Posts

DNA Ancestry - Ahmad Faezal Patriots.

Image
Pertamanya terima kasih kepada saudara Faezal kerana sudi expose dna ancestry kepada public. Boleh lihat video exposure dna dia disini . Pendedahan dia memberikan gambaran terbaru kepada perkembangan manusia purba yang membentuk manusia modern zaman sekarang. Berdasarkan pendedahan Faezal , didapati  1. Manusia modern sekarang yang dianggap homo sapien basically hidup sewaktu Denisovan dan Neandertha wujud. Indikasi yang dalam timeline waktu yang sama manusia yang hidup mempunyai pelbagai saiz badan dan wajah. Dan mereka ini boleh "berkahwin" walaupun bentuk size badan yang berbeza. Jika "kawin" secara rela suka sesama mereka, maksudnya manusia purba pada ketika itu boleh berkomunikasi dengan bahasa yang difahami sesama mereka. Yea la.. biasanya kalau "kawin" secara rela nie kan kena bercinta bagai. Nak bercinta kena la "ayat manis". Dari aspek biologi mana2x kategori manusia, nampaknya fungsi seksual mereka juga sama bagi percambahan generasi b

Memaknai Adat Budaya Melayu

Etimologi dan Penggunaan Kata Di antara perkara yang diperkenalkan Islam ke Alam Melayu adalah pengenalan kepada nilai sebuah adat dan makna sebuah ketamadunan. Oleh kerana itu, dua perkataan ini dipinjam secara bulat-bulat dari Bahasa Arab. Orang Melayu pada waktu sebelum kedatangan Islam, tidak mengenali adat dan tamadun. Justeru, dua perkataan ini tidak mempunyai perkataan asal dalam Bahasa Melayu. Di sini saya memberikan penjelasan ringkas kepada etimologi perkataan. Misal kata, kita mempunyai perkataan cangkir (sebagai bekas minum air) yang kemudiannya digantikan dengan perkataan cawan ( 茶盞 ) selepas kedatangan Laksamana Cheng Ho ( é„­å’Œ ,1371-1433 ). Contoh lain, Melayu juga terkenal sebagai bangsa maritim yang berlayar, demikian kita mempunyai perkataan perahu yang kemudiannya digantikan dengan perkataan kapal ( கப்பல் ) dari bahasa Tamil selepas abad ke-17. Sekali gus, membuktikan bahawasanya orang Melayu mempunyai kemahiran berperahu dan berlayar yang tersendiri. Perbahasan

Teori Out Of Sunda / Nusantara - Arkeologi & Bahasa

Image
Kita semua maklum yang hasil kajian Prof Zafarina terhadap composisi DNA orang melayu modern sekarang iaitu 60 ribu tahun yang silam seolah manusia yang mendiami nusantara ( nama purba ialah Sundaland ) telah wujud begitu lama. Hasil dari kajian oleh Guruji Anand Krishna yang lahir di Solo (Central Java), Indonesia mendapati leluhur manusia di nusantara migrasi ke luar nusantara setelah kawasan di nusantara tidak selamat untuk didiami disebabkan berlakunya gempa bumi, letusan gunung berapi danau toba atau karakatoa sebagai contoh dan tsunami. Migrasi ke luar nusantara ini ( out of sunda ) menyebabkan manusia2x ini membina tamadun baru di Indus, Mesir seperti Piramid dan sampai ke Greek.   Klik disini untuk hanya mendengar cutable statement dari video yang panjang di youtube   Hasil penelitian dan kajian yang dijalankan oleh Anand Krishna diterjemahkan dalam buku ini. Jadi bagaimana untuk mengiyakan kajian dari beliau itu benar.Salah satunya adalah dari aspek lingustik yang diterang

