Memaknai Adat Budaya Melayu
Etimologi dan Penggunaan Kata Di antara perkara yang diperkenalkan Islam ke Alam Melayu adalah pengenalan kepada nilai sebuah adat dan makna sebuah ketamadunan. Oleh kerana itu, dua perkataan ini dipinjam secara bulat-bulat dari Bahasa Arab. Orang Melayu pada waktu sebelum kedatangan Islam, tidak mengenali adat dan tamadun. Justeru, dua perkataan ini tidak mempunyai perkataan asal dalam Bahasa Melayu. Di sini saya memberikan penjelasan ringkas kepada etimologi perkataan. Misal kata, kita mempunyai perkataan cangkir (sebagai bekas minum air) yang kemudiannya digantikan dengan perkataan cawan ( 茶盞 ) selepas kedatangan Laksamana Cheng Ho ( 鄭和 ,1371-1433 ). Contoh lain, Melayu juga terkenal sebagai bangsa maritim yang berlayar, demikian kita mempunyai perkataan perahu yang kemudiannya digantikan dengan perkataan kapal ( கப்பல் ) dari bahasa Tamil selepas abad ke-17. Sekali gus, membuktikan bahawasanya orang Melayu mempunyai kemahiran berperahu dan berlayar yang tersendiri. Perbahasan...