Posts

Showing posts from May, 2023

Apa Ada Dengan Natrah

Image
 Pada 12 May 2023, pihak kami telah dijemput oleh wakil Yayasan Kasih Tauhid di Shah Alam untuk bersama-sama mereka dalam sessi bual bicara Natrah yang disampaikan oleh Puan Seri Fatini Yaacob. Beliau adalah wartawan / editor majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1981-1993). Antara tugasan yang telah diberikan oleh pihak atasan kepada beliau adalah kes Natrah.   Puan Seri Fatini Yaacob merangkap Pengerusi Yayasan Kasih Tauhid Siapakah Natrah? Seingat penulis isu berkaitan Natrah ini agak lama didengar. Mungkin sekitar 90 an isu Natrah didengari di media kita. Dan sehingga ke hari ini pun di tahun 2023, nama dan isu Natrah ini masih dicanang. Kenapa? Setelah bersama dalam sessi bual bicara tersebut, fahamilah penulis sebenarnya isu Natrah ini bukanlah isu individu semata-mata mahupun kisah percintaan yang "terlarang" antara Natrah dan suaminya iaitu Mansor Adabi. Isu ini lebih menjurus ke arah kebangkitan orang Melayu pada sekitar 1950an. Buat pertama ka...