujudan Nabi Daud.

Banyak lagi perkara boleh dibahas hasil dari kajian ini, seperti kenapa tiada tinggalan produk akhir buatan besi seperti asas peralatan mudah seperti pisau untuk melapah, tombak atau parang untuk sembelih haiwan seperti lembu di kawasan yang luas. Atau soalan siapakah yang memborong jongkong besi terbaik itu di zaman purba?  Sama-sama kita selongkar misteri ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mantera Alam Melayu

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Candu Di Tanah Melayu