Posts

Showing posts from July, 2025

China Dulu VS China Modern

241 tahun selepas wafatnya baginda nabi Muhammad , raja china dengan gelaran  Emperor Xizong ( dinasti Tang ) menaiki takhta . Raja China itu memerintah dari tahun 873 hingga 888 Masihi. Pemerintahannya makmur. Ratusan ribu manusia pelbagai latarbelakang dan agama hadir tinggal di kota Canfu termasuklah kristian , islam , penyembah api dan lain lain lagi. Adat dunia dan manusia. Walaupun dia dikatakan antara 5 raja di dalam dunia terhebat , kerajaannya hancur digulingkan oleh seorang individu Huang Chao atau dikenali dengan gelaran lain iaitu Baicha. Selepas askar dikepalai Huang Chao bertempur bantuan tentera turki , kerajaan Emperor Xizong musnah. Kerajaan-kerajaan kecil yang dahulunya menghantar ufti dan mengakui kedaulatan raja china tersebut mulai bebas berkuasa penuh keatas kerajaan mereka masing2-masing dan merdeka . Emperor Xizong tidak lagi masuk campur apa jua urusan kerajaan-kerajaan kecil itu. 1061 tahun kemudian , kuasa china mulai bangkit di bawah peme...

Candu Di Tanah Melayu

Image
Pernah dengar sejarah candu di tanah melayu? Seingat penulis , sepanjang belajar sejarah tak pernah dengar apa jua fakta tentang sejarah melayu kaitannya dengan candu. Bila baca buku Lords of Life A History Of The Kings of Thailand , kita akan nampak fakta di Thailand bahwa raja Rama III melawan isu candu. Agak pelik kerana penyebab berlakunya musibah dari candu itu punca dari orang cina ( disebut chinese secret societies  ) dan British. Mustahil isu candu ini dialami di Thailand tapi tidak kedengaran di tanah melayu memandangkan tanah melayu itu sendiri dikuasai oleh British dan wujud peniaga2x cina. Klik disini untuk melihat maklumat dalam buku tersebut. Untuk isu ini , penulis rujuk kepada saudara Herman memandangkan beliau selalu highlight isu Kedah mahupun perang musuh bisik. Dan sememangnya ada dapatan dari beliau yang sememangnya "tanah melayu" dikuasai industri candu secara amnya. Saudara Herman Roslan yang menjadi pakar rujuk penulis untuk isu ini. Bila recall bali...

Rajenda Chola Pewaris Bangsa Melayu ?

Image
Zaman Sriwijaya dan zaman sebelum kedatangan islam, nama2x orang melayu bukanlah bersifat arab. Contoh yang paling terkenal pada kita adalah Parameswara. Jika kita melihat pada manuskrip Hikayat nabi Yusuf pula , pemilik naskah tersebut adalah Candra . Jika kita melihat pada piagam khmer nama2x melayu yang lain adalah  Crimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmmadewa .  Untuk plate   tembaga Rajendra Chola 1 , nama anak penguasa Sriwijaya yang memayungi kuil di Negapatam adalah Mara-vijayotungawarman  . Bagi perempuan pula , contohnya nama sebelum sundaland ini tenggelam adalah Arindi iaitu isteri Gatotkaca ( di india dikenali sebagai Adimba ) . Pada kupasan di artikel diawal menyentuh secara am tentang tamadun awal di india adalah orang melayu dari nusantara. Di artikel ini penulis mengupas lebih mendalam. Dari aspek literasi baik dari mahabratha dan purana kita mendapati kisah nabi Nuh ( king manu ) mendarat atas gunung Malaya.  Website Ancient Originis mengelu...

Bahasa Cina & Bahasa Jepun Adalah Bahasa Melayu

Image
Tak percaya kan? Memang susah nak percaya. Sbb zaman sekarang bila kita dengar pun macam obviously takde keserupaan. Kalau ada pun setakat dalam dialek lain yang ada beberapa perkataan sama. Mungkin sebab kaum cina datang sini kita pun anggap kita pinjam dari bahasa orang cina sejak zaman kolonial british. Sekitar 47 tahun lepas ( 1977-1978 ) , seorang pakar bahasa Cina dan Jepun telah membentangkan kajian beliau bertajuk Origin Of The Japanese Language. Beliau adalah Roy Andrew Miller warga Amerika. Dalam pembentangannya , dari beliaulah yang bahasa Melayu mempengaruhi bahasa Jepun dan Cina. Katanya chinese and many early forms of language belonging to the Malayo-Polynesian family . Dalam kajiannya , beliau mengulas bahasa Malayo-Polynesian penting dalam pembangunan bahasa orang Jepun. Tambahnya lagi , orang Melayu adalah bangsa yang tangkas dan berpengalaman dalam pelayaran. Mampu berlayar dalam jarak jauh. Perkara ini juga saya ajukan kepada Prof Solehah Yaacob bagi mendapatkan kep...