Melayu : dari manakah asal perkataan Melayu

Image
Dalam masyarat orang Melayu ada dua frasa kata yang biasa kita guna iaitu : Melayu - merujuk kepada kelompok manusia / kaum / komuniti/ bangsa Malay - mungkin ramai antara kita menggangap itu frasa label orang British yang membentuk nama negara pasca British dengan nama Malaysia ( Malay + sia ) a.k.a Pulau + Melayu Walaupun nama negara pasca british kita telah bertukar dari Tanah Melayu menjadi Malaysia, tetapi antara orang Melayu, tetap memanggil diri mereka sebagai Melayu. Dari aspek arkeologi, label "Melayu" ini wujud contohnya di batu bersurat / prasastri yang dijumpai di Palembang yang dikenali sebagai " PRASASTI Matari Singa Jaya Himat " yang wujud atas cetakan tembaga. Fakta dari PRASASTI Matari Singa Jaya Himat Tulisan Rencong Abad ke 13-15 sezaman dengan majapahit Bahasa Melayu Kuno Antara kandungan yang boleh diperhatikan adalah dari text rencong tersebut ialah:  Matari Singa Jaya Himat namanya. Lama lama baranak lanang; Matari Singa Jaya Mat, dari ratu, l

Siam. Siapa mereka ? Musuh kaburkan sejarah orang melayu Siam

Image
Sebelum ini saya view je video Puan Zaharah dia komen pasal orang Siam. Dia kata siam itu maksudnya kulit gelap . Macam biasa, dengar boleh percaya belum tentu disebabkan yeah... orang luar dari Thailand kan. macam2x boleh kata atau tuduh. Tapi malam tadi sewaktu skroll tiktok saya terjumpa page orang thailand kot. Nasib baik dia "spill the tea" pakai english. Lihat sini Antara fakta yang diberitahu oleh admin akaun itu. Orang suku tai kot.

Sesi Bicara Bersama Surya Suryadi Pensyarah di Universiti Leiden

Image
 Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan untuk bersama bapak Suryadi  untuk mendengar dari mulut beliau sendiri dengan senario manuskrip melayu-nusantara di perpustakaan Universiti Leiden , Belanda.   Kesahihan yang bapak Suryadi berkhidmat di  Leiden University, Belanda. Klik disini Menjadi hasrat kami di Persatuan DNA Melayu untuk menggapai matlamat gagasasan persatuan ini iaitu  Salah satu matlamat kita adalah untuk memberi ruang kepada para ilmuan mengenali dengan lebih mendalam asal usul bangsa Melayu dan mengumpul data-data tersebut untuk rujukan bagi generasi akan datang.  Maka kami hadir dengan hasrat untuk membawa bapak Suryadi untuk lunak bersama persatuan mengalirkan data-data atau sebarang maklumat untuk panduan akan datang. Untuk maklumat am bagi sesiapa yang tidak mengenal bapak Suryadi, beliau adalah dari negara Indonesia yang telah berkhidmat lebih kurang 24 tahun di Universiti Leiden Belanda. Pendedahan beliau amat penting memandangkan kami di luar lingkung akademi h

Pergerakan Manusia Purba ( Keturunan Nabi Adam )

Image
 Bagi mencari jawapan terhadap benarkah manusia purba ( keturunan nabi Adam ) bergerak langkah ke dari kawasan Afrika ( Out of Africa ) atau Out Of Mekkah menuju ke kawasan timur atau setepatnya ke Nusantara. Untuk jawapan dari aspek arkeologi atau penemuan manusia purba di Malaysia saya hubungi Prof Dr Mokhtar Saidin.   Teori of Africa yang memberi gambaran perjumpaan Nabi Adam & Hawa di Mekkah. Kawasan yang berlorek mungkin di zaman purba adalah kawasan daratan sepertimana sundaland / nusantara sebelum dinaiki air memberikan gambaran bagaimana keturunan Nabi Adam bergerak ke selatan yang mungkin dikenali Ethopia dimana saintis menemui metakondria "Eve" bagi persampelan DNA.   Di dalam dunia saintis, mereka menggelarkan manusia berdasarkan tulang purba yang mereka jumpai dalam bermacam-macam label kategori. Antara label manusia yang mereka kategorikan adalah seperti berikut Fokus utama subjek yang mempunyai kaitan dengan manusia Nabi Adam adalah homo sapiens secara amny