Langkasuka - Kota Purba Yang Hilang

Image
Dalam kitab  Al-Masalik wa al-Mamalik , Langkasuka adalah kerajaan paling purba dari kerajaan Melayu yang lain2x dan berada di kedudukan atas dari Kedah. ( klik disini untuk lihat info dari kitab tersebut )  Soalannya dimanakah kerajaan Langkasuka tersebut?  Adakah di Patani seperti di kembara saudara kita ini  cari? Dari maklumat Vayu Purana , Langkasuka adalah Sebuah kota agung diatas rabung dan puncak yang indah Tebing2x yang curam dan gua2x yang beranek bentuknya menyerupai rumah dan pelbagai penerangan lain. Sila klik disini untuk maklumat lain tersebut.Lihat di hujung video. Jadi , berdasarkan maklumat ini , kerajaan Langkasuka haruslah berada di kawasan pergunungan. Serasa amat pelik hendak membayangkan kerajaan langkasuka ini berada di pergunungan kawasan negara Malaysia memandangan pengalaman penulis pernah mendaki gunung seperti Irau dan cerapan berdasarkan pengalaman team xsamudera yang sedang agresif mendaki , mencari kota2x purba di pergunungan bermula...

Bahasa Sanskrit = Bahasa Melayu

Image
Bahasa jiwa bangsa. siapa je tak tahu frasa begini. Nampak mudah , tapi sebenarnya bermaksud mendalam bergantung kepada tahap keilmuan seseorang. Pada zaman penulis di zaman 90an ( menengah rendah ) , bila zoom in kepada frasa ini adalah kita harus memahami bahasa melayu yang kita belajar di kelas dengan bersungguh-sungguh . Faham kata kerja . Faham kata sifat. Barulah A dalam bahasa Melayu. Bila dah berusia 40s , bila menjengah mengkaji ketamadunan bangsa Melayu sebenarnya ada takrifan mendalam berbanding di usia remaja. Dan sebenarnya bahasa ini ada dalam lagi maknanya jika kita lebih kedalam yg penulis sendiri gagal memahaminya.  Untuk di selepas hampir 30 tahun selepas remaja ini, rupanya kajian bahasa amat penting dalam memahami bangsanya. Bukan setakat bahasa melayu, tetapi juga bahasa2x purba yang lain selain bahasa alquran bagi menjitukan pemahaman kita terhadap apa makna lidah bila sebut  MELAYU Bila kita telurusi kajian2x pakar akademik luar negara banyak kajian di...

Tamadun India & China Asasnya Dibina Oleh Melayu?

Image
Begitulah fakta yang dikemukakan oleh sejarahwan vietnam bernama Pham Tran Anh dalam bukunya Vietnam My Country Dalam buku Vietnam My Country diperjelaskan terperinci tentang bangsanya yang semakin kabur dipesongkan oleh orang cina Han dan kedatangan penjajah perancis. Pernah lihat kata pakcik melayu di lenggong Perak bernama Aki yang mengatakan Vietnam tu dulu adalah negeri kita . klik disini  . Katanya bukan omongan kosong memandangkan Puan Zaharah Sulaiman yang menerbitkan buku  Asal Usul Melayu, Induknya di Pentas Sunda turut mengupas hal yang sama Dan fakta2x yang dikemukakan oleh orang Melayu kita seperti Aki di Lenggong Perak dan Puan  Zaharah bukanlah sekadar sembang kari mereka sesuatu fakta sebab mereka melayu. Kembali kepada Pham Tran Anh tentang tamadun Melayu , beliau mengketengahkan panggilan Melayu dalam buku Vietnam My Country iaitu  Malayo-viet atau  Bai-Yue . Klik disini Dalam fakta yang dikemukan bersama buku tersebut kita akan menjumpai...